Rizal seorang bibliofilia tegar. Rizal juga seorang yang tidak mendengar muzik moden. Minatnya sememangnya agak pelik dengan lelaki lain. Tapi pelik mana sekalipun, dia tetap dengan caranya tersendiri.
Dia gemarkan warna hitam dan merah. Hampir semua barang peribadinya berwarna daripada dua ini. Dia juga seorang yang sukakan benda klasik Hollywood. Dia mempunyai poster Marilyn Monroe, Lana Turner, Rita Hayworth dan James Dean. Dia punyai taste yang autentik dan itu membuatkan dia berbeza.
Setiap malam, aku akan melihat dia menaip di komputer riba. Namun taklah berani aku untuk melihat apa yang ditulis olehnya di dalam komputer ribanya itu. Melainkan aku hendak mati lebih cepat, maka bolehlah aku melakukannya. Mungkin dia sedang menaip puisi-puisinya mungkin.
Moodnya tidak boleh dijangka. Ada kalanya, dia romantik dan ada kalanya, dia singa. Semuanya bertukar dalam sekelip mata.
"Monyet, aku nak tanya sikit."
"Apa dia?" Ketika itu, aku sedang mengemas raknya yang penuh nak mampus dengan buku. Serius weyh, kalau jual surat khabar lama, memang laku jual buku dia ni je. Ini baru rak dalam bilik bacaan dia. Belum lagi rak dalam bilik tidurnya lagi.
Oh ya, bilik bacaan Rizal adalah sebuah bilik kecil yang terdapat di dalam bilik tidurnya juga. Di dalam bilik itu, terdapat tiga buah almari dan sebuah kerusi malas. Pemandangannya adalah menghadap kolam renang di tingkat bawah sana.
"Kau tak ada mak ayah eh? Adik-beradik? Family?"
"Tak ada. Mak ayah aku dengan adik-beradik aku satu family meninggal sekali."
"Sebab?"
"Rumah kitorang terbakar."
"Habis kenapa kau tak terbakar sekali doh?" Mulut dia ni ya ampun!
"Aku duduk rumah opah aku. Rumah dia depan rumah kitorang."
"Habis mana opah kau?"
"Meninggal tahun lepas. Sakit tua."
Dia membuat muka jijik. "Memang semua yang ada kena-mengena dengan kau ni mati eh? Dengan Razif sekali kau bawak sial kau. Oh ya, tadi kau kata family kau meninggal sebab kebakaran kan?"
Aku mengangguk.
"Belum masuk neraka dah kena bakar." Dia ketawa. Memang kalau nak diikutkan, aku hendak saja kikis bibir seksi dia tu agar berhenti bercakap langsung. Tapi entahlah, bagai ada satu tenaga dalam diri aku menyuruhku bersabar.
"Rizal..."
"Dah lupa ke nama aku?"
"Okey, Babyrizal. Is there anything else I may help you with?"
"Hmm, takde dah kut."
Aku bangun dan mula menuju ke arah bilikku semula. Sakit pinggang weyh dok kemas rak buku dia yang setiap satu buku tu ada setebal kamus dewan. Rasa nak baling balik je semua buku tu balik pada dia.
Aku masuk ke dalam bilik dan mula berbaring di atas katil. Aku terfikirkan satu perkara.
Aku tak tahu hendak tamsilkan perasaan aku ini sebagai sebuah ilusi atau realiti. Aku seperti tergantung antara dua emosi yang tiada satu daripadanya memihakkan kepada aku pun. Ianya seperti sebuah penderaan emosi dan mental. Aku tidak boleh berfikir dengan betul setiapkali aku memikirkannya. Aku keliru.
Pertama kali aku memandang dia dulu pun, jantungku sudah berdegup kencang. Dadaku ketat untuk bernafas. Itu baru kumelihat wajahnya. Belum lagi ketika dia pertama kali aku berbicara dengannya.
Semuanya bermula dari situ. Pertembungan antara dua perasaan yang aku sendiri tidak tahu dengan bahasa apa hendak aku lafazkan. Setiap kali aku memandangnya, seperti ada suara di balik kepala aku yang menyuruh aku untuk terus berada dekat dengannya kerana aku tahu, jauh di sudut hatinya, dia memerlukan belaian.
"Monyet!!!"
Dia memanggilku lagi. Aku memandang ke arah pintu biliknya. Terdapat pelbagai jenis perasaan yang menyinggah menempel di benakku pada ketika itu. Antara sabar dan pahala, semuanya terlalu mengganggu. Sakit hatiku terlampau banyak untuk ditampung.
Tapi aku tahu, dan aku harap, semua ini hanyalah sementara. Selagi aku belum mati di tangannya, aku tahu masih ada harapan untuk aku dan dia untuk bersama.
Ya, aku cinta padanya...
Bunyinya sangat mengarut. Bagaimana aku boleh jatuh cinta dengan orang yang sudah membunuh suamiku sendiri? Mungkin akan ada yang kata padaku bahawa laporkan sajalah pada polis dan semuanya selesai. Tapi aku tahu ianya jauh lebih rumit daripada itu.
"Ya, Babyrizal."
"Kawan aku nak datang kejap lagi. Kau jangan turun. Duduk je dalam bilik ni."
"Bilik ni ke bilik aku?"
"Why bother bilik mana? Bukan kau memang suka ke bilik aku ni? Tapi tu tak penting. Duduk je tingkat atas ni."
Aku hanya mengangguk. Kemudian, tanpa sebarang notis awal, dia membuka bajunya dan membaling ke arah aku. Dia mengambil sehelai jersi Manchester City dan menyarungnya ke tubuh. Kalau dah kacak, pakai jersi sahaja pun sudah cukup menarik minat aku untuk terus melihatnya.
"Ingat! Jangan turun bawah langsung."
"Okey..."
"Tu baju tu jangan kau cium pulak. Bukan boleh percaya kau ni!"
"I'm not what you think I am, Babyrizal."
"Really? You call me 'baby' for nothing, is that what you trying to say?"
"I call you 'Babyrizal' because you insist me to call you that, Rizal!"
"But you meant it, right?"
"Yes, and if it's yes either, you won't even care, right? Because you are one motherfucker who is so selfish and self-centered! You killed my husband!"
Satu tamparan hinggap di pipiku. Aku terpempan seketika. Aku memandang wajahnya. Anehnya masih tersenyum.
"You know what I really hate the most about girls? Because they are pervert for everything. Yes, if I killed your husband, you still fall for me, is it, Lyssabelle?!" Percayalah! Itu adalah kali pertama dia menyebut namaku yang sebenar. Walaupun bukan dalam keadaan yang aku harapkan berlaku, tapi ianya berlaku juga.
"Kenapa, Rizal? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa dosa aku pada kau?!"
"Being nice for too long I forgot everything needs to be balanced."
"Am I not being nice for you?!"
Dia nampaknya baru hendak memberi jawapan balas sebelum loceng rumah berbunyi. Pantas dia mengunci aku dari luar pintu bilik membiarkan aku di dalam bilik seorang diri. Aku termangu sendirian di situ. Aku tak tahu apa dosaku yang sebenarnya pada dia sehingga aku dihukum sebegini rupa.
Tapi kini ternyata, tuduhanku mengenainya tepat. Tidak ada lagi yang boleh membuatkan tuduhanku itu terbazir. Dia sememangnya mempunyai niat jahat terhadap aku juga.
Aku terduduk di balik pintu. Memikirkan besar mana dosaku sepanjang aku hidup sehingga begini sekali nasibku terjadi. Aku rasa aku sudah menjadi kakak ipar paling baik dalam dunia kepada dia tetapi mengapa ini yang harus aku terima.
Aku memandang gambar suamiku di atas meja solek. Aku pandang dalam-dalam gambar tersebut. Benarkah dendam Rizal kepada Razif kini sudah berpindah kepadaku? Tapi kalau betul pun, ianya bukan salah aku. Bukannya aku yang menghasut Razif supaya berlaku kejam kepadanya.
Sungguhpun ada salah Razif kepadanya, besar mana sangatlah busuk hati si abang kepada si adik? Ataupun memang Rizal seorang drama king yang pantang dijentik orangnya? Tapi mustahil kerana aku tak rasa Rizal begitu orangnya. Dia seperti sehelai kain berwarna hitam. Kau boleh melukis di atasnya tapi tak tahu apa hasilnya.
Sehinggalah hampir malam, aku sedar yang elektrik mati sendiri. Tak lama selepas itu, aku terdengar bunyi enjin kereta di halaman rumah. Memang sahlah Rizal sudah mematikan bekalan elektrik untuk aku di rumah. Atau mungkin untuk dalam bilik ini sahaja.
Entahlah, selagi boleh bersabar, aku bersabar...
_________________
Kenapa number views and votes flopped ni?! Tapi takpe, asalkan ada yang masih setia, Daniel onz je! So, vote and commentlah ya uolls sekaliaaaann!!!
YOU ARE READING
BabyRizal
Mystery / Thriller"Ada sesuatu yang sangat pelik dengan Rizal dan aku tahu hal ini dari awal Razif membawanya pulang dari Hospital Mental Sentosa itu lagi. Suamiku mati di tangannya, ibu bapanya juga dan mungkin juga arwah isterinya dahulu. Dan aku tahu, giliranku ak...