" Haikal jangan lah kacau abang tu. " laung Puan Hanim. Haikal yang asyik mencuit-cuit dan bermain dengan Zayn tersentak.
" mana ada ummi. Haikal nak main je ngan abang. " marahnya.
" takdek apa lah ummi. Bukan Haikal kacau Zayn pun. " Zayn tersenyum.
Zayn memberikan smartphonenya kepada Haikal. Ditunjukkan game-game yang telah dimuat turunnya.
Haikal menjadi sebegitu setelah beliau demam panas ketika berumur 3 bulan. Sejak itu , suami Puan Hanim asyik-asyik menuduh dan mempergunakan Haikal. Mujurlah tiada gangguan emosi atau trauma yang dihadapi Haikal.
Sedang elok melayan Haikal , Zayn ternampak Humaira yang keluar melalui pintu dapur itu. Dengan serta merta dia terus berlari kearah Humaira.
Humaira yang memakai seluar track berserta t-shirts lengan pendek dan rambut yang diikat satu itu menjeling kearah Zayn.
" awak nak pergi mana ? " soal Zayn.
" pasar tani. "
" nak ikut. "
" saya naik motorlah "
Mata Zayn membulat.
" bahayalah. Tau tak bahaya. " marahnya.
" apanya. Kalau saya naik kereta. Saya kena parking jauh. Lagi bahaya. " pusing Humaira.
Humaira berjalan kearah motor kriss itu.
" kalau awak nak ikut. Awak naik kereta. Saya pergi dengan Haikal. " ucapnya sambil berjalan.
" Haikal ! Abang dengan kakak nak pergi pasar. Haikal duduk rumah tengokkan ummi ye ! " laung Zayn dari belakanh Humaira. Dia sudah tahu yang Haikal takkan ikut disebabkan smartphonenya yang telah berada pada tangan Haikal.
Haikal menjerit tanda okay kemudian mengangkat ibu jarinya.
" Haikal nak apa-apa tak ? " soal Zayn lagi.
" Haikal nak kebab dengan ayam percik ! "
Zayn mengangguk sambil membalas okay.
Humaira baru sahaja ingin menyucuk kunci motor terus dihalang oleh Zayn.
" biar saya bawak. "
Humaira hanya mengikuti kehendak Zayn.
****
Zayn memimpin Humaira masuk kedalam bilik. Tubuh kecil itu dibaringkan diatas katil. Zayn yang baru ingin melangkah kembali berpaling saat tangannya digenggam erat.
" Zayn.. Temankan saya. Kepala saya sakit sangat-sangat. " pinta Humaira. Airmatamya mulai bertakung.
Zayn terus mengambil tempat disisi isterinya itu. Dalam tak sedar , hatinya mulai menerima Humaira kembali secara perlahan-lahan.
Humaira terus meletakkan kepalanya diatas peha Zayn. Zayn membuka penutup minyak angin yang diberikan Puan hanim lalu dituangkan sedikit ke jari-jarinya. Kepala Humaira dipicit perlahan-lahan.
" saya rindu awak Zayn. " ucap Humaira sayu. Airmatanya mengalir perlahan.
Zayn diam walaupun hatinya meronta-ronta melihat keadaan Humaira.
Humaira memejamkan matanya menikmati rasa urutan Zayn.
" saya happy sangat Zayn. Akhirnya saya ada suami yang boleh tolong picitkan saya waktu pregnant ni. "
Humaira tersenyum.
" awak nak tahu tak ? Selama ni kan , saya picit betis saya sendiri. Saya picit kepala saya sendiri. Saya urut belakang pinggang saya sendiri. " cerita Humaira. Riak wajah Zayn mula berubah. Telinga tekun mendengar setiap bait kata Humaira.
" anak kita ni kadang-kadang nakal tau. Malam-malam dia bagi saya susah tidur. Kadang-kadang kaki saya cramp. " Humaira tertawa membayangkan keadaanya.
Airmata Zayn mula bertakung.
" susah betul nak baik semula lepas cramp. Tension saya ! " Humaira senyum lagi.
Zayn cepat-cepat mengelap airmatanya yang mengalir. Pilu hatinya saat membayangkan keadaan Humaira yang sedang bersusah-payah sendirian.
Tanpa sedar , Zayn dan Humaira sudah terlena. Humaira baring beralaskan lengan Zayn yang tidak berbaju itu. Zayn melepaskan bajunya setelah selesai memicit kepala Humaira sebentar tadi.
Tangan Humaira perlahan-lahan naik lalu memeluk tubuh Zayn. Begitu juga Zayn yang membalas pelukkannya. Zayn memulakan langkah dengan mendongakkan kepala Humaira. Bibirnya mula mendarat pada bibir Humaira. Tanpa mereka sedar , hubungan suami isteri mereka mula tercipta kembali.
*****
Zayn melarang Humaira untuk memandu sendirian pulang kerumah mereka. Humaira hanya mengikuti arahan dari suaminya itu.
Didalam kereta Humaira dan Zayn diam tanpa bicara. Masing-masing memilih untuk tidak mengungkit peristiwa semalam seolah-olah tiada apa yang berlaku diantara mereka.
Sampai sahaja dirumah Puan Linda , Zayn membulatkan matanya. Sebuah kereta vios berwarna putih yang dikenalinya elok terparking disitu.
" ada orang datang rumah neneklah. " ucap Humaira.
" maksu. " ringkas jawapan Zayn. Airliur yang ditelan terasa berpasir. Gangguan sungguh perempuan seorang ini. Tanpa sedar , Zayn mengeluh sendiri.

YOU ARE READING
I Love You , Forever
RandomCinta bukanlah seusuatu yang boleh dipaksa. Cinta hadir dari sudut hati yang paling dalam. Cinta hanya mampu dirasa oleh hati dan jiwa yang turut bercinta. Mencintai dan dicintai adalah perkara yang paling membahagiakan. Bagaimana pula kalau bahagi...