Bab 18

722 31 5
                                    

Zayn memerhati sekeliling. Dalam tidak sedar , dia juga lupa yang Humaira masih mempunyai keluarga.

" ya Allah Maira. Lamanya Maira tak balik. Rindu Ummi. " tubuh Humaira dipeluknya.

" Maira pun rindu ummi. Rindu sangat-sangat. " pelukkan Puan Hanim dibalas erat.

" Maira balik sorang-sorang ke macam mana ni ? " soal Puan Hanim mula risau. Belum sempat Humaira membalas. Kereta Zayn masuk kehalaman rumah lalu diparkingkan bersebelahan kereta Humaira.

" assalammualaikum ummi. " ucap Zayn sepantas turun dari kereta.

Puan Hanim menjawab salam itu.

" kamu ni siapa ? " soal Puan Hanim saat Zayn menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.

" saya Zayn. Suami Maira. Sorrylah ummi baru harini ada masa nak jenguk ummi. " ramahnya. Humaira hanya diam. Dia masih terkejut bagaimana Zayn boleh ada disini.

" ouh ya allah. Baru harini ummi dapat jumpa kamu Zayn. Punyalah lama nak jumpa menantu sendiri. "

Zayn hanya senyum.

" ni kenapa naik kereta asing-asing ni ? " soalnya bingung.

" ouh ni ummi. Tadi Zayn still ada kerja lagi. Tu yang suruh Maira pergi dulu tu. Tup-tup kerja siap awal tu yang datang lebih kurang serentak pulak tu. " bohongnya.

Puan Hanim mengangguk.

" eh sudahlah. Panas ni. Borak kat sini pulak. Masuk jom! " ajaknya.

" ummi pergi masuk dulu. Jap lagi Humaira masuk eh. " pintanya lembut.

Puan Hanim hanya menuruti lalu masuk kedalam rumahnya terlebih dahulu.

" macam mana awak boleh sampai sini ? " marah Humaira. Bahu Zayn ditepuknya.

" janganlah marah. Ni kan rumah mak mertua saya. Suka hati lah saya nak datang je tak. "

Humaira memutarkan bebola matanya keatas.

" lantak awak lah. " marahnya. Humaira terus bergerak kearah bonet keretanya. Dia mula mengambil beg-beg plastik yang dibelinya tadi.

" eh! Eh! Meh sini biar saya angkat. " plastik ditangan Humaira dipegangnya.

" tak payah lah. Saya boleh angkat. Dari tadi lagi saya buat semua sendiri. "

" Maira boleh tak jangan degil ? " suara Zayn mula berubah. Humaira terdiam.

" sekarang ni awak pergi masuk dalam. Yang lain semua biar saya yang uruskan. " ucap Zayn. Humaira menuruti kehendaknya lalu masuk kedalam rumah.

****

Puan Hanim menggosok lembut perut Humaira.

" berapa bulan dah Maira ? " soal Puan Hanim teruja.

" 5 bulan mi. " senyum Humaira.

" cepatnya masa berlalu. Ummi rasa haritu baru 3 bulan kan? "

Zayn hanya senyum mendengar perbualan dua beranak itu.

" Zayn dah tahu belum laki perempuan ni Zayn ? "

Zayn membulatkan matanya. Sungguh hina rasanya gelaran sebagai suami atau bakal bapa. Sedikit pun dia tidak tahu tentang kandungan Humaira itu. Humaira berapa bulan pun dia tidak tahu.

" belum tahu lagi ummi. Baby menyorok. " gurau Humaira bagi menutup rasa canggung Zayn.

Puan Hanim hanya mengangguk ketawa. Sudah puas berbual-bual di ruang tamu. Mereka mula memasak juadah makan tengahari.

******

" ummi ! Maira keluar ambil Haikal balik sekolah ye ! " laung Humaira dari pintu rumah.

Zayn yang berada di pondok kecil bersama Puan Hanim tersentak.

" tengoklah tu Zayn. Bukan main laju berjalan. Mentang-mentang perutnya kecik je. " ucap Puan Hanim.

