Majlis perkahwinan aku dan Razif berlangsung dengan gilang gemilangnya. Aku sejujurnya merasakan diri ini seperti Cinderella yang bertemu Prince Charming. Ramai juga rakan-rakan aku yang mempersoalkan perkahwinan aku dan Razif. Ada yang mengatakan ianya terlalu awal dan ada juga yang mengatakan aku mengahwininya hanya kerana aku menginginkan hartanya.
Pada aku, itu semua tidak sepatutnya menjadi sebuah masalah. Aku cintakan Razif dan begitu juga dengan dia. Aku akui, perasaan cemburu yang hadir melihatkan Razif memang mempunyai ramai rakan-rakan wanita. Tapi memikirkan dia harus menjaga profesionalismenya, aku cuba menyedapkan hati.
Kami berbulan madu di Monte Carlo, Monaco. Kononnya, Razif ingin mengimbau manisnya cinta Prince Rainier III kepada isterinya, pelakon Hollywood terkenal, Grace Kelly atau dikenali juga sebagai Princess Grace of Monaco. Di sana, memang banyak memori manis kami lakar bersama. Semuanya dirancang baik oleh suamiku itu.
Perbezaan jarak usia kami sebanyak 11 tahun itu sedikitpun tidak memberi rasa janggal kepada salah seorang antara kami berdua. Malah, kematangan yang dimiliki olehnya itulah yang memberikan aku kekuatan. Kemain Lyssabelle memuji suami sendiri.
Aku disuruhnya untuk berhenti kerja untuk lebih fokus kepada menjaga perkahwinan kami. Lagipun, dia memang menginginkan aku untuk sentiasa ada untuknya. Tak adalah nanti bila dia pulang dari kerja, aku pula yang kena pergi kerja. Dan dia menambah lagi katanya duitnya sahaja sudah cukup untuk menjaga kami berdua.
"Abang kahwin dengan Lyssabelle tandanya abang dah bersedia nak jadi suami. Jadi sebagai isteri, Lyssabelle kena sentiasa ada untuk abang. Okey, sayang?"
Semasa aku membuat keputusan untuk berkahwin dengan Razif dulu, ada juga rakan-rakan sekerja lain yang menasihati aku untuk membuat keputusan dengan lebih rasional. Ada juga yang mengingatkan aku lagi yang Razif itu playboy. Tapi aku rasa, sekiranya benar andaian bahawa dia seorang playboy, masakan dia terfikir memperisterikan aku.
Kami tinggal di rumah banglo pusaka peninggalan arwah ibu bapanya, Dato' Fauzi dan Datin Rita. Banglo dua tingkat itu sememangnya sangat cantik dan aku memang berasa sungguh bertuah kerana berkahwin dengan lelaki sekaya Razif. Bukannya aku menginginkan sangat hartanya tapi sebagai wanita, sememangnya aku menginginkan lelaki yang stabil kewangannya agar makan minum dan kebajikan diriku sendiri terjaga dengan baik.
Tapi ada satu perkara yang menarik perhatian aku.
Dalam potret keluarga mereka, aku perasan ada empat orang di situ. Di bawahnya terdapat tarikh bertahun 2002 bermakna ianya adalah gambar 15 tahun dahulu. Di dalam gambar tersebut terdapat empat orang, dua daripada mereka duduk dan dua lagi berdiri di belakang.
Dua yang duduk itu kelihatan berusia dan aku meneka bahawa mereka adalah suami isteri. Maka merekalah Dato' Fauzi dan Datin Rita. Di belakang Dato' Fauzi berdirinya suami aku iaitu Razif semasa dia masih muda. Maknanya ketika itu usianya baru 20 tahun.
Cuma di sebelahnya yang aku kurang pasti. Pada hemat aku, dia memang seorang yang sangat kacak. Pada tekaan aku, dia berusia dalam lebih kurang 15-17 tahun begitu. Usia di mana remaja lelaki boleh menjadi sangat kacak.
Tapi apa yang misteri mengenai remaja lelaki itu adalah ekspresinya dalam gambar itu berwajah muram berbaur marah. Dia seperti sedang memberontak akan sesuatu dan ianya dijelaskan dengan ketara dalam gambar tersebut.
Jadi, ketika kami berdua makan malam di sebuah restoran mewah malam itu, aku bertanya kepada Razif sendiri.
"Abang memang tak kisah ke kalau saya berhenti and duduk rumah je?"
"Kenapa pulak abang kena kisah?"
"Takdelah, Lyssabelle cuma tak nak orang keliling kita mengata pasal kita berdua. Abang tahulah mulut orang kita bukan boleh tutup."
YOU ARE READING
BabyRizal
Gizem / Gerilim"Ada sesuatu yang sangat pelik dengan Rizal dan aku tahu hal ini dari awal Razif membawanya pulang dari Hospital Mental Sentosa itu lagi. Suamiku mati di tangannya, ibu bapanya juga dan mungkin juga arwah isterinya dahulu. Dan aku tahu, giliranku ak...