Bab 38 (L'histoire de Rizal 6)

1.1K 77 6
                                    

2006

Habis sahaja tingkatan enam, aku menuntut di Universiti SriPutra Malaya. Aku mendaftar di dalam jurusan Pengajian Bahasa Perancis dan minor dalam jurusan Pengajian Penulisan Kreatif. Aku sendiri tak tahu kenapa aku ambil bahasa itu tapi aku lagi tak tahu kenapa fikiran Razif menjadi sangat Melayu ketika itu.

"Kau ambik Bahasa Perancis ni, kau nak kerja apa?"

"Boleh tak kalau kau ambik benda yang make sense?"

"Apa nak jadilah dengan kau ni, Rizal?"

Tapi, memang tidaklah aku nak ikut perangai dia macam tu. Aku teruskan juga pengajian aku. Kalau nak ikutkan apa yang dia buat, memang sampai ke sudahlah aku dok lepu je kat situ. Tapi itulah, aku pun pelik dengan dia. Kerja dok merancang hidup aku je tak berhenti.

Jadi aku pun banyak mengadu kepada Kak Puji mengenai hari-hariku sendirian. Dia bagaikan mama bagi aku. Semua benda aku mengadu kepadanya. Rasanya, dia boleh buat buku 50 bab mengenai kisah hidup aku.

Aku masuk ke institusi tersebut ditemani dengan Fikri. Jurusan major yang sama tapi dia ambil minor dalam Penterjemahan Profesional. Ugh... bunyi sangat pandai untuk aku.

Oh ya, kami juga roomate di universiti ini. Nampak tak Fikri tak boleh unattached daripada aku? Tahulah aku handsome... eh tak. Tak, maksud aku, bukan aku yang cakap. Fikri yang selalu cakap ramai je budak perempuan berkenan kat aku. Tapi, itulah...

Hati aku bukan kat perempuan. Eh silap, bukan kat perempuan yang sembarangan. Aku tak nak jadi macam mama yang kahwin dengan papa sebab terhutang budi bawa dia masuk ke dalam industri seni. Aku juga tak mahu jadi seperti Razif yang tangkap muat je semua perempuan buat pelepas nafsu kuda dia tu. Sejak papa dan mama meninggal, memang makin mengiblis dia tu. Bukan menyetan dah, mengiblis. Even aku rasa iblispun sembah ampun kat dia sebab dia lagi iblis daripada iblis tu.

Okey, aku dah mengarut nak mati dah ni...

Semuanya sebab aku rasa aku sukakan seorang perempuan. Nama dia Tengku Karina Tengku Kamal. Orangnya, dari atas ke bawah memang cantik. Suara pun lembut je kalau bercakap. Aku kenal dia sebab kami berkongsi kelas minor yang sama. Dan perkara ini aku ceritakan kepada Fikri.

"Fikri..."

"Apa, babi?"

"Alaa Abang Fikri ni nak marah kita pulak?"

"Lancau apa kau nak setan!?"

Aku ketawa ketika itu. Manusia ni mana reti cakap elok-elok. Aku pun tak tahu apa mak dia suap kat dia masa kecil dulu. Mungkin kismis minda yang basi?

"Wey, aku rasa kan hati aku dah dimilikilah..."

Dia pandang aku dengan pandangan judging gila babi. Aku rasa macam nak cungkil-cungkil je biji mata dia masa tu. Tapi, aku masih baik dan penuh dengan rasional. Jadi aku pun pujuklah lagi.

"Betul..."

"Siapa pulak?"

"Well, aku rasa kau kenal dia?"

"Rizal, ramai gila perempuan yang suka kat kau. Kau hanya perlu pilih. Ramai gila weyh..."

Aku hanya tersenyum ketika itu. Entah kenapa, masa sekolah dulu, ramai yang kata aku kacak mungkinlah sebab mereka menginginkan Razif. Tapi di zaman universiti, mana ada Razif dah?! Jadi, mungkinkah mereka memang benar menginginkan aku di dalam hidup mereka? Ah! Beranganlah, Rizal!

BabyRizalWhere stories live. Discover now