Hari menunjukkan pukul 8 malam, setelah Farah dan Puan Faridah keluar dari rumah untuk makan malam. Hanya Zayn dan Humaira yang tinggal dirumah. Dia bertekad harini dia akan menceritakan segalanya kepada Humaira. Dia tahu Humaira sedih dan kecewa dengan kata-katanya tadi. Dia tahu Humaira terluka. Dia tahu Humaira terseksa. Zayn memegang cawan yabg diminumnya tadi. Akibat tidak berhati-hati, air yang dipegangnya itu tumpah. Dengan perlahan, Zayn pergi kearah dapur untuk mencuci cawan itu dab mengambil kain untuk mengelap air masak yang tumpah itu.
Sedang Zayn mencuci cawan yang digunakannya itu, tiba-tiba terdengar satu jeritan pendek. Zayn yang terkejut segera kearah suara itu.
" Allahuakhbar! " laung Humaira. Perutnya dipegang kuat. Zayn terdiam. Badannya kaku. Lidahnya seolah-olah kelu untuk berbicara. Otaknya sedang mentafsir perkara apa yang sedang berlaku sekarang. Humaira yang terduduk sekadar 2 tapak kaki dari tempat dia berdiri sedang menangis menahan sakit. Dia belum sempat menjelaskan apa-apa kepada Humaira. Dia mahu menjelaskan hal yang membelenggu kepala isterinya itu.
" Zayn... Tolong... Sakit... " adu Humaira. Zayn melihat air yang ditumpahkannya tadi. Itu semua salahnya. Humaira jatuu kerana air yang ditumpahkan olehnya. Humaira menangis dan menangis.
Saat melihatkan darah yang mulai mengalir banyak dari celah pehanya, Humaira mulai gusar.
" Zayn... Tolong... Selamatkan anak saya. " Zayn yang mula tersedar dari lamunannya mula mendekati Humaira. Dipanggil nama itu berkali-kali sebelum mencapai kunci kereta dan memapah tubuh itu keluar.
Zayn memandu dengan laju sementara Humaira yang sudah terbaring disisinya.
" sabar sayang sabar. Tahan okay. Saya mintak maaf. " ucap Zayn. Airmatanya ditahan sebaik mungkin.
Humaira menggenggam tangan Zayn yang berada dipehanya.
" Zayn... I know you hate me. Saya dengar apa yang awak kata semalam. " ucapnya dalam sakit. Belum sempat Zayn mengutarakan kata-katanya, Humaira kembali menyambung.
" kalau apa-apa jadi kat saya. Tolong jaga anak kita elok-elok ye. "
Zayn menggapai tangan Humaira dalam ketar. Acap kali mulutnya mengatakan tidak. Dia benar-benar cintakan Humaira. Tangan Humaira perlahan-lahan dibawa kebibirnya.
***
Sesampai sahaja di hospital , Humaira ditolak laju masuk kedalam ward kecemasan. Zayn tidak dibenarkan masuk. Dalam debar, dia menunggu dipintu besar itu dengan penuh harapan. Harapan yang Humaira dan anaknya tidak apa-apa.
Seketika kemudian, muncul seorang doktor dari ruangan itu. Dengan segera Zayn mendapatkan doktor lelaki itu. Setelah doktor itu memastikan bahawa Zayn ialah suami kepada Humaira. Dia terus menyampaikan berita yang kurang enak itu dengan tenang.
" Puan Humaira kehilangan banyak darah dan masih belum sedarkan diri. Untuk selamatkan kedua-dua mereka. Kami terpaksa jalankan pembedahan bagi menyelamatkan nyawa si ibu. "
Zayn meraup mukanya kasar. Dia menggengam lengan doktor itu kuat. Dia redha dan pasrah. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi selamatkan Humaira dan anaknya. Zayn menangis merayu kepada doktor itu supaya lakukan semampu mungkin.
Doktor itu mengangguk. Bahu Zayn ditepuk lembut.
" kami harap Encik dapat bersabar dan banyak-banyakkan berdoa. Kami minta maaf kemungkinan pembedahan ini tidak dapat menyelamatkan kedua-dua ibu dan anak sebab jantung anak Encik sudah semakin lemah. "
Hati Zayn semakin celaru. Setelah bayangan doktor itu hilang dari pandangan mata. Zayn terus terduduk. Airmatanya mulai mengalir hebat seolah-olah tiada noktah untuk berhenti.
" Maira awak kena kuat sayang. Awak kena kuat. Awak tak boleh tinggalkan saya. Awak tak boleh tinggalkan anak kita. Anak papa, anak papa tolong kuat sayang. Mama dengan papa nak sangat-sangat jumpa baby. " ucapnya didalam hati. Dengan langkah longlai, dia mukai menuju ke surau.
***
Allahuakhbar... Allahuakhbar...
Airmata Zayn menitis perlahan. Sungguh tidak dia sangka , dia mampu menggendong anaknya sendiri. Ditatap , dicium dan disentuh lembut setiap inci kulit anaknya itu. Tak henti-henti dia mengucapkan syukur kepada Allah. Sungguh besar nikmat yang dia berikan. Setelah selesai diazankan anak lelakinya itu, Zayn terus memulangkan kembali kepada nurse lalu keluar menunggu diruangan menunggu sementara menunggu Humaira yang masih belum sedarkan diri.
Usai masuk waktu maghrib, Zayn terus menunaikan solat maghrib di surau yang terletak di tingkat yang sama dengan ward Humaira.
Setelah menunaikan solat fardhu tiga rakkat itu, Zayn dengan langkah gembira masuk kedalam bilik Humaira. Pintu kayu itu ditolak perlahan-lahan, kelihatan Humaira yang bersandar dikepala katil sambil menngendong anak mereka itu. Dengan senyuman yang meleret, Zayn melangkah kearah mereka.
" Assalammualaikum sayang... " ucap Zayn perlahan. Bibirnya laju menuju kedahi Humaira , namun belum sempat kucupan itu didaratkan ke dahi isterinya. Humaira segera berpaling.
Zayn terkejut. Dia memandang Humaira yang langsung tidak memandang kearahnya. Dengan pandangan yang tajam dan menghala ke luar dia terus mengutarakan ketidakpuasan hatinya sehingga membuatkan hati Zayn berkecai.
" You tried to kill my baby. "

YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...