Bab 10

570 19 4
                                    

Usai menunaikan solat subuh secara berjemaah tadi. Humaira dan Zayn terus bersiap-siap untuk ke Bukit Tabur. Zayn sengaja memelih Bukit Tabur kerana ianya sesuai dengan Humaira yang baru pertama kali ingin cuba mendaki serta sesuai dengannya yang dah biasa mendaki kerana hampir keseluruhan laluan trek ini berasaskan batu.

Humaira mengikat rambutnya menjadi ponytail lalu terus mencapai kasut sukannya. Zayn turut duduk dihadapannya lalu menghala smartphone kearahnya.

Klik !

Humaira lantas mengangkat muka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Humaira lantas mengangkat muka.

" buat apa ? " marahnya.

" nak hantar kat nenek. " balasnya ringkas.

" eii kenapa tak cakap dulu. Nanti tak cantiklah. " marahnya.

" dah. Cantik dah tadi tu. " smartphonenya terus diletakkan didalam poket seluar belakang. Humaira mencebikkan bibir kemudian memutarkan bola matanya keatas.

*****

Zayn dan Humaira tiba dikaki Bukit Tabur. Zayn mengarahkan Humaira supaya membuat warm up terlebih dahulu bagi mengelakkan segala kecederaan nanti.

" Zayn.. Saya dah tak larat lah. " adu Humaira dengan nafasnya yang tercungap-cungap. Zayn yang berada dua langkah dihadapan mulai berpaling.

" Maira.. Kita dah nak sampai tau. Banyak kali dah kita stop ni. " marah Zayn.

" eii.. Awak tu. Kenapa bawak saya pergi tempat macam ni. " marahnya kembali. Huluran tangan Zayn dicapai. Dengam bantuan Zayn. Humaira berjaya memanjat batu yanh tinggi itu.

" awak jugak yang ajak saya exercise kan ? " mereka sama-sama melabuhkan punggung diatas batu yang ada disitu.

" saya ajak pergi jogging Zayn. Bukan hiking. " balas Humaira sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

" dahlah. Dahlah. Jomlah. Sikit je lagi. " tangan Humaira ditariknya.

Humaira menggelengkan kepalanya menandakan dia sudah tidak mampu. Jujur dia berasa begitu penat sekarang ni.

" jommm Maira. Sikit lagi. " Zayn terus bangun lalu menarik pergelangan tangan Humaira. Humaira turut bangun namun terkaku sebentar.

" au!! " adunya. Perutnya segera dipegang.

" kenapa ni ? " Zayn turut menghentikan langkahnya.

" perut saya sakit. Duduk sekejap boleh ? " adu Humaira lalu terus melabuhkan punggungnya.

" awak jangan macam-macam Maira. Sini takdek toilet tau. " Zayn mulai panik.

Mendengarkan ayat Zayn. Humaira mulai ketawa. Zayn membuat muka pelik. Kata sakit , boleh gelak pulak ?

" taklahh.. Ni sakit perut senggugut. Bukan sakit perut nak berak. " balasnya dalam tawa.

" ouh.. " Zayn mulai malu sendiri.

I Love You , ForeverWhere stories live. Discover now