08

260 39 12
                                    


"hm k" aku menjawab perlahan. lagipun hari tu aku ada janji lain kali date. janji ditepati bukan macam najib, janji melayu semata mata.

haih penat lagi.

"yessssssssssssssss!" dia bersorak lalu mengangkat ngangkat tangan nya bagai pasukan sorak.

apalah yang seronok keluar dengan aku?

"k jumpa esok!" aku melambai dia lalu berlalu pergi. malas la nak bagi orang harapan palsu. aku taknak diorang rasa macam apa yang aku rasa.

terkhianat.

broken.

walaupun dah lama tapi aku tak leh lupa orang yang paling rapat dengan aku dulu khianat aku.

sesampai sahaja aku di rumah, aku terus berjalan menuju ke bilik tidur aku. aku jalan menuju ke meja belajar aku lalu mengeluarkan album kenangan aku.

jangan hang perasan aku nak belajar k.

di muka depan nya terlihat muka kami sekeluarga. aku dan yoongi memeluk omma dan appa yang duduk di atas sofa sambil tersenyum.

air mata jatuh setitik di album tersebut. melihat je muka appa, aku rasa sedih sangat. aku ingat kami la family yang paling happy, bahagia forever after. tapi rupanya appa ada orang lain di belakang omma.

nasib la omma tabah. walaupun aku je yang melebih lebih haha. bukan apa dulu aku ada cakap dengan appa yang dia lah appa terbaik kat dunia ni.

tapi tak sangka appa khianat omma. kalau aku omma, aku tak dapat bayangkan perasaan dia.

sekarang omma pun terpaksa kerja keras untuk sara aku dan yoongi. tapi mesti korang bingung an yoongi nama dia min?

sebenarnya kawan omma yang macam omma juga dikhianat suami sendiri, tapi masa ni omma dan appa belum bercerai lagi. nama kawan omma tu min meena.

masa tu puan min ni disahkan menghidap penyakit kanser tahap empat yang doktor sendiri kata mustahil untuk diubati.

yoongi masa tu baru 2 tahun. mesti korang tak dapat bayangkan mamat putih susu acah suweg tu peluk dia punya anjing-holly sambil menangis tengok omma dia sakit.

sedih.

jadi omma dia pun minta tolong omma aku jaga yoongi dan masa tu juga omma aku baru mengandungkan aku. jadi sebab omma aku pun sayang dengan kawan dia, omma aku pun ambil la yoongi sebagai anak lelaki dia.

appa pun nak anak lelaki masa tu so, dia memang mengalu alukan yoongi dalam keluarga kami.

kami ni dah membesar macam adik beradik kandung. lagi lagi orang cakap kami hampir sama je sebab kulit putih, pemalas, suka tidur.

macam tu la perangai kitorang. tapi kami tak la malas sangat sampai rumah pun bersepah. kami ada jadual k.

oh ya dan sekarang omma tinggal kat daegu sebab tempat kerja dia kat situ. omma kerja sebagai nurse shift pagi dan malam. kesian omma.

jadi kekadang je omma datang rumah sini. yoongi je la kawan aku kat rumah ni meskipun dia ni macam hantu. kadang kadang je nampak.

dah lah putih sangat kulit.

aku menyelak album tersebut dan nampakla muka yoongi dan aku yang masih kecil lagi main barbie.

percaya atau tk yoongi dlu pun main barbie tau. tapi lepas tu kitorang naik pangkat main ultraman.

aku ketawa kecil melihat gambar gambar aku dan yoongi yang inesen dulu padahal sekarang tahu gaduh je.

aku buka lagi muka surat yang ada sampai ada satu gambar buat aku rasa nak koyak koyak je. muka seorang perempuan dan aku, masa tu aku tahun 4 kat sekolah rendah.

tiba tiba aku ternampak lagi muka dia dengan aku bergambar sama sama. apa ni? bukannya aku dah buang ke benda ni?

aku menyesal crush on dengan dia dulu.

nasib ada yoongi protect aku masa tu. aku sedih gila masa lelaki gila tu nak jumpa aku tapi yoongi tolak dia keluar.

sebaik ada yoongi. hehe.

sedang aku belek belek album tu tetiba pintu bilik aku dikuak buka oleh hantu as in min yoongi jonje jjangg jjangg man bbongg bbongg.

"mara.. makanan dah habis"

"so?" aku dah tau apa dia nak. eeei asyik aku je yang kene buat.

"pura pura lagi tak tau. nah duit kau pergi beli barang barang dalam list ni. jangan beli memacam lagi. tempek kang"

uishh yoongi ni pandai juga main tempek tempek ehh.

aku menjeling dia lalu merampas not wang itu kasar dari tangan putih mulusnya. "ye la" aku menukar baju sekolah tadi kepada hoodie merah tua dengan sweatpants panjang hitam.

aku menyumbat earphone dalam telinga. sambil sambil jalan ke kedai tu dengar dengar juga la track agust d.

boleh tahan juga yoongi menulis list panjang macam ni. tapi.. barang nanti takkan aku angkat sorang sorang. gila punya abg. nasiblah.

aku menepuk dahi kasar apabila terlihat 'beras' dalam senarai yoongi ni. dia sengaja nak tengok aku merana ke hape?

terpaksa jela kita berserah kepada yang maha kuasa. hmm.

lagu you never walk alone tetiba terpasang. tapi bila lagu ni terpasang ade je muka yang terpacul di kepala aku ni. asal kepala aku ni?

aku rasa aku perlu buat pembedahan otak untuk buang dia dari kepala aku ni.

'tapi kalau kau buang dia dari otak kau, hati kau masih simpan dia lagi' ehh kenapa dengan aku ni? asal dugeun dugeun ni?!

"i wanna fly but i have no wings but
your hands become my wings. i wanna forget darkness and loneliness with you ~"

bila rangkap tu tiba, aku rasa seperti aku terlanggar seseorang tetapi bila aku tengok siapa, aku terkedu.

dia la orang yang aku terbayang bayang dari tadi.

"eo mara? kau okay?" jeon jungkook.

aku terasa pipi aku membahang. kenapa dengan aku ni?

ya tOHANN.

[ C ] CRACKS ; j.jkWhere stories live. Discover now