Zayn melangkah masuk kedalam rumah sambil memberi salam. Matanya melihat jam didinding ruang tamu itu. Jarum menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Dengan perlahan, dia melangkah masuk kedalam bilik Humaira. Dilihat wajah isterinya yang lena itu. Setelah pulang dari rumah mereka tempoh hari. Hampir seminggu jugalah mereka tidak bercakap. Dia sengaja bersikap dingin terhadap Humaira walaupun hatinya sakit. Dia tidak mahu Humaira terluka. Pernah sekali, dia melihat Puan Faridah sengaja melunjurkan kaki saat Humaira sedang berjalan. Sengaja membiarkan isterinya itu jatuh.
Zayn tidak mahu rancangannya untuk menumpaskan Puan Faridah gagal. Dia tidak mahu apa yang dirancangnya rosak. Dia harus memikirkan masa depannya bersama Humaira. Sampai bila dia mahu lihat Humaira menderita? Sampai bila dia mahu lihat Humaira berpisah dengan keluarganya?
Betapa perasan rindu itu membuak-buak dihatinya. Perasaan yang ingin melihat isterinya itu kembali tersenyum lebar. Perasaan dimana mendengarkan suara Humaira yang betul-betul ikhlas bergelak ketawa.
Ditarik selimut Humaira hingga keparasa bahu. Diusap rambut yang sudah menutupi mata cantik itu kebelakang. Dicium sekali dahi isterinya itu.
" sayang... I mintak maaf. Saya terpaksa layan awak macam ni. Saya nak awak bersatu semula dengan ummi awak. Saya tak nak awak sorok-sorok bila kena jumpa ummi. Saya taknak hidup ummi terbelenggu lagi. Saya tau ummi segalanya untuk awak. Awak tahan ye sayang, demi ummi, demi Haikal, demi anak kita. " bicara Zayn lembut.
Dengan langkah berat, dia kembali meninggalkan bilik itu.
****
Puan Faridah bergelak ketawa dengan Farah dan Zayn diruang tamu. Zayn terdiam saat melihat Humaira yang sudah bersiap itu. Humaira berdiri dihadapan mereka semua.
" Zayn... Jom teman saya keluar. Saya nak pergi cari Nasi Ayam. " pinta Humaira lembut.
Zayn ragu-ragu hendak bangun dari sofanya.
" Maira.. Kenapalah awak mintak depan-depan Maksu ni. " bicara hati Zayn sendiri. Sungguh dia tidak mahu menolak pelawaan itu. Dia mahu mengikuti Humaira tapi bukan dihadapan Maksu." tiba-tiba pulak nak mintak laki temankan. Biasa elok je sorang-sorang. " perli Puan Faridah. Humaira terus memalingkan mukanya dari memandang mereka.
Zahirah yang secara tidak sengaja terdengar perbualan itu mula mencelah.
" takpelah kak. Jom keluar dengan Ira sekali. Ira harini pun tak buat apa-apa. " tangan Humaira segera ditariknya.Humaira sekadar memandang Zahirah dengan pandangan seolah-olah tidak percaya lalu terus memgikutinya.
Zayn melemparkan pandangannya ke lantai. Dia tahu Humaira kecewa dan hampa dengan dirinya.
Zayn membawanya dirinya ketingkat atas. Dia tidak tahan lagi hidup bersama Puan Faridah didalam rumah ini. Telefon pintar didalam poket Zayn berbunyi. Tertera nama Ummi disitu. Zayn mengangkatnya. Puan Hanim terlebih dahulu memberi salam. Salam dijawab penuh sopan oleh Zayn.
" Zayn sihat? " Zayn senyum walaupun tidak dilihat Puan Hanim sebelum mengatakan yang dirinya sihat.
" ummi sihat ke? Ada orang kacau ummi lagi kat sana ? "
" alhamdulillah, ummi sihat. Takdek apalah Zayn. Semua okay. Ummi pun memang dah tak keluar rumah. Terima kasih Zayn sebab selalu upah orang hantar barang-barang keperluan Ummi. "
" takdek apalah ummi. Itu semua tanggungjawab Zayn. Ummi jangan risau ye. Kalau stock-stock keperluan ummi dengan Haikal habis awal, bagi je tahu Zayn ye. "
" ye Zayn. Zayn jangan risau ye. In shaa Allah semuanya cukup. Zayn kat sana okay? Maira macam mana ? " soal Puan Hanim lembut.
" semua okay mi. Perut Humaira pun makin memboyot. Dia pun makin tak larat. Doktor kata dalam jangka masa sebulan lebih je lagi. Ngam-ngamlah dengan hari yang ummi nak pindah. Mesti sempat nak surprisekan dia. " ujar Zayn teruja.
" Zayn jangan bagitahu Maira ye apa yang dah jadi semua ni. Ummi tak nak Maira risau. Nanti terjejas kandungan dia. "
" in shaa Allah ummi. Ummi, Haikal macam mana? "
" Haikal dah sebulan lebih tak sekolah. Takpelah ummi pun kesian tengok dia kalau balik je hari-hari lebam sana, lebam sini. Orang kampung pun bukan percaya kami ni Zayn. " suara Puan Hanim seolah berjauh hati.
" ummi jangan risau ye. Sekejap je lagi. Semuanya dah nak settle dah. Zayn tinggal nak settlekan hal Maksu je lagi. " bicara Zayn meyakinkan orang tuanya itu.
Setelah berbicara serba sedikit tentang perkara lanjut, mereka mematikan panggilan.
Puan Hanim banyak diugut dan dicerca sepanjang hidupnya. Banyak halangan dan dugaan yang ditempuhnya sepanjang hidup. Rumahnya sudah beberapa kali disimbah cat. Kucing-kucing diluar rumahnya kadang-kadang dijumpai mati kerana disimbah asid. Orang melemparkan batu ketingkap rumahnya sehingga pecah. Bukannya dia tidak mahu melaporkan kepada polis tapi dia tidak mahu kuncu-kuncu bawahan Razak pula nanti yang akan menyusahkan hidupnya.
YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...