Bab 9

1.3K 99 4
                                    

Sekiranya ada hari yang paling buruk akan berlaku dalam hidup aku, hari itu adalah hari ini.

Aku keluar ke taman permainan pada petang itu sementara menunggu Razif pulang. Saja hendak mengambil angin petang. Lagipun bila lagi hendak merayau di kawasan perumahan tersebut kalau bukan sekarang?

Semasa sedang duduk di atas bangku simen, seorang wanita menegurku.

"Orang baru ke?"

"Oh, taklah. Eh tak, baru. Suami saya memang duduk sini."

"Isteri Dr. Razif ke?"

"Ya, saya. Kenal suami saya ke?"

"Mana tak kenal Dr. Razif tu?! Anak Dato' Fauzi dengan Datin Rita. Oh ya, nama akak Saleha. Nama adik?"

"Lyssabelle. Li-ze-bel."

"Pelik nama tu. Tapi sedap."

Aku hanya tersenyum. Aku melihat Kak Saleha itu sedang menemani anak-anaknya yang tiga orang itu bermain. Pada pengamatanku, Kak Saleha ini mungkin berusia lewat 30an ataupun 40an. Anaknya yang paling besar itupun aku kira berusia dalam darjah lima ataupun enam.

"Adik Dr. Razif tu dah keluar dah, Lyssabelle?"

"Dah... kejap. Macam mana akak kenal Rizal?"

"Siapa je tak kenal keluarga Dato' Fauzi tu, Lyssabelle? Nak pulak lepas Rizal tu jadi macam tu lagilah."

"Oh, ya ke? Saya tak tahu pulak."

"Kesian dia tu, kan? Dah handsome cukup dah tapi jadi macam tu pulak."

Aku hanya tersenyum kelat mendengarkan Kak Saleha berkata begitu. Mereka yang tidak duduk sekali dengan Rizal memang akan berasa simpati dengan keadaan yang dialami olehnya. Tapi bagi aku yang duduk sebumbung dengannya yang kena menghadap semua perangai anehnya, ianya seumpama di dalam neraka.

"Alang-alang ni, boleh akak mintak nombor telefon? Mana tau, kut-kut ada kenduri ke, cukur jambul ke, boleh menjemput."

Kami bertukar nombor telefon. Selepas itu, anaknya yang paling kecil merengek memaksa dia untuk meminta diri. Aku juga memutuskan untuk pulang juga memandangkan Razif mungkin sudah pulang dari kerja.

Tiba di rumah, aku tergamam dan kaget di muka pintu.

"KAU SEDAR TAK YANG KAU TU SEKARANG NI DAH TAK GUNA?! KAU TU DAH GILA! TAKDE SIAPA SUDI NAK BELA KAU!"

"HABIS TU?! KENAPA KAU AMBIK AKU?! SEBAB KAU NAK TUNJUK KAU BAIK?! KAU NAK TUNJUK YANG KAU NI ABANG YANG BERTANGGUNGJAWAB MACAM TU!? KAU NAK ORANG SANJUNG, SEMBAHYANG KAU NI MACAM KAU NI BAIK SANGAT?!"

"DAH TU?! KAU NAK SIAPA YANG JAGA KAU?! KAU CAKAP DENGAN AKU?! SIAPA YANG SUDI NAK JAGA ORANG GILA?! TAK ADA SIAPALAH, BODOH!"

"HIDUP DALAM NERAKA LAGI BAHAGIA DARIPADA HIDUP DENGAN KAU! DARIPADA DULU, KAU MEMANG NAK ORANG PANDANG KAU BAGUS! KAU DENGKI!"

"WEY BANGSAT! AKU NI ABANG KAU TAU?!"

"TAHU PULAK NAK MENGAKU! SEJAK BILA KAU PANDAI NAK MENGAKU YANG KAU NI ABANG AKU?! MATI JELAH RAZIF!"

Dia terus menghentak kakinya dan naik ke tingkat atas. Ketika itu aku baru perasan yang hanya ada dua beradik itu sahaja di dalam rumah. Pembantu rumah yang lain semua tiada di situ.

"Awak pergi mana?!"

"Saya pergi jalan dekat taman kejap tadi. Abang dah lama balik?"

"Biarkan je budak gila tu seorang kat rumah." Nampaknya, Razif memang betul-betul sedang marah kepada Rizal. Aku cuba untuk tidak menambah api ke dalam minyak. "Dahlah, jom makan!"

Kami menuju ke meja makan. Aku melihat lauk-pauk sudah elok terhidang di situ. Aku hairan juga, siapa yang masak sedangkan seorang pun orang gaji tiada di rumah.

