Bab 17

1.3K 88 6
                                    

Kali terakhir aku bercinta adalah ketika aku mengenali Syahril, tujuh tahun dahulu. Aku baru berusia 17 tahun ketika itu. Muda dan mentah lagi pada ketika itu. Baru lagi hendak mengenal dunia, kata orang. Tapi percayalah, aku merasakan seperti dunia adalah milikku pada ketika itu. Biasalah, cinta monyet.

Aku bercinta dengan dia selama dua tahun lamanya. Semasa aku sedang belajar di Kolej Kejururawatan Harmoni, dia sedang belajar di Pusat Persediaan Pembelajaran Luar Negara di Shah Alam. Dan ya, kami putus ketika dia menyambung pelajarannya ke Ireland sementara aku masih berada di sini.

Ada berita mengatakan yang dia sudah berubah menjadi geng kunyit di sana. Ada juga yang bercerita kepadaku yang dia sudah bertemu cinta baru di sana di mana hal itu yang menjadi punca kami putus. Pandai je mereka ni...

Tapi, ada sesuatu yang membuatkan aku terfikir. Aku kalau hendak diikutkan langsung tidak cinta kepadanya. Langsung tidak! Memanglah masa kami putus itu, tiga hari juga aku tak lalu makan tapi hanya kerana aku kehilangan teman lelaki, itu sahaja. Tak lebih daripada itu.

Lain ceritanya dengan Rizal. Aku rasa seperti dia duniaku. Waima dengan Razif dulu pun, perasaanku terhadap Rizal ini lain. Sangat lain. Aku tahu dia memang kejam terhadap aku tapi aku tak boleh lari daripada mempunyai perasaan seperti itu. Ada sesuatu tentang Rizal yang membuka hatiku untuk memaafkaannya.

Kata orang, gila untuk kita bercinta dengan orang gila. Biarlah! Aku rela dikecam gila daripada tidak dapat meluahkan cintaku kepadanya.

Seorang jururawat mendekati aku sambil membawa mesin mengambil BP dan troli berisi jarum dan kapas. Dia tersenyum kepadaku seraya mengambil tekanan darah daripada tangan. Selalunya, aku yang mengambil darah pesakit tapi sekarang, darah aku yang diambil oleh jururawat.

"Puan, sekejap lagi doktor akan berjumpa dengan puan ya. Puan dah makan?"

"Sudah. Err, dah berapa lama saya di sini?"

"Oh, puan masuk malam tadi. Suami puan ada di luar. Nak saya panggilkan?"

"Suami?"

"Yalah, Encik Rizal. Suami puan, kan?"

Aku hanya mengiyakan. Suami apa kalau belasah isterinya sehingga gugur kandungannya? Tapi, betulkah aku gugur?

"Nurse, saya gugur ke?"

Jururawat itu hanya tersenyum kelat. Aku makin keliru. Mujurlah seorang doktor wanita masuk ke dalam wad tersebut tak lama selepas situasi kekok itu berlaku.

"Puan Lyssabelle, kami minta maaf. Kandungan puan berusia tiga bulan itu tidak dapat diselamatkan."

Aku tak tahu hendak berasa apa. Tapi aku pastilah yang itu adalah anak aku bersama Razif dahulu. Tak sampai lagi tiga bulan selepas kematian Razif. Aku rasa seperti anak aku itu hanyalah anak aku seorang sahaja. Sedih itu memanglah sedih tapi ianya sekadar itu sahaja. Aneh, kan?

"Harap puan dapat menerima keadaan ini dengan hati terbuka, ya."

Ya, aku sedih. Tapi itu sahaja. Semasa Razif meninggal dunia dulu pun, perasaan aku neutral. Hanya sedih kerana menjadi janda pada usia yang sangat muda.

Rizal masuk. Aku langsung tak boleh memandang wajahnya. Memang aku cintakan dia tapi rasa benci yang ada juga menambah rencah dalam perasaanku. Bergetar bibirku memandangnya.

"Dia kuat tu, doktor. Apapun, terima kasih sekali lagi, doktor. Saya akan lagi berhati-hati kepada dia ni."

"Baguslah kalau begitu tapi kalau boleh, jangan bagi dia stres sangat ya. Tak baik untuk kesihatan dia. Nanti kalau dibiarkan, melarat nanti."

Dia hanya mengangguk. Sekali lagi, minda nakalku berfikir sesuatu. Rizal di dalam baju t-shirt lengan panjang adalah sangat, sangat, sangat dan SANGAT KACAK!!! Ya, ianya berbunyi sangat bodoh tapi aku tak boleh berhenti daripada memuji kekacakan seorang manusia bernama Ahmad Fadzrul Rizal ini.

