Puan Linda dan Humaira mengaminkan doa yang telah dibaca Zayn. Zayn berpaling untuk bersalaman dengan Puan Linda kemudian Humaira pula menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Zayn.
" nenek happy tengok Zayn dah berubah. " bahu Zayn dipegangnya. Wajah Zayn ditatap dari tepi.
" berubah apanya nenek ? " soal Zayn. Songkok dikepalanya dicabut. Humaira sibuk melipat sejadah yang digunakannya tadi.
" yelah. Zayn dah jadi manusia yang lebih baik. Dah mula solat. Dah tak berfoya-foya. Tak gitu Maira ? " soal Puan Linda teruja. Gembira dengan perubahan cucunya itu.
Humaira tersenyum manis.
" betullah tu nenek. Lepas Maira gugur dulu. Kebanyakkan kerja rumah semua Zayn yang buat. Memang 360 betul dia berubah. Kalau tidak dulu nenek. Baju kotor campak je merata-rata. " balas Humaira dalam tawa.
" awak jangan macam-macam ae. Semua benda nak bagitahu nenek ni. " Zayn mula memberi amaran. Pecah tawa diantara mereka.
Tidak dinafikan , Zayn benar-benar berubah. Kehidupannya yang dulu benar-benar ditinggalkannya. Boleh dikatakan Zayn ni buaya yang paling bahaya diantara buaya-buaya darat. Tukar kekasih hanya seperti tukar baju. Masuk keluar club seolah-olah seperti rumah sendiri.
****
Nasi disendukkan kedalam pinggan Zayn.
" Zahirah balik next week kan nenek ? " soal Humaira.
" haah. Belum balik lagi dah request nak makan macam-macam budak sorang tu. " balas Puan Linda sambil menyendukkan lauk kepinggannya.
" mengada budak tu nek. Jangan layan. " sampuk Zayn.
" eh awak ni biarlah. Ke awak jealous ni ? " Humaira mengangkat keningnya sambil memandang Zayn.
" dia jelaous lah tu nek. Dia balik nenek tak layan dia macam tu. " sambung Humaira lagi. Ketawa Puan Linda dan Humaira terhambur.
****
Kepulangan Zahirah disambut dengan pelbagai lauk yang dipintanya. Galak dia menceritakan satu satu perkara yang berlaku didalam kehidupannya.
" Ira kat sana senang ke cari makanan halal ? " soal Humaira. Ingin beramah mesra dengan Zahirah dengan lebih mendalam walaupun ini bukan kali pertama mereka bertemu.
" okaylah kak. Ada tempat yang senang. Ada tempat yang susah , susah betul. "
" entah-entah kau main sebat je mana mana nak makan. " sampuk Zayn.
Peha Zayn dicubit Puan Linda.
" Zayn jangan macam-macam eh. Ira bukan macam Zayn ni. " marah Puan Linda.
Zahirah mengangkat keningnya sambil membuat isyarat mata kepada Zayn.
" backup sangat cucu kesayangan nenek tu. " marah Zayn dalam neada bergurau.
" yelah. Nama pun cucu kesayangan nenek. Lainlah abang cucu angkat. " gelak mereka.
*****
Maira. Awak siap cantik-cantik malam ni. Kita pergi dinner eh. - Zayn.
Takdek angin takdek ribut. Tiba-tiba Zayn memghantar mesej tersebut kepada Humaira. Humaira cuba mengingati tarikh harini. Mungkin ada tarikh-tarikh yang dia lupa. Tapi tiada. Fikirannya mungkin Zayn hanya saja-saja membawanya jalan.
Blouse berwarna biru pastel disarungkan ke tubuhnya. Dipadankan dengan seluar jeans yang mengikut sedikit bentuk kakinya. Solekan diwajah diberikan sedikit lagi kemasan. Bibirnya yang sedia merah itu disapu lagi dengan secalit lipstick. Rambutnya yang bahagian atas dibawa kebelakang lalu diikat. Yang selebihnya dibiarkan jatuh kebawah.
Zayn yang sudah menunggu diruang tamu dengan berseluar jeans dan bert-shirts polo itu hanya memandang ke arah Humaira yang baru keluar pintu.
