Bab 16

1.3K 88 3
                                    

Kami berdiri tegak memandang satu sama lain. Dia berdiri tegak dan matanya memandang terus ke arah diari yang jatuh tersebut. Aku bagaikan terpaku untuk bergerak. Ada berbagai jenis perasaan yang datang bertandang. Takut, cemas dan seriau. Semuanya bercampur.

Dia menghela nafas dengan sangat berat. Kemudian mulutnya digerakkan seraya mata seksinya memandang ke arah aku. Aku hilang nafas.

"Ada apa-apa nak cakap?"

"Aku... aku..."

"Kau apa?"

"Aku mintak maaf. Aku takde niat nak..."

"Nak masuk bilik ni? Ke sebab bukak diari tu?"

"Aku... aku mintak maaf, Rizal. I mean, BabyRizal. Aku nampak..." Dia sudah berjalan menuju ke arah aku. Aku sudah memejam mata bimbang diapa-apakan. "Aku nampak pintu terbukak jadi..."

Bibirku terasa bersentuh dengan sesuatu. Aku terasa ianya lembut dan sangat hangat. Pipiku juga dipegang olehnya dengan sangat lembut. Aku membuka mata. Dia sedang mencium bibirku. Ianya sangat sensual membuatkan aku tidak boleh bergerak.

"Err..."

Dia menarik mukanya. Dia memandang aku pelik.

"Apa kita..."

"Kenapa? Kau tak suka?"

"Suka! Eh tak, tak. Aku... entah."

Dia mengelus rambutku. Dahiku diciumnya. Aku tahu ini salah tapi aku tak tahu mengapa aku seakan merelakan. Aku seperti ralit dalam rangkulannya. Dia memeluk aku dan membaringkan aku di atas katil.

Dia mengiring memandang aku sambil tangannya menjalar di rambut dan leherku. Nafasku naik turun dengan sangat laju. Sentuhannya terlalu lembut membuatkan air mataku mengalir kerana terlalu teruja.

"Kau ni..."

Aku hilang nafas sebaik dia mula bersuara. Aku merasakan tangannya singgah di perutku membuatkan seluruh tubuhku berasa seram sejuk. Bau kolonnya semerbak menembusi hidung aku membuatkan aku semakin hanyut dalam emosi.

Mukanya dibenamkan ke leher aku. Aku menjerit kecil apabila nafasnya mula terasa di leherku itu. Tanganku menggenggam erat bahunya. Bahu tegapnya itu menjadi tempat aku meletakkan muka ketika dia sudah menurunkan tangannya ke bahagian bawahku.

Jarinya mula bermain di luar pantiesku membuatkan aku mengerang tanpa sedar. Aku meramas rambut gebunya dengan kuat tapi masih lembut. Leherku dijilatnya dan dicium dengan lemah-lembut.

"Baby... Baby... Babyrizal..."

"Yes...?"

"Aku..."

"Kau apa, monyet?"

"Nak..."

Sedang aku hendak menghabiskan ayatku itu, dia berhenti melakukannya. Dia menarik rambut aku dan memaksa aku untuk duduk.

"Kau nak apa?! Kau nak apa?! Cakap sekarang!"

"Rizal... aku..."

"Wey, kau sedar tak apa yang kau cakap tadi?! Kau fikir aku nak kau ke, bodoh?!"

Aku tersentak. Aku menggigil seluruh tubuh ketakutan. Mata helangnya memandang terus ke dalam mata aku. Seperti ada bola api yang membara berada di situ. Tangan aku kebas langsung tidak boleh bergerak.

"Jawablah, bodoh!"

Aku masih diam membatu.

Dia turun ke bawah katil dan mengangkat diarinya yang berada di bawah tadi dan dibawa ke atas katil. Dihempuknya kepala aku dengan diari itu. Sakit. Memang sakit. Berat kut diari tu.

"Kau cakap dengan aku apa yang kau buat dalam bilik aku?!"

"Aku tak sengaja. Aku nak..." Pipiku ditampar olehnya sehinggakan aku boleh merasakan kepalaku bergoyang. Dia menolak dan menahan kepalaku di kepala katilnya. Diduduknya di atas peha aku memberi tekanan kepada perut dan dada aku.