'MATI JELAH, RAZIF!'

Ayat itu terngiang di kepala aku. Boleh jadikah kalau sebenarnya Rizal yang...

Astaghfirullahalazim, Lyssabelle! Kenapa kau boleh terfikir benda macam ni sekali? Mengarut sangat aku ni berfikir. Mungkin Kak Puji atau pembantu-pembantu rumah yang lain telah masak sebelum mereka mengghaibkan diri. Tapi mana mereka?

"Mana Kak Puji semua?"

"Dorang keluar semua tadi abang suruh. Si Rizal tulah."

"Kenapa?"

"Entah dia. Tapi takpelah. Macam abang cakap, kalau Rizal tu tak layan kita baik dengan dia, jadi kita kenalah berkeras sikit."

Masalahnya, tadi tu dah macam bukan berkeras dah tu. Macam dah nak berperang. Aku sendiri dah nak seram masa tu dibuatnya. Aku tidak menyangka pertengkaran antara dua beradik boleh jadi setoksik itu.

"Abang...?"

"Apa dia?"

"Saya tak bermaksud saya tak sukakan Rizal tu untuk duduk dengan kita tapi abang tak rasa ke untuk kita yang baru nak bina kehidupan sendiri, kena hadap lagi dengan dia, hanya akan jadi liabiliti."

"Maksud sayang?"

"Saya tahu yang dia perlukan bantuan in terms of moral support and what not semua tu tapi abang tak rasa ke yang kita ni baru sangat nak terima kehadiran orang baru? I know he's your brother, your own blood family tapi he's still stranger to me. Saya takut yang..."

"Abang faham."

"Saya tak nak abang fikir saya ni tak boleh terima keluarga abang ke apa. Saya boleh tapi bukan dalam masa sekarang ni."

Dia memegang tanganku. "Abang tahu tu sayang. Tapi, sayang kena ingat jugak. Abang ni satu-satunya ahli keluarga yang dia ada, yang sanggup jaga dia. Dia ada abang je, sayang."

"Saya pun ada abang je dalam hidup saya sekarang. Saya takde keluarga. Ada pun nenek je yang dah tua. Dengan siapa lagi saya nak mengadu semua masalah kalau bukan dengan abang."

"Sayang, jangan macam ni. Kalau abang keluarkan Rizal tu, dia nak duduk dengan siapa? Hospital dah tak boleh jaga dia dah. Dia dah sihat."

Aku akur. Aku tahu yang aku tak boleh memutuskan hubungan adik-beradik ini. Aku sepatutnya sedar kedudukan aku sebagai pendatang di dalam rumah ini. Baik buruk mana sekalipun Rizal itu, dia tetap adik iparku yang juga bermaksud adik kepada suamiku.

"Sayang okey kan?"

"Okey."

"Lagipun bukannya abang tak ada. Habis kalau abang takde nanti, siapa yang nak jaga Rizal tu kalau bukan sayang?"

Aku terpempan ketika dia mengatakan hal itu. Namun wajahnya serius ketika dia mengatakan hal tersebut yang membuatkan aku merasakan hal ini adalah hal yang serius.

"Apa maksud abang bila abang dah tak ada? Abang pergi mana?"

"Lyssabelle, we will never know what might happened in future. So, in the meantime, for time being, in case abang takde, sayang tengokkan Rizal okey?"

"No, no, no!"

"Lyssabelle...!"

Aku pasrah mendengar ayat itu. Razif memberikan aku perasaan saspen yang teramat. Tak terbayang bagaimana hidupku akan jadi sekiranya aku kena duduk dan berdepan dengan fiil Rizal yang satu tu. Gila!

Razif tersedak. Dia pantas mengambil air dan meneguknya. Namun keadaannya semakin teruk. Nasi yang ditelannya termuntah kembali. Aku pantas berdiri dan menepuk-nepuk belakangnya. Namun ianya sedikit pun tidak membantu.

Razif terjatuh dari kerusi. Aku menjerit memanggil semua orang yang berada di dalam rumah tersebut tapi pembantu rumah masih belum pulang manakala Rizal, entahlah budak gila tu. Aku tetap juga memekik memanggil sesiapa yang ada.

Rizal turun. Dia memandang ke arah abangnya yang sedang tersedak itu lalu tersenyum kecil. Kemudian dia naik ke biliknya semula dengan riak yang tak bersalah. Tinggallah aku seorang menjerit bagaikan orang gila sepertinya.

Selepas sahaja aku menelefon talian kecemasan, nafas Razif terhenti.


BabyRizalWhere stories live. Discover now