" are you okay ? Kenapa nampak nervous ? " soal Humaira lembut.
" mana ada. You look pretty. "
*****
Kerusi ditarik untuk Humaira. Suasana sekeliling taman itu ditemani bunyi burung burunh serta sejuk angin malam.
" specialnya harini. Ada apa-apa ke ? " soal Humaira. Memang malam ini kelihatan sangat lain. Aura yang ditonjolkan Zayn sangat memukau matanya.
Zayn hanya tersenyum melihat kecantikan isterinya itu.
Makan malam mereka ditemani dengan cahaya lampu yang cukup romantis. Bau bunga-bungaan rose yang menusuk kedalam hidung menambahkan lagi suasana indah mereka.
" Maira... " panggil Zayn perlahan. Tangan Humaira yang berada dimeja itu digenggamnya lembut.
Humaira terdiam. Jantungnya mulai berdebar-debar. Tatapan mata Zayn dibalasnya.
" Maira.. Saya ada benda nak cakap dengan awak. "
Humaira diam.
" Maira.. Saya dah tak mampu nak sorok perasaan saya ni. Saya tak pandai nak menipu. " sambungnya lagi.
" apa yang awak cuba nak cakap ni Zayn ? " soal Humaira lembut.
" saya sebenarnya.. Dah lama simpan perasaan dekat awak. Terlampau lama. Dari sejak mula-mula kita jumpa lagi. Tapi saya tak tahu kenapa. Saya tak mampu nak ungkapkan perasaan tu. Saya tak pernah sayangkan orang lain macam mana saya sayangkan awak. Saya tak pernah ada perasaan macamni bila saya ada dengan orang lain. Perasaan saya jadi lain bila saya dengan awak. "
Humaira terdiam. Riak wajah Zayn sungguh serius. Tatapan matanya sungguh ikhlas. Tapi dia tidak mampu berkata-kata. Memang benar. Hatinya juga sudah tertulis nama Zayn Maleeq.
" Zayn.. Saya... "
Zayn tersenyum. Kata-kata Humaira terus dipotongnya.
" takpe Maira. Saya faham. Kalau awak belum boleh terima cinta saya , saya tak kisah. Saya takkan paksa awak. " Zayn seolah-olah berjauh hati.
" boleh tak dengar apa saya nak cakap dulu ? "
Zayn tunduk.
" saya pun.. dah lama sukakan awak. Tapi.. saya.... " kata-kata Humaira mati.
" saya ? "
Humaira menggeleng. Kata-katanya tak mampu diteruskan. Setelah luahan hati Zayn telah diungkapkan mereka pulang kerumah Puan Linda untuk memulangkan barang Zahirah yang tertinggal didalam kereta Zayn. Hujan lebat mengiringi perjalanan mereka. Zayn tersenyum sepanjang perjalanan. Hati sungguh bahagia ketika ini. Akhirnya , cinta Humaira miliknya.
Humaira duduk bersila diruang tamu rumah Puan Linda. Zayn keluar mengambil membantu Zahirah mengambil barangannya. Hujan masih turun dengan lebatnya.
Puan Linda mengambil tempat disebelah Humaira. Tangan Humaira digenggamnya lembut.
" Maira.. Terima kasih ye sayang banyak tolong nenek. " sebelah lagi tangannya menggosok lembut tangan Humaira.
" terima kasih Maira sebab tunaikan janji Maira. Maira berjaya ubahkan perangai Zayn. Nenek tak pernah sangka Zayn boleh berubah sampai macam tu sekali. "
Humaira tersenyum.
" takdeklah nenek. Zayn berubah bukan sebab Maira. Dia berubah sendiri. Usaha dia sendiri. " balas Humaira.
Satu sampul putih dihulurkan oleh Puan Linda.
" Maira... Ni duit yang nenek pernah janji dulu. Terima kasih sebab... " kata -kata Puan Linda terhenti.
" apa semua ni Maira ?!!! " tengking Zayn.
Tadaaaaaa!!!!! Nanti ada cerita baru tau. Bye !

YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...