Jelingannya terhadap aku sahaja sudah cukup membuatkan aku terasa seperti hendak melayang ke awan biru. Masya Allah kacaknya manusia ini.

Doktor dan jururawat itu beredar meninggalkan kami berdua. Untuk seketika, Rizal tidak berkata apa-apa kepada aku. Dia duduk dan bermain dengan handphonenya sambil ketawa tersenyum. Tengok video Tak Tuntuang kut.

"Kau okey tak?" Dia ni bodoh ke?! Terang-terang aku keguguran. Takkanlah nak expect aku menari kat sini.

Dia berjalan menuju ke sebelah katilku dan memandang papan yang menulis butiran diriku di situ. Kemudian dia tersenyum dan ketawa mengejek ke arahku.

"Are they stupid or your name is too ridiculous to be true?"

"Kau dah takde bahan sangat dah ke sampai nama aku pun naik?"

Dia mencabut papan tersebut dan memberikannya kepada aku. Aku pun hendak turut sama naik angin melihat namaku disalah eja di dalam itu. Namaku dieja sebagai 'Lysabel' sahaja dan bukannya 'Lyssabelle'. Emo weyh legit!

"Takpe, nanti aku suruh dorang betulkan. Kau nak makan apa-apa tak?"

"Really, Rizal? What the fuck is wrong with you?!"

"Apa dia? I'm buying you food, is that wrong?"

"Kau punca aku ada kat sini dan sekarang kau nak bajet suci!? Apa masalah kau sebenarnya?!"

"Apa masalah kau ni? I'm trying to be nice."

"Kenapa sekarang? I mean, kau buat aku hilang anak aku dengan Razif lepas tu kau nak act macam takde apa-apa antara kita?! Kenapa kau buat aku macam ni?!"

Dia ketawa sinis. Kemudian dia memegang daguku dan membuatkan aku mendongak memandangnya.

"You know what I like about you, monkey? Because you are the one who can stand Razif. So pour moi, I guess kau boleh tahan dengan aku."

"Rizal, why?"

"Pourquoi? Parce que tu est tres stupide, singe." Dah, dia dah mula cakap Bahasa Perancis dah. Memang sengaja je dia ni sebenarnya, tau!

"Kau sebenarnya tak kuat mana pun, kan? Sebab tu kau cakap dalam bahasa yang aku tak faham."

"Non. J'adore a voir desempare. Tu etais mignon."

"Fuck you! Kenapa kau tak nak cakap je apa yang kau nak cakap tu, Rizal?!"

Sambil tersenyum, dia berkata, "Tu es sauras, singe!"

Aku memberi telahan hati bahawa 'singe' itu maksudnya monyet. Tapi nadanya tidaklah serius mana. Namun, aku dah tak percaya nada dan riak wajah yang diberi olehnya kini. Kerana aku terlalu percayakan itulah, aku berada di atas katil keras ini sekarang.

"Anything you want?"

Aku tak menjawab.

"Tu est peur pour moi?"

"Rizal, please."

"Sebab tulah belajar bahasa asing tu penting ya. Bodoh sangat siapa suruh."

"Are you actually still insane, Rizal? Because you are showing that you are, actually."

"Quel tu fais si j'ai encore fou?"

Aku diam. Malas lagi hendak melayan kegilaan makhluk bernama Rizal ini. Serius, dia masih gila. Kalau hendak ikutkan, hendak sahaja aku memanggil pengawal keselamatan datang mengambilnya di sini dan menghalau keluar. Tapi memikirkan yang dia sudah membayar segala kos perubatan, kau nak mati?! Aku mana ada duit.

Jauh dalam hati aku, dalam aku membencinya, ada perasaan lain yang turut menumpang sama di situ. Rasa cinta seperti sedang berputik. Aku simpati melihatkan keadaannya begitu. Aku sangat positif bahawa ada sesuatu yang telah membuatkannya menjadi sebegitu rupa.

Namun dalam masa yang sama aku juga risau. Kematian Razif seakan tiada apa-apa baginya. Mungkinkah giliran aku yang akan datang nanti? Dan ketika itu, dia masih akan gembira mengenainya?

Ya, aku tak tidur malam itu langsung kerana dia ada di sebelah aku. Aku tak mahu aku melelapkan mata buat kali terakhir kerananya.

______________________

Untuk sebarang petikan dalam bahasa asing itu, mohonlah ke google translate ya  hahax!

BabyRizalWhere stories live. Discover now