Zayn mengambil tempat disebelah Humaira.
" kau taknak pergi tidur bilik lain ke apa ke ? " soal Zayn.
Humaira mengalihkan badan memandangnya.
" kenapa ? Awak tak selesa dengan saya ke ? " soalan dibalas soalan.
" takdelah. Kau dengan aku kan kahwin bukan atas dasar cinta. Kau tahu kan aku kahwin dengan kau sebab aku nak harta nenek tu je. "
Humaira mengangguk.
" ye , saya tahu. "
" habistu kau tak kisah ke duduk sekatil macam ni dengan aku ? "
Humaira menggeleng.
" kenapa pulak ? Saya kan isteri awak. Isteri bukan sepatutnya disebelah suami ke? "
Zayn mula memandang Humaira tepat didalam matanya.
Humaira mula terdiam.
" kau anggap aku betul-betul suami kau ? "
Humaira menelan airliur lalu mengangguk perlahan.
" kau sedia jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri aku yang sebenar ? " Muka Zayn mula merapat.
Humaira memejamkan mata lalu mengangguk. Dia dapat merasakan nafas Zayn yang semakin dekat. Sejujurnya dia takut.
" aku takkan sentuh kau selagi kau belum bersedia. " ucap Zayn lalu semakin menjauh. Humaira menarik nafas lega.
" malam ni aku keluar eh. " ucap Zayn lalu menuju kearah almari baju.
" awak nak ke mana ? "
" tempat biasa. "
Humaira menarik nafas. Macam mana dia nak selamatkan Zayn dari segala benda ni. Zayn sejujurnya cukup lengkap. Tapi kurangnya pada satu itu. Zayn suka pergi berfoya-foya di kelab.
****
Humaira tersedar pada pukul 3 pagi. Dia segera berlari kearah pintu yang sudah terbuka itu.
" kau tak tido lagi ? " ucap Zayn setelah melangkah masuk.
Humaira menggeleng.
" tunggu awak lah. " balasnya.
" buat apa kau tunggu aku ? "
" saja. "
Zayn hanya mencebik lalu mendaki tangga ke tingkat atas.
*****
Humaira mengebil-ngebilkan matanya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Terasa tangannya bersentuhan dengan kulit seseorang. Apabila diamati rupanya dia tertidur beralaskan lengan suaminya sambil sebelah tangannya memeluk erat pinggang itu.
Humaira menjerit kecil. Dia menolak tubuh itu sambil bangun. Apabila wajah itu dipandang , Zayn hanya mentertawakan Humaira.
Pipi Humaira yang putih itu mula menjadi merah. Dia mengambil selimut lalu menutup keseluruhan mukanya.
" sedap tidur atas lengan sado ? " soal Zayn.
Humaira menjerit kecil. Sungguh dia malu.
" kenapa awak tak kejut ?! " marah Humaira. Lebih kepada menutup malunya.
" aku tengok kau macam nyenyak sangat je. Itu yang tak sampai hati. " balas Zayn. Ketawanya meletus.
" eii !!! " marah Humaira. Dia terus bangun lalu menuju kebilik air. Setelah pintu bilik air ditutup. Dia mengibas-ngibaskan mukanya. Terasa panas seluruh badan.
" cepat sikit mandi ! Nenek suruh makan tengahari rumah dia ! " laung Zayn dari luar.
Humaira hanya diam. Dari dalam bilik air sudah terdengar suara Zayn ketawa. Humaira mengetap bibir. Zayn pula tidak tahan melihat wajah Humaira yang memerah kerana malu.
****
Memang benar aku sudah jatuh cinta.
Memang benar aku hampir jadi resah.
Bila cinta darimu hadir.
Bagai lena dari mimpi.
Bagai terasa.. Bagai ter....Tiba-tiba lagu yang sedang dinyanyikan oleh Liyana Jasmay itu terhenti.
" kenapa tutup ? Saya tengah nyanyikan ni kan. " marah Zayn. Sedang elok lagu itu meniti dibibirnya.
" kenapa nak nyanyi lagu gegirl pulak. Macam happy sangat je. Siap senyum-senyum lagi. " cemberut Humaira.
" awak ingat apa haa ? " sambungnya lagi.
Zayn mula ketawa.
" aduii. Kelakar lah kau ni. Comel tahu tak comel ! " geram Zayn dengan sisa tawanya.
" takdelah aku cuma teringat isteri aku yang tertidur atas lengan ni ha je. " senyumnya sambil menepuk lengannya.
Muka Humaira kembali merah. Pinggang Zayn dicubit sekuat hati. Ketawa Zayn kembali pecah. Humaira pula memuncungkan bibirnya.
Note : -
Serius ! Korang kene dengar lagu Liyana Jasmay tu kay ! Sambil nyanyi tu baru dapat feel Zayn. Ahahbababa.. Terima kasih tau sudi support saya lagi. Muahh !!!
Saya post ni dulu , nanti saya sambung. Vote okay. Make sure tekan.
Wait for the next chapter
YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...