" tu lah mi. Kenapa perut Humaira tak besar macam orang lain eh ? " soal Zayn bingung. Dia juga terkejut saat Humaira memberitahu yang kandungannya sudah mencecah 5 bulan.

" biasalah tu. Tak semua orang sama. Ada yang nampak lagi besar , ada yang nampak lagi kecil. "

Zayn mengangguk.

" ummi nak mintak tolong dengan Zayn boleh ? "

Keadaan diantara mereka mula berubah serius.

" apa dia ummi ? " takut-takut Zayn menanyakan kembali soalan itu.

Puan Hanim memandang tepat kedalam mata Zayn.

" Zayn tahu kan Maira bukan anak kandung ummi ? " soalnya perlahan.

Zayn mengangguk.

" tapi ummi sayang Humaira lebih dari nyawa ummi sendiri. Ummi sanggup korbankan apa sahaja untuk Maira. "

Tangan Zayn digenggam erat oleh Puan Hanim.

" ummi merayu dekat Zayn tolonglah jaga Humaira baik-baik. Maira tu segalanya untuk ummi. Dalam dunia ni , Ummi dah takdek siapa-siapa Zayn kecuali Humaira dengan Haikal je. " airmata Puan Hanim mula bertakung.

Zayn diam membenarkan Puan Hanim meneruskan kata-katanya.

" Humaira pun macam tu Zayn. Kecuali Ummi dengan Haikal , Maira tu cuma ada Zayn sorang je. Dari kecil lagi , Humaira berdikari. Dia tak pernah harapkan siapa-siapa. Ummi dengan Haikal ni pun bergantung pada Maira. Maira anak yang baik. Anak yang sangat baik. Ummi tak sanggup Zayn tengok dia terluka. "

" kamu tahu kan kehidupan ummi macam mana ? Sampaikan nikah kamu dengan Maira pun ummi tak pergi sebab takutkan orang-orang yang selalu mengugut ummi dengan Haikal. "

" orang-orang tu masih kacau ummi? " soal Zayn berhati-hati.

Puan Hanim menggeleng.

" ummi tak tahu apa masalah Zayn dengan Maira. Tapi naluri ummi ni tahu kamu berdua tengah bergaduh kan ? Kalau ada permasalahan , selesaikan dengan cara elok. Jangan bergaduh , masam muka. Tak elok Zayn. Setan bertepuk tangan tengok rumah tangga kamu macam ni. "

Zayn diam. Benarlah naluri hati seorang ibu memang kuat.

" waktu mula-mula korang kahwin , Miara happy sangat. Hari-hari call ummi cerita pasal kamu. Tapi sejak-sejak dia mengandung ni , ummi tengok wajah dia muram je. Duduk sorang-sorang. Pegang-pegang perut dia lepastu nangis. Risau ummi ni tengok. "

Zayn tersentap. Hatinya perit membayangkan keadaan Humaira begitu.

" Maira tu pandai sangat sorok perasaan dia. Dia kalau boleh tak nak orang sekeliling tahu yang dia tengah sedih. Maira tu manusia yang sanggup berkorban demi orang lain tau. "

Puan hanim tersenyum. Airmatanya yang mengalir perlahan dilap dengan hujung baju.

" dahlah. Sedih pulak ummi ni bila cerita-cerita macam ni. " Puan Hanim cuba memecahkan tembok tegang yang terhasil.

" Zayn janji dengan ummi ye. Jaga Humaira tu elok-elok. Sayang dan cintakan dia. Kalau andai kata Zayn dah tak nak dia nanti , pulangkan Maira dengan cara elok ye Zayn. Jangan tinggalkan dia macam tu je. " Puan Hanim tersenyum. Belakang Zayn digosok lembut.

" in shaa Allah ummi. Zayn janji akan sayang dan cintakan Humaira selamanya. " Zayn tersenyum. Airmatanya cuba ditahan.

I Love You , ForeverWhere stories live. Discover now