2009
Aku sedang menaip manuskrip baruku di laptop di ruang tamu semasa kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke dalam perkarangan rumah. Aku tahu sangat siapa gerangan yang sedang berada di dalam kereta tersebut. Jadi aku biarkan saja Kak Puji sahaja yang membuka pintu tersebut.
"Lembap sangatlah bukak pintu tu pun!" Fuck! Perempuan tu pun ada ke? Dengar suara dia pun dah boleh bagi aku kemurungan. Belum tengok dia lagi. Babilah betina nama Marleena ni.
"Maaf, Cik Marleena..." Kau tengok feelingnya perempuan ni. Kesian Kak Puji.
"You ni pun, dah berapa kali I cakap pecat je orang tua ni degil sangat. Kalau I cakap tu ada je nak bangkang."
Jujur aku cakap, aku tengok Razif dah macam lembu. Yalah, dok ikut je telunjuk si Marleena tu. Tak tahulah nasi kangkang cap apa dia bagi kat abang aku tu dulu tapi serius, Razif memang macam lembu. Or should I say keldai sebab sama je darjah kebebalan masing-masing. Dengan orang lain bukan main hero. Sampai kat Marleena, macam babi je perangai.
Mereka berdua naik ke bilik papa dan mama di tingkat atas. Nak merewanglah tu. Kalau main tu tahu senyap tak apa jugak. Ini menyemaklah kat telinga aku masa nak tidur malam. Sumpah aku tak cemburu! Memang aku meluat nak mampus dengan perangai masing-masing.
Kemudian aku menerima panggilan telefon daripada nombor luar negara. Kalau hendak diikutkan, ini merupakan nombor daripada negara Perancis. Mungkin permohonan aku hendak berkerja di sana sudah diterima kut.
"Bonjour, Monsieur Ahmad. C'est Victor de publications White Pigeon."
"Bonjour, Monsieur Victor. Y-at-il quelque chose peux vous aider?"
"Monsieur Ahmad, nous avons reçu votre CV et nous aimerions vous demander si vous aimeriez travailler ici en France?"
"Oui, oui, je suis interesse pour travailler en France."
"C'est bon. Mais, vous devez d'abord travailler en tant que notre agent en malaisie et après quelques mois de stage, vous travaillerez ici."
"C'est bien pour moi. Mais, quelle position serais-je en France plus tard?"
"Oh, c'est un traducteur de la litterature. Est-ce que cela vous semble bon?"
"Oui, oui. Alors, je dois aller une interview?"
"Oui, vous allez passer une interview. Nous vous dirons les details par e-mail tres bientot. Avez-vous quelque chose à demander?"
"Pour l'instant, je ne pense pas. Merci beaucoup pour cette opportunite, Monsieur Victor."
"De rien. A bientot, Monsieur Ahmad."
"A bientot!"
Memandangkan kalau ada orang yang tak faham Bahasa Perancis ni baca jurnal ni nanti, dialog tadi itu adalah salah seorang wakil rumah penerbitan di Perancis telah menelefon aku untuk menawarkan aku peluang pekerjaan. Memandangkan itu adalah salah satu impian aku sejak dari kecil, maka memang gembira sangatlah aku ketika itu.
Habis sahaja perbualan itu, Razif turun ke tingkat bawah dengan wajah tidak puas hati. Dia tidak faham Bahasa Perancis jadi rasanya dia bukan tidak puas hati mengenai hal itu.
"Rizal..." Dulu ada jugak panggil adik. Sekarang panggil nama je.
"Oui?"
"Aku nak cakap sikit dengan kau."
"Apa dia?"
Dia memandang-mandang ke tingkat atas dan gayanya nampak seperti dia sedang serba-salah. Aku malas hendak bertanya lebih-lebih. Dia yang nak sangat cakap dengan aku kan. So biarkanlah saja.
YOU ARE READING
BabyRizal
Mystery / Thriller"Ada sesuatu yang sangat pelik dengan Rizal dan aku tahu hal ini dari awal Razif membawanya pulang dari Hospital Mental Sentosa itu lagi. Suamiku mati di tangannya, ibu bapanya juga dan mungkin juga arwah isterinya dahulu. Dan aku tahu, giliranku ak...