"Ada aku cakap yang kau boleh masuk dalam bilik ni?! Ada aku cakap?!"

"Takde... I'm sorry, Rizal..."

Satu lagi tamparan hinggap di pipi. Kali ini di sebelah kanan. Terasa panas sahaja bekas tamparannya itu.

"Ya Allah..." Aku merayu perlahan.

"Kau merayu panggil nama Tuhan ni, kau fikir Tuhan nak tolong kau ke? Kalau betul Allah adil, kenapa aku jadi macam ni?"

"Rizal, mengucap!" Aku kumpul kudrat mana yang ada dan menendang perutnya jatuh ke bawah katil. "Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?!"

"Pergi mati! Eh, aku peliklah! Asal kau dengan laki kau tak mati sekali kan?! Memang si Razif tu hidup nak menyusahkan aku, dah mati pun nak menyusahkan aku lagi tinggalkan bini dia ni?! Apa masalah korang berdua ah?!"

"Ahmad Fadzrul Rizal!!!"

Dia terdiam. Dia terduduk di atas katil dengan muka blur. Memang sangat berbeza dengan Rizal yang aku kenali tadi. Dia seperti tak tahu apa yang baru sahaja berlaku.

"Kenapa kau masuk bilik aku?"

"Aku cuma nak tengok je kut-kut ada yang aku boleh tolong."

"Apa maksud 'kau nak tolong'?"

"Baju kotor ke? Air tumpah ke?"

"Korang semua memang fikir aku ni budak kecik kan? Memang semua korang fikir aku perlukan korang ke dalam hidup aku?! Aku tak perlukan koranglah! Aku dah besar!"

"Rizal, I mean Babyrizal. It's not like that. Aku just..."

"Kau just apa?! Kau tu takde beza pun dengan Razif?! Dua-dua babi!"

"Rizal, istighfar please..."

"Kau tak payah nak ajar aku bertenang sangatlah, sial! Sekarang ni bagitau aku kenapa kau masuk bilik aku?!"

"Aku tak sengaja! Aku cuma nak tengok je."

"Tengok... ooh tengok... Sekarang aku nak baling kau ke dinding, nak tengok je." Dia terus merentap rambut aku dan membaling aku ke dinding. Kepalaku terhentak di dinding itu dan aku mula rasa terhuyung-hayang. "Tengok je..."

Dia kemudian merentap leherku dan mencampakku ke hallway tingkat dua. Aku terbaring di lantai dan aku mula merasakan yang mataku sudah berpinar-pinar. Rasa macam hendak termuntah, semuanya ada.

"Hah!? Seronok tak kena campak ke sana sini tu?! Padan dengan muka kau, kan?!"

"Apa dosa aku kena jaga kau yang hati kotor macam ni, Rizal?"

Dia ketawa terbahak-bahak seperti aku baru sahaja memberitahunya sesuatu yang sangat kelakar. Dia kemudian duduk mencangkung di sebelah aku sambil tangannya merentap lagi rambut aku. Sumpah aku berasa seperti berada di dalam sebuah inferno.

Dia mencium pipi aku dengan sangat lembut. Aku tak tahu apa motifnya berbuat demikian tapi aku tahu ianya tidaklah ikhlas langsung. Setan!

"Sakit ke, monyet?"

"Rizal, stop it!"

"Stop what? Your bullshit!"

"What is your fucking problem?!"

"You. You are my fucking problem!" Dia membisikkannya di telinga aku sebelum dia pergi meninggalkan aku sendirian di situ.

Aku cuba mengumpul kudrat untuk bangun dari atas lantai. Ketika itu, aku terasa seperti ada sesuatu keluar dari vaginaku. Perutku terasa senak semacam. Air mataku mengalir menahan rasa perit yang teramat. Seluruh tubuhku terasa sejuk menggigil.

Kainku terasa basah. Dan di hujung kakiku aku melihat ada cairan merah pekat di hujung betisku. Pekat dan likat merahnya.

Aku mengandung ke?

______________________

I know it is short but hope yalls like it... By the way, I would like to call this couple as #RizaBelle . Onz tak onz?!

BabyRizalWhere stories live. Discover now