Bab 1

2.5K 111 11
                                    

Aku menuju ke mesin punch card dengan berlari-lari anak. Sudah masuk setahun aku berkerja di sini, nampaknya aku masih mengalami kesukaran untuk tiba ke sini tepat pada masanya. Dan semua itu nampaknya sangat menyusahkan orang lain juga dalam sesetengah keadaan.

Tapi memandangkan hari ini adalah permulaan bagi punch card baru, mungkin aku boleh saja menyuruh orang lain punchkan untuk aku dulu. Tulah, tak terfikir pula tadi. Mungkin aku patut lebih beringat selepas ini.

Aku melihat punch card baru aku kali ini sudah dipunch oleh seseorang. Mungkin ada rakan sejawat yang baik melakukannya untuk aku. Malah, namaku juga dieja dengan betul. Jarang sekali perkara seperti ini berlaku.

"Lyssabelle!" Ketua jabatan, Sister Hanim memanggil aku tapi biasalah, mesti dia salah sebut nama yang kalau nak diikutkan mudah itu.

"Ya, saya!"

"Awak tolong tengokkan pesakit katil 12B tu kejap lagi ya?"

"Ada yang tak kena dengan dia ke, Sister?"

"Oh, saja. Sebab dia mungkin nak discharge tengahari nanti. Just follow-up jelah. Boleh ke tak?"

Aku sekadar mengangguk. Pesakit 12B itu merupakan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang mengalami kecederaan ketika sedang bermain bola sepak. Jadi mungkin ada beberapa faktor lagi yang aku harus ambil kira sebelum menyerahkan laporan kepada doktor yang bertugas.

Aku meletakkan semua barangan peribadi aku di dalam loker kecuali handphone. Aku memakai sarung kepala yang biasanya dipakai oleh jururawat itu dan seterusnya berjalan menuju ke kaunter.

Sebagai jururawat yang baru setahun berkerja, aku akui banyak lagi perkara yang aku masih belum kuasai. Malah aku seringkali menjadi bahan usikan oleh kakak-kakak senior lain yang lebih berpengalaman. Tidak apalah, pengalaman itukan guru yang terbaik.

Di Hospital Bandaraya ini, aku berkerja sebagai staff nurse secara tetap. Selepas habis sahaja belajar, aku terus ditempatkan di hospital ini dan wad yang aku jaga adalah Wad Lelaki Kejora. Alhamdulillah, setakat ini, banyak ilmu yang bermanfaat dapat aku pelajari.

"Lyssabelle, akak ada jual kerepek ni. Kau nak beli tak?" Kak Salmi, salah satu jururawat di sini, mempromosikan kerepek yang dijual oleh jiran depan rumahnya. Setakat ini, aku belum lagi pernah menjadi pelanggannya tapi dia sering melobi kepada aku untuk membeli kerepek-kerepek itu.

"Kerepek apa tu, kak? Saya ni kurang sikit makan benda-benda macam ni."

"Macam-macam ada, Lyssabelle. Ada kerepek ubi pedas ni haa, ada kerepek pisang, ada kerepek udang. Eloklah buat kunyah time tengah tengok TV tu."

"Saya ni TV pun takde kat rumah tu, kak. Mana nak tengok TV sambil makan kerepek."

"Tak kisahlah, Lyssabelle! Beli jelah, diknon. Sedap jugak buat makan."

Aku menyedekahkan senyuman padanya. Rasa kesian pula memikirkan ini sudah usahanya yang keberapa entah untuk memujukku membeli kerepek daripadanya. Banyak pula jenis kerepek yang dijualnya itu sampai aku pun naik keliru dengan jenis-jenis kerepek tersebut.

"Kerepek ubi taro akak ada tak? Saya pun sebenarnya tengah mencari jugak benda tu."

"Ubi purple tu eh? Ooooohhhh!!!! Akak ada. Kenapa kau tak cakap awal-awal dengan akak kau nak kerepek tu?"

"Baguslah kalau akak ada. Berapa akak jual, kak?"

"Sepeket yang besar tu, RM 10. Kalau yang kecik sikit tu RM 7. Ada tu lagi, RM 10 dapat tiga. Boleh campur. Kau nak yang mana?"

BabyRizalWhere stories live. Discover now