Bab 30

1.1K 45 16
                                    

" You tried to kill my baby. "

Zayn terdiam. Hatinya tersentak. Jantungnya mula berdegup tidak seimbang. Akhirnya apa yang ditakutkannya terjadi juga.

" sayang... " lidah Zayn seolah-olah kelu. Dia hanya mampu memanggil Humaira namun kata-katanya tak mampu diteruskan. Tuduhan Humaira sungguh perit untuk ditelan.

" sudahlah Zayn. Saya penatlah macam ni. Sampai bila awak nak buat saya macam ni ? Depan saya bukan main baik tapi belakang saya? " Humaira menarik nafas sebelum menyambung kata-katanya. Dia cuba menahan gelodak jiwa yang semakin bergenang dimata. Yang menunggu masa untuk dihamburkan.

" saya ingatkan awak betul-betul dah terima saya. Saya ingat awak betul-betul ikhlas cintakan saya. Tapi saya silap. " pandangannya dijatuhkan pula kepada anak yang masih digendongannya.

" kalau awak betul bencikan saya. Kenapa sampai awak sanggup lukakan dia ? Baby ni pun anak awak jugak. Darah daging awak sendiri. Tergamak awak buat dia macam tu. " akhirnya airmatanya mula mengalir. Zayn tidak betah. Humaira langsung tidak memberinya peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Itu semya tidak seperti yang difikirkan isterinya itu.

" Maira... Dengar dulu apa yang saya nak jelaskan. Saya takdek niat macam tu pun sayang.  " pinta Zayn. Airmatanya mula bergenang. Ingin saja saat ini dia menjerit dan memaksa Humaira untuk mendengar penjelasannya sejelas-jelasnya.

" sampai hati awak Zayn. Sampai hati awak. Saya sayang awak separuh nyawa saya. Saya tunggu awak sampai awak balik. Saya pujuk hati sendiri supaya sentiasa sangka baik terhadap awak. Sebab saya percaya cinta awak, sayang awak hanya untuk saya. Sebab saya yakin yang awak tak cintakan Farah tu pun. Sebab saya yakin awak sayang saya, sayang anak saya. Tapi saya salah. Awak jahat Zayn. Awak jahat .... " Humaira mengetuk-negtuk tilam katil. Zayn yang tidak betah melihat keadaan itu dengan segera memeluk Humaira erat. Humaira meronta-ronta meminta dilepaskan. Rasanya tidak betah untuk terus bertahan. Mendengarkan keadaan yang bising itu membuatkan dua orang jururawat berlari masuk.

" puan.. Puan kenapa puan ? " tanya salah seorang jururawat.

" halau lelaki ni keluar! Saya taknak tengok muka dia! " marah Humaira tangannya cuba menolak tubuh Zayn yang masih memeluknya.

" encik tolong keluar encik. Tolong jaga perasaan si ibu. " pesan jururawat itu. Zayn menggeleng seolah-olah tidak mahu berpisah. Pelukkan mereka dileraikan, Zayn melangkah keluar dengan matanya yang masih nebatap Humaira. Tangisan dimatanya masih tersisa namun disempat melihat Humaira yang disuntik ubat penenang oleh doktor yang baru sahaja masuk untuk merawatnya. Anak mereka juga turut diambil oleh jururawat yang bertugas.

" Encik buat masa sekarang saya harap encik jangan jumpa pesakit lagi ya. Emosi pesakit belum stabil. Kami tidak mahu menanggung apa-apa risiko seandainya Puan Humaira berkemungkinan menghadapi postpartum depression atau lebih dikenali sebagai meroyan. " kata-kata doktor itu mematikan Zayn. Sebolehnya dia mestilah hendak yang terbaik untuk isterinya. Dia tidak mahu Humaira sakit ataupun terluka. Lebih-lebih lagi melibatkan emosi ini.

Zayn diam. Langkah diatur ke ruangan menunggu. Punggungnya dilabuhkan. Rambutnya diraup kasar.

" Maira.. Jangan macam ni Maira.. Saya sayang awak. Sayang awak sangat-sangat. "



Korangg!!! Tiya rasa macam cerita ni dah hilang nyawa lah. Tiya rasa macam tak mampu nak teruskan. Tiya rasa macam perjalanan cerita ni kabur.

Korang tahu tak Tiya macam ada something nak share. Nak bercerita but Tiya takut. Kalaulah watpadd ni ada igs macam instagram ke. Takpun I can upload video macam youtube just to talk to you guys ke. I wish i could do that.

Sebab everytime Tiya ada problem. Tiya selalu teringat dekat you guys. Semua comment-comment you guys yang membangunkan Tiya. Yang buat Tiya rasa confident. I wish that i could talk to you guys.

Kadang-kadangkan bila Tiya baca comment-comment korang yang tanya pasal karya-karya Tiya sebelum ni. Tiya selalu berharap yang we can talk and just gossip about that part yang sebenarnya Tiya rasa kelakar bila ingat balik.

Tiya harap eventhough kita tak pernah jumpa or kenal but Tiya sangat selesa dengan you guys. Kadang-kadang Tiya rasa if I could sit and just talk to you guys the whole day.

Okaylah. Smile !

Jangan lupa vote and comment okay! Jangan lupa jugak karya baru Tiya.

DIA BUKAN MILIKKU

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 06, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I Love You , ForeverWhere stories live. Discover now