Bab 5

562 27 2
                                    

Zayn mencari-cari kelibat Humaira didalam rumah.

" manalah pergi budak ni. " monolognya sendiri.

Sedang dia berjalan , terlihat susuk tubuh seseorang yang sedang dia cari.

Kelihatan Humaira duduk ditepi kolam sambil menendang-nendang air kolam itu. Seluar track yang dipakainya ditarik sehingga ke paras lutut.

" kenapa dia nak mental sangat bila aku sebut pasal Hana ? Memang betul pun dia selalu dengan perempuan tu dulu. " dengus Humaira sendiri.

Zayn berjalan ke arah Humaira dengan perlahan. Kedengaran dengus berat Humaira dari belakang.

" mengeluh sangat nampak. " tegurnya dari belakang.

Bahu Humaira sedikit terenjut kerana terkejut. Humaira memalingkan tubuh. Dia menoleh kebelakang sebentar lalu kembali memandang kearah kolam.

Zayn yang memang berseluar pendek itu turut memgambil tempat disebelah Humaira. Humaira mengesot ketepi bagi menjarakkan kedudukkan diantara mereka.

" Maira.. " panggil Zayn perlahan.

" erm.. " Humaira menjawab tanpa memalingkan wajahnya.

" sorry.. "

Humaira hanya tersenyum.

" Maira.. Sorry. "

" takpelah. Saya sedar saya siapa. Saya pun nak minta maaf jugak. "

" Maira.. Janganlah macam ni. Aku dah cakap sorry kan ? "

Humaira senyun menandakan bahawa semuanya okay.

" jadi ke balik rumah nenek minggu ni ? " soal Humaira bagi mengubah topik diantara mereka. Namun kepalanya sedikit pun tidak memaling ke arah Zayn.

" jadi. Kau pakai baju biasa-biasa je lah. Nenek kata dia dah sediakan baju untuk kau. "

Humaira memandang ke arah Zayn.

" ramai sangat ke nenek ajak orang ? "

Zayn mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Humaira mengecilkan matanya. Tatapan terus kearah Zayn.

" tak payah nak pandang aku macam tu lah. Aku tak boleh nak tolong. Ni kan arahan nenek. Kau tau sendiri dia macam mana kan ? "

Humaira mendengus. Mahu tidak mahu dia tetap harus meneruskan.

" jangan buat-buat lupa pulak Maira. Kita ni pasangan bahagia bilabada dekat sana. " Zayn mengingatkan Humaira.

Humaira hanya mengangguk. Semua orang ingat mereka ni pasangan bahagia. Tapi sebenarnya tidak. Bukanlah tidak bahagia hingga dia terseksa. Tapi perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta. Atas dasar pengorbanan.

*****

Zayn dan Humaira kini dirumah nenek Zayn. Neneknya ada mengatakan bahawa ingin membuat majlis makan malam kecil-kecilan bagi menyambut kehadiran keluarga serta majlis menyambut kejayaan syarikat yang sudah bertahan hampir dua dekad.

Humaira memandang baju dihadapannya berkali-kali. Kelibat Zayn dicari tapi dari tadi tidak ketemu. Bila ditanya pada pembantu rumah nenek katanya Zayn hanya bersiap dibilik bawah dan takkan naik ke tingkat atas.

Sedang Humaira termenung , ketukkan di pintu bilik menyentakkannya.

Nenek masuk kedalam bilik itu diikuti dengan seorang wanita yang membawa beg.

" Maira kenapa tak pakai baju ni lagi ? Majlis dah nak start kejap lagi. "

" ramai orang ke nenek ? Maira malu lah. " adunya.

I Love You , ForeverWhere stories live. Discover now