Zahirah menghulurkan secawan kopi kepada Puan Linda. Punggungnya terus dilabuhkan bersebelahan wanita tua itu.
" Ira tak faham lah nenek. "
Puan Linda memandangnya. Ditanya mengapa.
" kenapa nenek tak halau je maksu tu keluar dari rumah ni ? Duduk lama-lama rumah orang buat apa ? " dengus Zahirah.
" nenek nak buat macam mana Ira ? Dahnya Maksu tu pun mak sedara kamu jugak kan. " nasihat Puan Linda.
Dia juga geram dengan perangai Puan Faridah itu , namun apakan daya. Sewaktu perniagaannya jatuh suatu ketika dahulu abangnya iaitu ayah kepada Puan Faridah banyak membantu. Saat detik-detik akhir abangnya juga dia sempat memesan kepada Puan Linda supaya sentiasa menyayangi dan menjaga anaknya itu. Yang paling membuatkannya serba salah ialah buah pinggang yang digunanya sekarang ialah buah pinggang milik abangnya. Andai kata abangnya tidak memberikannya buah pinggang itu pasti dia tidak akan dapat melihat dan mengecapi apa yang dia miliki sekarang.
Puan Linda mula termenung sendiri. Dia celaru. Bingung dan keliru. Dengan cara Faridah itu sendiri dia sudah tahu yang wanita itu mempunyai niat tidak baik terhadap Humaira. Dengan Zayn pula yang buat perangai.
Puan Linda tahu hati Humaira banyak terluka. Namun dia tidak berkuasa. Sudah puas dipujuk Zayn namun apakan daya.
" Ira kesian tengok kakak tu nek. Kak Maira tu makin lama makin tak larat dah Ira tengok. Abang ada macam takdek. Semua benda dia buat sendiri. Abang tak kesian ke tengok isteri dia macam tu ha ? " dengus Zahirah lagi.
Puan Linda hanya diam. Dia pun tidak tahu hendak membalas apa. Dia juga runsing dan bingung.
*****
Zayn menuruni tangga setelah selesai mandi. Dilihatnya Farah yang duduk bersebelahan Humaira. Riak wajah Humaira jelas menunjukkan yang dia sedang terkejut.
Zayn mempercepatkan langkahnya.
" Farah! Apa you buat dengan Maira ? " suara Zayn sedikit tinggi. Bimbang jika Farah ada memberitahu apa-apa yang tidak patut kepada Humaira atau memcedarakan isterinya itu.
" I buat apa ? I tak buat apa-apa lah. " Farah mengangkut bahunya.
Humaira hanya diam. Pandangan tidak dialihkan kepada Zayn walaupun dia tahu mata lelaki itu sedang tepat kearahnya.
" I cuma share berita gembira je. " Farah terus bangun dari duduknya lalu menuju kearah Zayn yang masih berdiri tercegat.
" I cuma bagitahu Maira yang we gonna have a baby soon. " sambung Farah. Lengan Zayn dirangkul sambil melentokkan kepalanya dibahu Zayn. Sebelah lagi tangannya menggosok perut yang semakin kempis itu.
Zayn membulatkan matanya. Saat bibir Zayn gagap memanggil nama Humaira , Humaira terus bangun dari duduknya. Dilihat airmata wanita itu mulai bergenang.
" tahniah Zayn. You gonna be a dad. Mesti you happy kan ? " Humaira senyum memandang kearahnya.
Zayn menahan rasa didadanya. Dia tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan rasa itu. Rasa sedih , rasa sebak dan perasaan seperti menyesal. Menyesal membawa Farah masuk kedalam rumah ini.
Zayn melihat langkah Humaira yang perlahan itu menuju kebiliknya. Sedih , hampa semuanya ada.
Dengan segera , Zayn terus menolak tangan Farah.
" you ni kenapa ? " marahnya.
Farah mengangkat bahu.
" I cuma ikut kehendak Aunty. " Farah terus berlalu pergi.
Zayn menarik rambutnya kebelakang. Semua menjadi kacau. Sangat kacau.
****
Puan Hanim memandang Haikal yang sedang mengejar ayam-ayam dihalaman rumah. Dari tadi dia asyik memikirkan Humaira. Dia tahu Humaira sebenarnya sedih melalui ekoran suaranya namun dia cuba sembunyikan. Mungkin dia tidak mahu Puan Hanim risau memikirkan keadaannya.
