sunyi sepi.bagai malaikat lalu.
namun bukannya atas sebab malaikat lalu, tetapi kerana lelaki ini telah menyoal persoalan yang amat rumit untuk aku menjawab.
ye aku mungkin masih suka pada dia. mungkin aku masih rindu padanya.
namun kehadiran jungkook seolah olah membantu aku sedikit demi sedikit untuk meninggal kan sejarah aku dan dia.
air mata bertakung di tubir mata hanya tinggal menunggu masa untuk jatuh. semua hilang bicara.
mereka hormat hal peribadi aku.
mungkin bagi sesetengah orang apa yang aku alami tidak menyakitkan. namun bagi aku, cukup untuk membuatkan hati tisu seorang gadis luluh.
hal yang remeh bagi nya namun hal yang berat bagiku. dan aku tahu kawan kawan aku faham yang aku cepat emosi.
mungkin kerana itu aku digelar budak emo?
"dulu je. kisah lama" senyuman palsu aku ukir di bibir. ye lah takkan lah nak tunjuk muka sedih.
tak pasal pasal nanti diorang tunjuk muka kesian lagi aku nak nangis.
"mara.." aerin menggosok belakang aku. grace pulak sedia mengambil tisu.
"jangan tipu dengan perasaan kau.. aku tahu kau nak nangis mara" perlahan lahan air mata jatuh ke pipi setelah mendengar kata kata jujur hansul.
dia sangat memahami aku.
aerin dan grace pulak acah acah nak nangis.
"mara.. aku minta maaf" jungkook serba salah memandang aku yang mula reda menangis.
"takpe.. kau tak tahu" aku berkata namun kedengaran sepi sahaja nada ku itu.
aku sedih sebab aku rasa aku bodoh tak tengok yang mereka cuma berpura pura dengan aku.
aku bodoh.
"kau tu yang bengap sebab tak perasan yang kitorang tak suke dengan kau. bodoh!"
suara kang seolmi terngiang ngiang di kepala. bengap. bodoh. sape je tak terasa bila best friend forever konon kau cakap cem tu.
"kau tak bodoh mara. diorang yang bodoh sebab buat kau macam tu"
grace bersuara tegas seolah olah dia tahu aku memaki diri sendiri di dalam hati.
senyuman kelat terukir di bibir.
suasana hening seketika. tiada seorang pun yang ingin bersuara.
mata ku tertancap pada frame gambar di bilik grace.
aku, aerin, grace dan seolmi. namun wajahnya diconteng menggunakan pen hitam.
ni mesti kerja grace.
mentang mentang seolmi tu fake girlfriend taehyung lantas dia meninggal kan geng lamanya.
ye la. kan dah jadi budak HOTSTUFF la konon mase kat sekolah dulu.
kitorang ni setakat kentang. apela nak dibandingkan dengan pelajar diva.
aerin melontarkan biji matanya ke arah gambar tersebut diikuti dengan grace.
masing masing tersenyum pahit.
manakala hansul dan jungkook setia berdiam diri memberi masa bagi tiga gadis emosi haktuih.
"korang ingat lagi tak masa tu?" aerin tergelak kecil sambil jarinya dihala ke arah gambar tersebut.
senyuman yang menunjuk kan seribu satu makna itu tidak lekang dari bibir.
"mesti la ingat hahahaa" grace acah acah happy.
"ingat.." aku menjawab ringkas.
"mase tu seolmi bagitau kite dia ada namchin lagi. memang dah jadi kebiasaan untuk kita raikan setiap kali dia ada namchin"
"seolmi?" jungkook menyoal.
bagai rangsangan kami terhadap kata kata nya, mata kami teralih laju ke arah jungkook yang duduk bersebelahan aku.
"kang seolmi?"
sekali lagi dia menyoal. wajah nya seakan akan mengenali gadis pengkhianat itu.
"ya, kenapa?" aku menjawab dengan dahi penuh kerutan.
jungkook terdiam.
lambat lambat dia membuka mulut untuk menjawab.
"d-dia ex yeochin aku.."
bagai terasa dengan kata katanya aku turut terdiam. aku fikir selama ni aku adalah cinta pertamanya.
rupanya aku silap. dia berbekas.
senyuman kecil terukir di bibir. pipi berona merah padam menahan amarah. mata diredupkan pandangan bagi menutup air mata ingin mengalir.
"tapi tu dulu.."
"aku tak suka dengan dia pun. dia je yang paksa. nasib lah taehyung hyung ada" dia mengeluh ringan.
"oh" hanya perkataan yang tersembur dari mulutku.
lidah menjadi kelu.
kenapa mesti orang yang aku mula cintai pernah menjadi atau menjadi miliik kang seolmi?
apa yang ada pada dirinya yang membuatkan semua namja bagai tertenggek menginginkan dirinya.
ah. aku tahu sebabnya. dia lembut dan ayu serta mempunyai luaran yang cantik.
hehe manakala aku sempoi. main hentam je pakai baju.
kang seolmi. terima kasih kerana telah mengajar aku perit dikhianati seorang rakan baik.
kim taehyung.
terima kasih kerana telah mengajar aku perit cinta bertepuk sebelah tangan.
jeon jungkook..
terima kasih kerana mengajar aku mencintai semula.
___
vote and comment. <3
YOU ARE READING
[ C ] CRACKS ; j.jk
Fanfiction⚠beware of the frozen heart⚠ "aku tau la hati kau keras macam ais batu tapi.. ais kan boleh cair" started : 181017 ended : 181217 cringe alert !!!