Zayn memimpin Humaira masuk kedalam rumah. Langkahnya diperlahankan mengikut rentak Humaira yang perlahan.
" nenek ngan Ira keluar. Kalau awak nak apa-apa , awak panggil je saya ae. Call ke. Nanti saya datang. " pesan Zayn.
Humaira sekadar mengangguk.
" balik dah orang sakit kita ? " soal Puan Faridah ketika menuruni tangga.
Riak wajah Zayn berubah menyampah.
" macam mana ? Semua okay kan ? Ke ada yang mati ? " soalnya lagi.
" sudahlah maksu. " balas Zayn.
" maksu tanya sebab maksu risau. Salah ke ? "
Humaira yang tidak mahu melayan perangai Puan Faridah mula membuka langkah meninggalkan mereka. Langkah diatur secara perlahan-lahan meninggalkan Zayn dan Puan Faridah.
" Maksu. We need to talk. " ucap Zayn. Langkah diatur menuju ketingkat atas. Zayn dan Puan Faridah berada dibalkoni tingkat atas. Siliding door ditutup bagi mengelakkan sebarang gangguan.
" apa masalah Maksu sebenarnya ni ? Apa yang Maksu sakit sangat hati dengan Maira ? Kalau maksu sakit hati dengan ummi. Itu problem maksu dengan ummi. Bukan dengan Zayn. Bukan dengan Maira! " marah Zayn.
" sekarang Zayn berani nak lawan Maksu ? Zayn lupa ke apa maksu boleh buat pada ummi kesayangan isteri Zayn tu ? Zayn nak isteri Zayn gila seumur hidup ? " cabar Puan Faridah.
" faham tak sekarang ni ummi tak salah pun. Yang salah lelaki tak guna tu. Pakcik Razak kesayangan Maksu tu yang bodoh! "
" Zayn jangan nak pandai-pandai cakap dia bodoh ae! Zayn siapa ?! "
" sekarang ni Zayn merayu pada Maksu. Tolonglah! Hentikanlah! Siksa jiwa Zayn dengan Maira. Apa yang Maksu masih tak puas hati lagi ni. Zayn rasa kalau Maksu nak ambil semula Pakcik Razak tu ummi sikit pun tak kisah. " balasnya.
" apa yang maksu nak sekarang ni. Maksu nak seluruh keluarga Hanim tersiksa. Aku tak suka. Kau kena faham benda tu. "
" terserah Maksu lah. Sekarang ni Zayn mintak Maksu tolong berambus dari rumah Zayn ni. Nenek dengan Ira pun tak suka Maksu kat sini. Maksu ingat Maksu siapa. Bila nenek dah halau Maksu nanti. Takdek siapa boleh halang dia. " Zayn terus meninggalkan Puan Faridah disitu.
Dia terus menuju kebiliknya. Pintu ditolak rapat kemudian dikunci. Dia duduk dibirai katil. Zayn meraup rambutnya kebelekang. Mukanya merah menahan amarah.
Zayn kembali mengingati peristiwa yang sudah hampir setengah tahun berlaku.
*flashback*
Malak dimana kejadian Zayn begitu kecewa dengan Humaira. Dia membawa diri kesebuah tempat pelacuran. Dimana tempat itu sudah tidak asing lagi padanya. Walaupun sudah sebotol ditelannya namun perasaan kecewanya masih ada. Airmatanya gugur berkali-kali. Tanpa sedar , Zayn meneguk lagi dan lagi. Sambil meneguk itu sambil itu juga ada satu tangan yang mulai melingkari lehernya. Kepala wanita itu ditunduk kemudian mendekati telinga Zayn. Nama Zayn diseru lembut. Zayn khayal dalam tidak sedar. Langkahnya diatur mengikuti wanita itu.
Zayn memegang kepalanya yang terasa begitu berdenyut. Lengannya terasa lenguh. Zayn melihat keadaan katil yang dialaminya. Baju yang dipakainya semalam berada disetiap genap bilik itu. Dipandang pula sebelahnya tubuh seorang perempuan yang tidak dilitupi apa-apa pun. Tubuh mereka berdua hanya dilitupi dengan selimut tebal berwarna putih.
Zayn lantas bangun. Bajunya semalam kembali disarung pantas. Perempuan yang berada diatas katik itu mula merengek apabila tidurnya terganggu. Nama Zayn dipanggil berkali-kali.
" apa yang kau cuba buat ni Hana ?! " marah Zayn. Hana yang terdengar terikan Zayn mula bangun. Selimut ditarik menutupi seluruh tubuhnya.
" apa yang I buat ? You tanyalah diri you. Apa yang you dah buat dekat I ? " balas Hana dalam tawanya.
Muka Zayn mula memerah menahan amarahnya.
" untung Maira kan. Laki dia kecewa pun masih menangis tak henti-henti sebut nama perempuan tak guna tu. " sindir Hana.
" kau diam! Kau takdek hak nak cakap dia macam tu. Yang tak guna tu kau ! Bukan dia ! " marah Zayn. Dompetnya dicapai lalu terus keluar dari bilik itu.
*end flashback*
Zayn terdiam lama. Peristiwa itu kembali singgah dibenak pemikirannya.
" Maira. Saya pun cintakan awak. Rindukan awak sangat-sangat. Tapi apa yang saya mampu buat sekarang ni sayang ? Bukan cinta awak yang tak layak untuk saya. Tapi cinta saya yang tak layak untuk awak. Saya dah khianati cinta kita Maira. " tangisnya sendiri.
Jeng! Satu permasalahan terungkai. Lets wait for the next okay ? Jangan lupa vote! Muah.

YOU ARE READING
I Love You , Forever
OverigCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...