Bab 6

532 23 2
                                        

Sejak dari tadi Zayn dan Humaira tidak berhenti berkepit. Mereka berjalan sama-sama. Menyambut tetamu sama-sama. Menghantar kepulangan tetamu bersama-sama. Sedikit makanan pun tidak dijamah lagi. Tetamu-tetamu yang hadir tidak henti-henti bergambar dan bersalam-salaman.

Humaira menyilang tangan berdiri disisi kolam renang rumah nenek.

" Maira.. " panggil Zayn dari belakang sambil melangkah kearahnya.

Zayn berhenti betul-betul dihadapan Humaira. Ditelitinya wajah Humaira yang berpeluh itu.

" kenapa kau berpeluh ni ? Panas ke ? " soal Zayn sambil menolak rambut Humaira yang menutupi dahinya.

" Zayn.. Saya lapar sangat lah. Tak tahan. Betul-betul dah takdek tenaga ni. " adunya dalam lemah.

" Ya Allah Maira. Kenapalah tak cakap dari tadi. Aku lupa yang kau belum makan. " matanya masih memand tepat kedalam mata Humaira. Dia tahu kali terakhir Humaira makan adalah ketika mereka dirumah iaitu sarapan pukul 8 pagi semalam. Sekarang pula dah pukul 2 pagi. Dahlah Humaira sedari tadi melayani tetamu kesana-kesini. Melayan kawan-kawan nenek pula. Dan kini barulah kesemua tetamu pulang.

" jom.. Jom kita pergi makan. " Zayn memaling ingin melangkah.

" Zayn.. Saya rasa macam nak pitam dah ni. " adu Humaira sambil terhuyung-hayang.

Zayn terus memaut bahunya. Tubuh Humaira dibawa kedadanya.

" okay. Okay sorry. Aku lupa yang kau belum makan dari tadi. Aku dah makan dulu waktu sebelum kau turun. " kata Zayn sambil berjalan kearah kanopi.

Setelah Zayn menarik salah satu kerusi di meja untuk Humaira duduk. Dia melangkahkan kaki ke arah meja hidangan.

" Abang Zul , makanan semua dah habis ke ? " soal Zayn kearah pekerja katering tersebut.

" ouh Encik Zayn. Makanan memang totally habis. Ngam-ngam. Kenapa ye ? Encik Zayn tak makan lagi ke ? " balasnya sambil mengangkat dulang-dulang.

" ouh takpelah. Ingatkan ada lagi. " balas Zayn sambil mengangkat tangan.

Zayn melangkah kearah Humaira dengan wajah hampa.

" Maira.. Jom makan kedai. " ucap Zayn.

Humaira yang sedari tadi melentokkan kepalanya diatas meja beralaskan lengan memandang kearah Zayn.

" kenapa ? Makanan semua habis ke ? " soalnya lemah.

Zayn mengangguk perlahan.

" takpelah saya makan maggi jelah. " Humaira bangun dari duduknya.

" jom. Jom tak payah mengada. Aku bawak kau pergi makan. " Zayn menarik tangan Humaira.

" aku ? " Humaira dan Zayn serentak memandang kearah suara itu.

" nenek dengar Zayn guna aku tadi. " sambung nenek.

Zayn menggaru kepalanya.

" mana ada nenek. Zayn sebut lain lah. " pintas Zayn.

" nenek tak silap dengar Zayn. "

" nenek.. Kejap lagi kitaorang bincang eh. Zayn nak bawak Maira pergi makan ni. Maira tak makan dari tadi. Dah nak pita dah dia ni. " potong Zayn bagi melarikan diri. Langkah terus diatur meninggalkan nenek disitu. Tangan Humaira masih digenggamannya. Langkah mereka diatur keluar dari pagar menghala kearah kereta yang diparkir diluar.

Seusai meletakkan punggung disofa kereta. Humaira memandang kearah Zayn.

" Zayn.. Takkan saya nak pakai macam ni. Saya malulah. " adu Humaira. Baju gaunnya masih belum ditukar. Rasanya tak sesuai kot dengan pakaiannya macam ni kalau setakat nak turun kedai-kedai biasa.

I Love You , ForeverTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang