Pintu ward itu ditolak dari luar , Zayn yang baru sahaja melangkah masuk itu terkaku melihat Humaira. Hatinya kembali terusik , jiwanya kembali bergelora. Dilihatnya Humaira yang cepat-cepat mengesat airmatanya yang mengalir. Mungkin Humaira tidak mahu Zayn melihatnya menangis dan bersedih.
" awak dah mandi ? " soal Humaira lembut. Senyuman manis diberikan kepada suaminya itu.
Zayn sekadar mengangguk. Dia berpura-pura tidak nampak akan tangisan Humaira sebentar tadi.
Zayn pulang kerumah untuk menukar pakaian dan membawa barang-barang keperluan Humaira. Kerusi sebelah Humaira terus ditarik lalu terus diduduk.
Meja makan yang berada dihujung kaki Humaira diintai. Bekalan nasi hospital itu masih belum disentuhnya.
" kenapa tak makan lagi ? " soal Zayn.
Humaira hanya senyum. Tidak tahu ingin memberikan jawapan apa. Dia masih belum ada selera. Sedari tadi hanya menangis.
" Zayn.. " panggil Humaira lembut.
Zayn memandangnya kemudian mengangkat sebelah keningnya tanda mengapa.
" saya nak pergi toilet. Cuci muka , buang air. Tapi kaki saya sakit. " sambung Humaira. Bibirnya sengaja dimuncungkan meminta belas kasihan.
" ouh Ya Allah. Kesiannya. Jap jap. " Zayn pantas bangun mencapai kerusi roda lalu membantu Humaira untuk bangun dari katil dan duduk diatas kerusi roda tersebut. Zayn menolak kerusi itu ketandas. Anak tangga yang memisahkan antara tandas dengan bilik itu ditolak perlahan bagi memastikan Humaira tidak menerima begitu banyak gegaran yang akan membuat perutnya sakit.
Zayn membantu Humaira untuk bangun dan duduk diatas mangkuk tandas.
" Zayn.. Saya malulah. " katanya lembut. Zyan yang memahaminya terus memalingkan badan membelakangi Humaira. Setelah selesai , Humaira kembali duduk diatas kerusi roda itu.
" saya punya pencuci muka bawak tak ? " soalnya lembut.
" ouh ada ada. " dengan pantas Zayn kembali masuk kebilik dan menuju kearah beg yang dibawanya tadi.
Alat-alat mandian Humaira diletakkan diatas meja cermin tandas.
Setelah selesai , Zayn kembali menolak Humaira kedalam. Humaira dan Zayn sama-sama duduk diatas sofa.
Mereka sama sama duduk dan saling berhadapan.
" awak okay ? " soal Zayn lembut. Mata Humaira ditatap penuh kasih.
Humaira hanya senyum menandakan dia okay.
" Humaira.. " Humaira memandangnya. Rambutnya yang terjuntai diselitkan kebelakang telinga.
" saya minta maaf. Minta maaf sangat-sangat. Kalau saya tak bawak awak pergi hiking. Semua ni mesti takkan berlaku. " sambungnya.
Humaira senyum nipis.
" takpelah Zayn. Kita dua-dua tak tahu kan ? Kita pun bukan kahwin atas dasar cinta. Allah mesti dah aturkan perjalanan kita. Lagipun kalau kita cerai , kesian anak saya takdek kasih sayang dari ayah dia. " balas Humaira. Dia sedar tempatnya dimana. Dia hanya isteri atas kertas Zayn sahaja. Posisinya sebagai isteri hanya atas keperluan Zayn untuk mewarisi harta Puan Linda.
" Maira.. Jangan cakap macam tu. Kita kan masih suami isteri. Kalau kita ada anak.. " ucapan Zayn terhenti. Tangan Humaira yang berada dipeha itu digenggam erat.
" saya janji. Saya akan jaga anak kita tu. Saya akan bertanggungjawab. Saya takkan lepaskan awak. " sambungnya yakin.
" mana boleh macam tu Zayn. Sampai bila awak nak ikat saya sebagai isteri awak. Awak tak boleh buat saya macam ni. Saya tak mampu hidup dengan suami yang tak cintakan saya. Ini bukan apa yang saya nak selama ni. Awak pernah janji kan dulu , kalau awak dah warisi harta nenek. Awak akan lepaskan saya. " tangannya dari genggaman Zayn ditarik.
" saya bukan patung Zayn. Sampai bila saya perlu hidup macam ni ? Ye , saya mengaku. Awak sempurna. Awak tak pernah naik tangan dekat saya. Awak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami sepenuhnya. Tapi saya tak... " kata-kata Humaira terhenti saat tubuhnya ditarik masuk kedalam dakapan Zayn.
" saya cintakan awak Maira " Zayn terdiam. Kata-kata asyik bermain difikirannya namun tak mampu dilepaskan dibibirnya. Lama mereka berpelukkan. Lama juga benteng sunyi diantara mereka.

YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...