04

319 43 15
                                    


skip ke hari sabtu>>

author.

mara memandang cermin besar dihadapan nya yang memantulkan dirinya yang sedang memakai floral dress paras lutut.

rambut diikat gaya ekor kuda. kalau ekor kuda pun tak tau, author pun dah takde idea macam mana nak describe gaya rambut mara ni.

dress tidak berlengan itu menampakkan kulit mara yang putih putih melati itu. dah memang jarang keluar rumah kulit pun putih mulus macam mamat susu dutch lady tu.

maksud author min yoongi c putih melepaks tu k.

mara ni terpaksa pakai dress sebab dah member dia ugut kalau mara tak pakai dress lawa grace dan aerin belajar.

mara ni tanak kalah ngan diorang ni. kalau diorang belajar konferm dia kalah sebab mara ni jenis yang pemalas la katakan.

jadi disebabkan tidak ingin untuk turun pangkat, dia pun memakai dress yang dipilih oleh jebons dua hekong itu.

mara terkejut sebab diorang ni tau pasal style tapi tetap juga pakai baju koyak rabak apetah tu. dia kate seluar yang koyak tu style pengemis padahal dia je taratau style sekarang.

macam tak cukup kain pun ada.

ding dong*

bunyi loceng rumah berdendang di rumah. elele ingat ni dangdut ke berdendang pe semua ni.

mara pantas mengambil beg sandangnya dan menuju ke arah pintu rumah teres tersebut.

"ma-" hansul terhenti apabila terlihat mara yang sangat cantik di matanya bak angel bersandar di bingkai pintu.

"dah habis pandang?" tetiba sahaja hansul balik ke realiti. haih mara ni acah lagi berani padahal dalam hati dugdagdugdag.

hansul tersengih malu lalu meraih tangan mara tanpa menjawab pertanyaan dia. mara hanya membiarkan tangan nya disilangkan oleh jari jemari hansul.

wajahnya berwarna merah padam.

mara

"awak nak pergi mana?" tanya c hansul lembut. siap saya-awak lagi. uish memang boyfriend material tul.

"mana mana je.. aku ok" aku menjawab pertanyaan dia. boleh boleh dia tanya aku pula nak ke mana. dia yang bawa date.

ingatkan dah rancang dah hm.

"ok jom pergi cafe baru kat mall tu" hansul menarik lenganku ke sebuah mall berdekatan.

setibanya di cafe tersebut aku order latte manakala c hansul order caramel macchiato.

sebaik sahaja aku ingin membayar tiba tiba hansul hulurkan duit dia terlebih dahulu.

acah gentle hmph!

kami mengambil tempat di bahagian belakang cafe yang agak sunyi kerana kurang pelanggan.

"lepas ni tengok wayang nak?" hansul menyedut macchiato miliknya sambil memandang aku.

ish kenapa la cara dia sedut minuman tu sexy sangat. tolong tuhan ampuni la seyya.

"a-ah ya ok" aku tersedar apabila hansul tiba tiba berdehem. alaaa aku baru je nak terpikat.

dia tersenyum gembira lalu kami sambung menikmati minuman masing masing tanpa bersuara. sedap sangat letew.

sedap tak terkata.

hampir habis aku minum latte aku tiba tiba rasa nak terkencing lah pulak.

"hansul, aku ke tandas jap" aku menerima anggukkan daripada hansul yang sibuk menghirup minumannya dengan penuh nikmat.

ceh ayat.

"k cau luksss. tunggu eh kejap je ni" aku kemudian berlari mengalahkan usain bolt ke tandas. maklumlah dah nak terkencing.

sia sia saja aku pakai dress lawa lawa macam ni kalau terkena air kencing yang berbau hancing tu kan?

setibanya di tandas, aku terus meluru ke tempat yang takde orang then tunaikan hajat aku kemari. aiceh.

"fuh.." aku menghembuskan nafas lega bagai beban yang berat atas bahu yini telah diangkat.

cermin di tandas aku pandang lalu membetulkan rambut aku yang dah serabai disebabkan larian pecut aku tadi.

sedang aku sibuk mengemas rambut aku, tiba tiba ada satu suara yang membuat aku terkedu.

"mara?"

suara ni..

"seolmi?"

[ C ] CRACKS ; j.jkWhere stories live. Discover now