Bab 20

691 28 3
                                    

Zayn dan Humaira sama-sama melangkah masuk kedalam rumah.

" Zayn.. Kenapa I call tak angkat. Risau I tahu tak ? " lengan Zayn terus dirangkul Farah. Humaira menapak ketepi memberi ruang kepada Farah melepaskan rindu.

" I ada hal kena settlekan. Tu tak sempat angkat call. "

Farah mula membuat muka.

" yelah tu. Entah-entah you menggatal dengan perempuan ni. " Farah menjeling kearah Humaira.

Baru sahaja Humaira hendak membuka mulut membalas kata-katanya. Satu suara yang datang dari arah dapur memberhentikan kata-katanya.

" eh Zayn! Dari semalam maksu tunggu Zayn. Zayn pergi mana ? " ucap Puan Faridah.

Langkah diatur kearah Zayn. Huluran tangan disambut mesra namun tidak Humaira. Belum sempat tangannya Humaira cium , Puan Faridah segera menarik.

Humaira tersentak. Wajah Zayn berubah.

" Maira. You tolong maksu ambilkan buah tembikai ada dua biji dengan belakang kereta boleh ? Maksu lupa nak bawak masuk tadi. "

" takpelah maksu. Biar Zayn yang ambil. " Zayn melepaskan rangkulan Farah.

" lah takpelah. Zayn mesti dah penat drive tadi kan. Maira mesti duduk sebelah tidur je. Biarlah dia yang buat kerja pulak. Kan Maira ? " tubuh Humaira dipandang atas bawah. Tidak peduli dengan kandungannya yang membesar itu.

Humaira tersenyum lalu keluar dari rumah semula. Zayn yang tidak mampu meneruskan kata-katanya hanya memandang sayu kearah Humaira.

*****

Apa yang dibuat Humaira , semua tidak kena pada mata Puan Faridah. Puan Faridah ialah adik tiri arwah Ibu Zayn dan Zahirah.

Ada sahaja yang hendak dimarahnya , ada sahaja yang hendak diarahnya. Baru sahaja Humaira hendak merehatkan badan , sudah pasti dia sengaja mencari sesuatu untuk dilakukan.

" berapa lama lagilah perempuan ni nak ada kat sini. " dengus Zahirah perlahan. Hatinya geram melihat kakak iparnya diperlakukan seperti itu. Abangnya pula seperti lembu dicucuk hidung , ikut sahaja apa yang dilarang Puan Faridah. Sedangkan yang mengandung isterinya sendiri.

Humaira menyendukkan nasi kedalam pinggan yang berada dihadapannya kemudian dihulurkan pinggan itu kepada Zayn. Belum sempat Zayn menyambutnya , Farah terus merangkul lengan Zayn.

" you.. You nak ayam bahagian mana ni ? " soal Farah dengan nada manja.

Huluran pinggan Humaira kembali ditarik. Terasa memang terasa namun apakan daya ?

" nenek nak makan lauk yang mana ? " soal Humaira lembut.

" mestilah nenek nak makan yang Maira masak tadi. Mana kari daging tadi ? Dah jadi favourite nenek tau kalau Maira yang masak. "

Humaira tersenyum mendengar pujian itu. Kari daging itu disendukkan kedalam pinggan Puan Linda.

Zayn turut ingin merasa lauk masakan isterinya itu. Namun saat tangan Zayn memegang sudu lauk , Puan Faridah terus memotong.

" Zayn. Zayn kena makan lauk ni. Lagi sedap. Ayam masak merah tau tak. Kari daging tu biasa-biasa je. Maksu dah rasa tadi. " pintas Puan Faridah. Zayn memandang kearah wajah Humaira yang berubah riak. Senyuman yang terukir diwajahnya tadi terus hilang serta merta.

Zahirah yang perasan akan perubahan Humaira cuba untuk menukar topik.

" erm. Kak! Akak nak makan ikan bakar kan tadi ? Ni Ira ada beli dekat kedai depan simpang yang akak suka sangat tu. " pinggan yang berisi ikan disuakan kepada Humaira.

I Love You , ForeverWhere stories live. Discover now