Bab 18

1.3K 93 3
                                    

Aku yang masak pada pagi itu. Gigih aku bangun seawal jam enam untuk menyediakan hidangan sarapan pagi untuknya yang baru aku tahu, bangun seawal lima setengah pagi. Apa benda yal yang dia buat awal sangat?!

Aku masakkan untuknya nasi goreng kampung berserta telur dadar. Aku memang pastikan resepi yang pernah diturunkan arwah nenek dulu kekal segar dalam ingatan aku. Itulah, Lyssabelle. Dulu arwah nenek minta teman dia masak, kau lari.

Dan mujur pada waktu sarapan pagi itu, tiada pinggan yang melayang atau terbang ke mana-mana arah. Lega sangat rasanya masa itu. Dia juga hanya diam sahaja pada waktu. Sedap kut agaknya aku masak.

"Sedap. Pandai kau masak."

"Terima kasih."

"Dulu mak aku pun suka masak nasi goreng. Dia suka letak telur hancur together dengan ikan bilis dalam nasi goreng yang dia buat tu..." Take note, Lyssabelle! Dia sangat sukakan nasi goreng ikan bilis dan telur hancur. "Lepas tu, dia akan buat lauk ikan kembung goreng. Benda yang simple je sebenarnya."

Jujurnya, Rizal akan jadi orang yang sangat berbeza sekiranya berbicara tentang ibunya. Gaya dia bercerita pun nampak seperti dia sayangkan sangat ibunya itu. Ayahnya, sangat jarang aku mendengar namanya disebut. Razif? Ada, tapi nada dia penuh benci dan meluat.

"Tengahari nanti kau masak? Asam pedas reti?"

Mujurlah asam pedas saja yang dia minta. Bantai masak lemak, terkangkang aku kat dapur tu nanti. "Boleh. Ikan apa?"

"Ikan nanti aku pergi pasar aku belikan. Tapi kau mesti tak reti siang ikan pari kan? Eh lupa kau baru lepas gugur, mana boleh makan. Hmm, aku beli ikan merahlah. Okey? Kau buat sup je. Nanti kesian kau pula tak boleh makan."

Aku tak salah dengar kan yang dia kata dia kesiankan aku? Okey, tak. Sejak bila si Rizal ni berubah persis malaikat ni?!

Ini sangat aneh ya anak-anak?! Sangat aneh?!

"Oh, okey."

"Aku nak pergi pasar nanti, nak kirim apa-apa tak?"

Aku hanya menggelengkan kepala.

Jam tujuh setengah pagi, dia pun pergi ke pasar. Aku seperti biasa, ditinggalkan di dalam rumah sendirian. Sejak daripada peristiwa tempoh hari, aku jadi trauma hendak berhadapan dengannya. Tapi, semakin aku menjauhkan diri daripadanya, semakin dia mencuba hendak merapatkan diri denganku.

I was like, why you're so obsessed with me? (masukkan suara Mariah Carey)

Aku semakin keliru dengan perasaanku sendiri. Ada kalanya, aku bencikan Rizal tahap mendewa. Tapi ada masanya, aku ada perasaan sayangkan dia. Sayangkan bukan macam aku dengan Razif dulu. Lebih. Lebih dan ikhlas.

Tapi aku tahu, walau teruk macam mana pun cinta aku terhadapnya, aku akan tetap sekadar monyet di matanya. Monyet yang menyusahkan hidupnya seharian.

Nenek pernah berkata yang cinta itu datangnya tak dipaksa. Datangnya juga tak boleh diajak sendiri. Dia hadir dengan sendirinya. Dan di situ membuat aku terfikir yang adakah memang benar hatiku kini milik Rizal.

Bunyinya gila kerana Rizal menyeksaku bagaikan tiada esok tapi kerana itulah, aku jatuh simpati kepadanya yang akhirnya membuatkan aku rela diperlakukan sebegitu. Aku teringin hendak melihatnya sembuh semula.

Dia pulang selepas sejam keluar. Cuaca pada pagi itu hujan jadi aku dapat melihat pakaian yang dipakainya habis basah dan lencun. Aku pantas menyelimutkannya dengan tuala dan mengambil bahan mentah daripada tangannya. Kedengaran dia batuk perlahan dan hal itu membuatkan aku sedikit risau.

BabyRizalWhere stories live. Discover now