Bab 33 (L'histoire de Rizal 3)

1.1K 73 7
                                    

1999

Aku di tingkatan dua pada waktu itu. Peristiwa pada tahun ini sememangnya amat signifikan kerana di sinilah, kali pertama aku hilang kepercayaan sepenuhnya kepada Razif. Kali pertama, aku hilang seluruh pertimbangan terhadap dirinya.

Jam di dinding ketika itu menunjukkan pukul 10 pagi. Ada lagi setengah jam sebelum waktu rehat bermula. Aku yang duduk di sebelah Fikri ketika itu sudah memandang satu sama lain. Subjek Sejarah, siapa saja suka?!

"Zal..."

"Apa?"

"Lapar doh."

"Jangan sembang macam kau sorang je lapar. Aku pun lapar ni."

Cikgu Mala, guru India yang mengajar kami Sejarah bagaikan tidak mengerti yang mata anak-anak muridnya tidak lagi fokus ke papan hitam sebaliknya ke kantin dan padang sekolah. Dahlah waktu sebelum tadi ini Pendidikan Jasmani. Anda rasa kami ada masa untuk belajar tanpa rasa mengantuk?

Bukan nak rasis tapi aku rasa Cikgu Mala yang seorang ni asyik dok layan bangsa dia punya soalan je. Kalau budak Melayu yang angkat tangan, kau kena pastikan tak ada budak India yang lain angkat tangan baru dia akan datang kat kau. Kalau tidak, haa mereputlah kau! Kalau nasib baik dia ingat, takpe. Ni tidak!

"Semua faham tak?"

Well, kitorang dah diajar dengan mahir untuk menipu maka jawapannya, "Faham!"

"Hari ni Datin Rita tu bekalkan kau apa, Zal?"

"Oh, nasi goreng ikan masin. Aku mintak kat dia malam tadi."

"Mak kau takde projek baru ke?"

"Oh, ada rasanya. Tapi bukan berlakon. Just kena endorse satu facial product ni. Dekat RM10k dorang bayar mak aku weyh..." RM10k tahun 1999 ya. Bukan 2017.

"Wuu lumayan beb! Tapi mak kau da bomb lagi! Anak dah form five pun hot lagi!"

Ketika dia menyatakan hal itu, aku terbayangkan watak Razif dalam hidupku. Dia seorang ketua pengawas, aku pengawas SPBT pun tak pernah. Dia disukai ramai pelajar perempuan, aku ni dengan Fikri jelah 24 jam. Dia sering dipuji ramai cikgu sebab yalah, duduk kat sekolah asrama penuh, aku cikgu kenal pun sebab aku adik Razif dan sebab aku anak pelakon Rita Maria.

Loceng berbunyi. Aku dan Fikri berjalan bersama menuju ke kantin. Memang kami bagaikan belangkas. Persahabatan yang dibawa daripada sekolah rendah kekal sehingga sekarang dan harapnya selamanya. Rasanya selamanyalah kut...

Aku dan Fikri lalu di hadapan pejabat ketika kami berdua ternampak bas sekolah sebuah sekolah berasrama penuh yang aku kenal sangat namanya. Sekolah Razif. Haa sudah! Ada program motivasi apa ni?!

Nama aku dipanggil dengan sangat kuat di kantin sekolah. Ketika itu, aku dan Fikri baru saja hendak masuk ke kawasan kantin itu.

"Adik!"

Oh shit, Razif! Aku hanya senyum kepadanya sebelum dia datang menuju ke arah aku. Aku terpaksa tersenyum secara paksa untuk mengelakkan dia mengadu kepada papa.

"Bukan adik tak suka abang kat sini tapi kenapa abang ada kat sini?"

"Oh, sekolah abang ada buat collabs dengan sekolah ni. So, here I am! By the way, adik tahu kelas 4 Pluto kat mana tak?"

"Buat apa nak pergi kelas second last tu? I thought budak asrama penuh tak kawan budak sekolah biasa."

Serius, aku tak tipu! Si Razif ni kalau balik rumah, sumpah kekwat nak mati. Duduk terperuk dalam bilik dia 24 jam. Alasannya, nak study. Padahal bukan aku tak tahu yang dia curi majalah Cosmopolitan dengan katalog Avon mama bawak masuk pergi bilik dia. Studylah kut. Study tetek siapa paling besar!

BabyRizalWhere stories live. Discover now