Puan Hanim memandang Haikal yang dihadapannya itu. Peristiwa buruk yang menimpa dirinya kembali terjah dibenak pemikirannya. Kehidupan yang membawa kepada dirinya sekarang.
*flashback*
Puan Hanim berjalan sendirian dilaluan yang sunyi itu setelah pulang dari kerja. Dia mengambil upah mencuci pinggan disebuah restoran hujung kampung pada sebelah malam. Siang pula dia akan menolong jirannya digerai tepi jalan. Sebuah dua motor melintasinya dengan laju. Angin pada malam ini terasa amat sejuk seperti mahu hujan.
Puan Hanim merasakan seperti ada yang mengekorinya , dia cuba mempercepatkan langkah. Saat dua tiga langkah dia kehadapan. Puan Hanim menjerit kuat. Dia telah ditarik kedalam semak. Pandangannya terbatas kerana hanya dibantu dengan lampu jalan yang berada agak jauh darinya.
Tangannya digenggam kuat oleh seseorang. Seluarnya yang dipakainya mula ditarik. Puan Hanim menjerit meminta tolong. Dapat dirasakan wajah lelaki itu merapati wajahnya. Sentuhan lelaki itu dapat dirasanya. Mulutnya ditekup kasar. Puan Hanim tidak berjaya melawan. Airmatanya berderai mengalir.
Puan Hanim mengebil-ngebilkan matanya saat terasa pipinya basah. Air hujan mulai turun. Dalam renyai hujan , Puan Hanim merintis. Segera disarung kembali seluarnya lalu pulang kerumah.
Sebulan setelah kejadian tersebut berlaku , Razak mula mendekatinya dikedai.
Saat Puan Hanim menghantar minuman kemejanya , dia merapatkan bibirnya ke telinga Puan Hanim.
" sedap kan malam haritu ? Aku masih rasa tak puas. " ucapnya.
Dulang yang dipegang Puan Hanim terlepas. Semua mata mula memandang kearahnya. Razak mula tersenyum gatal kearahnya. Puan Hanim menapak kebelakang. Perasaan takut dan trauma kembali hadir. Puan Hanim segera kedapur gerai tersebut. Sedang dia sibuk mencuci pinggan. Tiba-tiba perutnya terasa sakit. Kak Zainab yang merupakan tuan kedai disitu mula merapatinya.
" kamu okay tak ni Hanim ? " bahu Puan Hanim dipegang.
" taktau lah kak. Sakit sangat ni. Rasa mencucuk-cucuk. " balasnya.
Kak Zainab menyelak kain yang dipakai Puan Hanim.
" Hanim kamu turun darah ni. Kamu mengandung ke ?! " suara Kak Zainab mula meninggi. Perutnya pula semakin sakit. Perhatian mula tertera kearah mereka.
" kamu bukan janda ke ? " sambung Kak Zainab lagi.
Disebabkan tidak mahu kehilangan punca wang pencariannya. Dengan serta merta Puan Hanim terus bersuara lantang. Dinyatakan sambil ditunding jarinya ke Razak yang masih sedap menghirup kopi.
" saya dah kahwin dengan Abang Razak. Abang Razak tu suami saya. "
Puan Hanim tahu. Langkah yang diambilnya salah. Namun apakan daya , dia pasti andai kata yang dia mengandung anak luar nikah. Tiada siapa yang akan mempercayainya lagi. Sedangkan Humaira itu pun orang masih tak percaya yang itu anaknya. Ada sahaja mulut-mulut jahat yang tidak habis habis mengatanya.
Semua mulai terkejut.
Puan Hanim terus mengenggam lengan Kak Zainab.
" kak tolong bawak saya pergi hospital kak. Sakit sangat ni. " adunya.
Setelah Puan Hanim sedar dari tidurnya , Razak sudah tersenyum menunggu ditepi. Akhirnya dia dapat juga janda cantik yang sudi menjadi isterinya. Demi menutup aib malu , Puan Hanim menikah dengannya.
Masih ingat lagi kepayahan yang dia tanggung saat melahirkan Haikal. Berbagai dugaan ditempuhnya. Andainya tiada Humaira disisi pastinya sudah lama dia mengakhirkan hidupnya.
*end flashback*
One more conflict settle. Mesti semua orang ternanti-nanti apa hubungan Puan Faridah , Farah , Zayn dan Razak pulak kan ?
YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...