1994
Sekolah bukanlah satu tempat yang menyenangkan tak kisahlah bagi spesies apa manusia itu sekalipun. Begitu juga dengan aku. Banyak perkara yang membuatkan aku menyampah dengan sekolah ini. Mungkin masih terlalu awal untuk aku katakan yang aku bencikan zaman persekolahan tapi, ya, banyak sebabnya.
"Fadzrul..." Seorang guru lelaki yang mengajarku Matematik bernama Cikgu Mazlan datang ke meja aku ketika kelas sedang berlangsung.
"Ya, cikgu."
"Kenapa keputusan mid year awak teruk sangat? Belajar ke tidak?"
"Maafkan saya..." Itu sahaja yang keluar dari mulut sembilan tahunku itu.
"Nak kena call Datin Rita Maria ni. Hmm, okey jugak. Dapat jugak cakap dengan artis tu nanti."
Aku hanya mendiamkan diri. Seisi kelas sudah memandang aku seolah aku baru sahaja menembak mati seorang manusia. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku diam ketika itu.
"Pelik kamu ni! Bapak kaya, abang ketua pengawas, mak cantik. Fuh mak kamu tu kalau cikgu dapat..."
Ya, aku masih diam!
"...memang cikgu tak cari lain. Tapi kan, Fadzrul. Betul ke yang bapak kamu tu ada perempuan lain belakang mak kamu? Macam tak bersyukur je kan?"
"Saya... tak tahu..."
"Tulah mak kamu! Dalam banyak-banyak lelaki, bapak kamu yang tua tu jugak yang dia pilih. Ya ke sebab cinta tu?"
"Saya tak tahu..."
"Apa je yang kamu tahu? Kalau cikgu kata cikgu nak tebuk mak kamu tu, kamu tahu!?"
Bagi minda budak berusia sembilan tahun, itu memang sudah keterlaluan. Tapi aku tahu ramai sebenarnya yang ingin melawan guru matematik ini cuma, kami terlalu takutnya. Dia terlalu besar untuk kami semua lawan.
"Dia mama saya..."
"Eh, boleh lagi kau bercakap?"
"Dia isteri papa saya."
"Dah tu? Eleh, dalam movie tunjuk terdedah tetek, paha sana sini. Bapak kamu tu dah share dengan kami semua dah mak kamu tu."
Ketika itu, aku boleh katakan yang aku terlalu marah tapi tidak ada satu perkara pun yang keluar dari mulutku. Yang keluar, hanyalah aku daripada kelas tersebut. Aku pun tak ingat macam mana ia boleh berlaku. Yang pasti, aku keluar.
Aku duduk berkurung dalam bilik air sehinggalah tamat waktu matematik. Selepas waktu matematik itu adalah waktu rehat. Lagilah aku tidak suka berada di kantin pada ketika seperti itu. Banyak faktor aku tidak suka berada di situ pada ketika itu.
Aku membasuh muka dan keluar dari dalam tandas. Aku hanya tunduk memandang lantai dan berjalan menuju semula ke kelas.
"Woi bapok!" Ya, itu panggilan aku di sekolah.
Aku mengangkat muka dan memandang ke arah suara tersebut. Sekumpulan pelajar darjah lima sudah berdiri di satu sudut memandang tepat ke arah aku.
"Janganlah kutuk dia doh. Nanti dia mengadu bapak dia."
"Pergi mampos! Mak dia pun bogel sana sini!"
Aku hilang sabar! Entah mana datangnya kudrat keberanianku pada ketika itu. "Tu mak aku! Aku tak suka korang kutuk dia!"
"Eeeiii lembiknya kau cakap! Enyenyenyeh..." Mereka mengajuk gayaku berbicara.
YOU ARE READING
BabyRizal
Mystère / Thriller"Ada sesuatu yang sangat pelik dengan Rizal dan aku tahu hal ini dari awal Razif membawanya pulang dari Hospital Mental Sentosa itu lagi. Suamiku mati di tangannya, ibu bapanya juga dan mungkin juga arwah isterinya dahulu. Dan aku tahu, giliranku ak...