Zayn meletakkan semua barang-barangnya yang dibeli tadi diruang tamu.
" lamanya tak balik rumah ni dengan awak. " ucap Humaira. Pinggan Zayn terus dipeluk dari belakang sejurus beg-beg kotak tersebut mencecah lantai.
Zayn tersentak. Tidak tahu hendak membalas bagaimana. Mereka kini berada di apartment mereka yang agak lama ditinggalkan.
Zayn tidak membalas pelukkan itu sehingga Humaira sendiri yang melepaskan. Humaira tersenyum walaupun luka dihatinya.
" kita kemas jom. Lap-lap apa yang berhabuk. Tapi tak berhabuk sangat kot. Sebab minggu lepas saya baru kemas. " ucap Humaira lembut.
Zayn terkejut.
" awak kemas ? Minggu lepas ? "
Humaira mengangguk.
" Zayn.. Saya balik rumah kita ni every weeks. Takkan awak tak perasaan kot. "
Zayn tidak bersuara. Dia tahu kadang-kadang Humaira tiada. Sangkanya Humaira keluar dengan Zahirah.
" yelah. Mana awak nak perasaan saya kat rumah nenek kan ? " sindir Humaira.
Setelah selesai mengelap apa yang patut , mereka mandi dan menukar pakaian.
Humaira duduk dibirai katil lalu menyelak sedikit kain kelawar yang dipakainya. Penutup botol minyak panas itu dibuka. Saat minyak itu hendak dituang ke tangannya , Humaira tersentak akibat satu suara.
" awak nak buat apa tu ? " soal Zayn.
" nak urut kaki. Sakit. "
Zayn menawarkan dirinya untuk melakukan sedemikian. Botol minyak panas itu diambil dari tangan Humaira. Zayn menindih bantal-bantal supaya tinggi untuk Humaira sandar. Betis Humaira dilumur minyak kemudian jarinya lantas melakukan kerja. Zayn menilik kaki itu. Dahulu putih bersih kini kelihatan sedikit besar dengan ada kesan-kesan hijau biru lebam dikakinya.
Dari betis sehingga ke jari-jemarinya Zayn urut.
" mesti lena saya tidur malam ni. " ucap Humaira.
Zayn menangkat kening sebagai tanda mengapa.
" yelah. Sebelum ni urut ala kadar je sapu-sapu minyak sebab tak larat nak urut sendiri. Lagipun mana nak sampai bawah-bawah tu. Takkan saya nak mintak tolong nenek atau Ira pulak. "
Zayn terdiam. Sebak didadanya ditahan. Setelah hampir setengah jam mengurut , Humaira terlena. Zayn memperbetulkan kedudukkan Humaira supaya lebih selesa. Dikuis rambut isterinya kebelakang. Selimut ditarik sehingga keparas bahu.
Zayn menyandarkan tubuhnya dikepala katil. Template yang diambilnya di klinik tadi diambil. Tajuk awal yang tertera disitu ialah PERMAISURI. Zayn membaca helaian demi helaian.
Layanlah isterimu bak permaisuri. Sakit melahirkan adalah sakit yang pertama didunia kecuali mati. Sakit yang perlu ditanggung isterimu untuk melahirkan zuriat keturunanmu. Sakit yang belum tentu kamu dapat menanggungnya. Sakit seperti 20 tulang dipatahkan sekali. Badan manusia hanya mampu menanggung 45del kesakitan namun sakit bersalin ialah 57 del kesakitan. Mampukah kamu menanggungnya ?
Pernah dengar mati bersalin merupakan mati syahid ? Ianya kerana saat ibu melahirkan bayi seolah-olah nyawanya berada ditengah-tengah jalan. Hargailah isterimu. Layanlah keranehnya. Layanlah perangai yang berubah-berubah. Cintailah dia seolah-olah ini hari terakhir kamu bersamanya.
Andai perjuangan ini merupakan perjuangan terakhir kamu bersamanya , pastikan kamu tiada rasa ralat baginya nanti.
Zayn mengambil helaian template yang lain. Dibacanya satu persatu. Ditelitinya satu persatu. Dihadam kesemuanya.
Humaira yang berada disisi mula memaling-malingkan badannya kekiri dan kanan. Selimutnya diturunkan kebawah. Zayn menutup kertas-kertas yang dibacanya. Rambut Humaira yang sudah kelihatan serabai itu diselak kebelakang.
" kenapa Maira ? Tak selesa ke sayang ? " soal Zayn lembut. Dilihat jam yang berada disisinya. Jarum sudah menunjukkan pukul 2 pagi dan dia masih belum tidur. Ralit membaca semua berkaitan ibu mengandung.
" pinggang saya sakit. " adunya dalam mata yang masih terpejam.
Zayn kembali mencapai minyak panas yang digunanya tadi. Baju yang dipakai Humaira ditarik. Kakinya dilitupi selimut. Minyak dituangkan sedikit ke telapak tangannya kemudian pinggang Humaira diurut lembut.
Humaira kembali dibuai mimpi. Zayn memberhentikan urutnya. Ditatap wajah Humaira yang sedang lena itu. Wajahnya terukir senyuman manis.
" maaf sayang. Awak sabar sikit je lagi. Bagi saya settlekan semua dulu. Baru kita boleh bahagia. " dahi Humaira dicium penuh kasih.
Zayn mengusap perut yang memboyot itu.
" anak papa aktif sangat ni ye. Sian mama nak tidur tak boleh. Baby jangan bagi mama susah okay. Papa takdek untuk mama selalu. " ucapnya.
" papa mintak maaf tau baby sebab takdek selalu dengan baby. Papa happy sangat dapat tengok muka baby tadi. So cantik anak papa ni. Ikut sangat mama kan. " gelak Zayn sendiri. Perut itu dicium berkali.
After this kita rungkai masalah then no sweet sweet dah okay. Hahahahahahhahaa

YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...