Memandangkan aku yang memegang kunci kereta, maka dengan mudahnya aku pergi ke kereta semula dan memandu terus ke rumah Kak Puji yang terletak tidak jauh sangat daripada hospital ini.
Aku sejujurnya teruja dan takut untuk mengetahui kebenaran mengenai Rizal. Banyak perkara mengenainya yang aku hendak tahu dan aku tak hendak tahu. Seperti ada suatu tarikan luar biasa setiapkali bercerita mengenai dia.
Aku teringat peristiwa tadi. Peristiwa yang bagi aku, meninggalkan satu tanda soal yang sangat besar. Aku sendiri tertanya, apa punca yang menyebabkan dia boleh berhalusinasi sebegitu teruk? Itu adalah breakdown Rizal paling dahsyat pernah aku saksikan selama aku tinggal bersamanya.
Aku tiba di sebuah flat di mana Kak Puji tinggal. Aku naik ke tingkat tiga, blok B kerana menurut alamat yang diberikan oleh Kak Puji, di situlah dia tinggal. Aku mengetuk pintu rumah mengikut yang diberi dan seorang remaja lelaki lingkungan usia 13 tahun membuka pintu. Dia menjemputku masuk dan aku melihat Kak Puji sedang menggoreng sesuatu di dapur.
"Lyssabelle duduk dulu ya. Akak goreng pisang ni kejap. Sedap jugak buat makan sambil menyembang."
"Eh, buat susah je akak."
"Takpelah. Akak pun tak teringat nak masak nasi ni. Ke Lyssabelle nak akak masak nasi terus sekali?"
"Eh, tak payahlah. Menyusahkan akak sangat pulak nanti. Lagipun Lyssabelle tak boleh lama sangat ni."
Kak Puji kemudiannya membawa pisang yang sudah digoreng itu dan dihidangkan kepadaku. Turut dihidangkan adalah Neslo suam yang dibancuh oleh anak perempuannya tadi. Aku pula, punya bertuah langsung tidak membawa buah tangan. Gelabah sangat tadi!
"Pasal Rizal ke ni, Lyssabelle?"
Aku mengangguk perlahan. Kak Puji tersenyum nipis dan aku rasa aku faham maksudnya.
"Dia tu baik budaknya, Lyssabelle. Baik sangat. Tapi itulah, dia jadi macam tu sebab keadaan dalam rumah tu sendiri."
Aku menghirup Neslo yang dituang oleh Kak Puji dan aku terfikirkan sesuatu. Keadaan dalam rumah tu sendiri? "Maksud akak?"
"Lyssabelle tak pernah kenal Dato' Fauzi dengan Datin Rita kan?"
"Kalau Datin Rita tu, sebab masuk TV jelah. Dia pelakon 80an kan?"
Kak Puji mengangguk. "Arwah Datin tu kan, Lyssabelle, baik sangat. Lembut cakap dia. Kalau cakap tu, teratur je ayatnya. Rizal tu rapat dengan mamanya dulu. Rasanya, seingat akak, semua yang jadi kat dia, semua dia curah habis kat mak dia. Memang macam kawanlah mak dia tu dibuatnya."
Patutlah Rizal selalu bersembang dengan gambar ibunya dan hampir hari-hari dia akan pergi ke kubur ibu ayahnya. Tapi, rasanya dia tak pernah pula bercerita sebegitu ramah tentang ayahnya pula.
"Muka Rizal tu ikut muka arwah Datin ya, Kak Puji."
"Ha'ahlah, Lyssabelle! Sebab tulah, jujurnyalah akak rasa, handsomelah lagi Rizal tu."
Aku tersenyum ketika mendengar Kak Puji memuji Rizal. Tapi memang betul pun. Aku sendiri rasakan yang sekiranya Rizal dan Razif tidak mengaku adik-beradik, memang aku pun tidak akan meneka bahawa mereka adalah adik-beradik. Memang wajah mereka masing-masing saling berbeza.
"Tapi itulah, Datin tu jelah yang rasanya lembut dengan Rizal tu kat dalam rumah tu."
"Kenapa pulak, kak?"
"Arwah Dato' tu entahlah, susah akak nak cakap. Dia tu asyik nak menangkan Razif je. Daripada kecik, Lyssabelle."
"Menangkan macam mana?"
YOU ARE READING
BabyRizal
Mystery / Thriller"Ada sesuatu yang sangat pelik dengan Rizal dan aku tahu hal ini dari awal Razif membawanya pulang dari Hospital Mental Sentosa itu lagi. Suamiku mati di tangannya, ibu bapanya juga dan mungkin juga arwah isterinya dahulu. Dan aku tahu, giliranku ak...