Tiga hari sebelum Aidil Fitri 1992.
"Rita! Awak tengoklah anak-anak kejap! Saya tengah call clientlah!" Tempik papa dari dalam bilik kerjanya. Ya, dia memarahi aku yang masuk ke bilik itu untuk mengambil buku mewarnaku dari dalamnya. "Keluarlah!"
"Adik nak ambik buku adik je..."
"Keluar! Rita!"
Mama datang menarik tanganku dengan lembut keluar dari bilik tersebut dan membawaku ke bilik tidurnya dengan papa. Mama memeluk aku dengan erat sebelum memandang jauh ke dalam mataku.
"Adik kenapa masuk bilik papa tu? Kan papa tengah buat kerja tu."
"Adik nak ambik buku adik."
"Kenapa letak buku dalam bilik tu? Mama dah cakap kan letak kat almari bilik adik tu. Kenapa letak situ?"
"Mana adik tau. Bukan adik yang letak."
Mama mencium pipiku sebelum memanggil abangku masuk ke dalam bilik itu. Aku tahu yang mama dan papa memang jarang gila marah abang. Entah, mungkin orang dewasa kurang dapat kemarahan kut.
Abang pulang dari solat Tarawih tidak lama selepas itu. Mama memanggilnya ketika dia sedan makan kuih cara sisa daripada berbuka puasa tadi.
"Razif, masuk bilik mama kejap."
Dia tiba beberapa saat kemudian.
"Mama nak tanya, kenapa Razif letak buku Rizal dalam bilik kerja papa? Kan dalam bilik tu banyak barang-barang papa. Semuanya penting. Kenapa letak dalam tu?"
Abang Razif nampak macam tak bersalah pun. Dia hanya tersenyum kepada mama sebelum duduk di sebelah aku yang sedang duduk di atas riba mama.
"Bukan Rizal ke yang suruh abang simpankan tadi?"
"Okey, kalau betul pun adik yang suruh abang simpankan, kenapa simpan dalam bilik papa?"
"Oh, tak boleh ke? Sebab abang selalu je tengok adik masuk bilik papa tu."
Mama memandang aku. Razif ni biar betul! Bila masa je aku suka masuk dalam bilik papa tu!?
"Rizal..."
"Mana ada... Rizal tak pernah pun masuk bilik papa..."
"Razif..."
"Adik, cakap jelah ya. Tak baiklah menipu."
Mama hanya tersenyum dan mengusap dahi kami berdua. "Takpe, takpe. Mama tak bagitahu papa. Okeylah, mama nak sambung buat kuih raya dengan Kak Puji. Kerja sekolah semua dah siap?"
Aku masuk ke dalam bilik yang kukongsi bersama Razif dan mula berbaring di atas katil berbentuk Porsche itu. Razif kemudiannya perlahan-perlahan menyelinap masuk ke dalam bilik dan memanggil aku.
"Adik, ada lima ringgit tak?"
"Lima ringgit? Banyaknya."
"Kan? Adik ada tak? Nanti abang bayar balik."
"Takdelah. Adik ada dua ringgit je ni."
"Alah, janganlah kedekut. Abang nak pinjam je. Abang tahu adik ada banyak duit mama bagi kan."
"Betul. Ada dua ringgit je."
Abang Razif nampaknya sudah risau. Dia seperti ingin melakukan benda yang salah dengan duit lima ringgit itu.
YOU ARE READING
BabyRizal
Misterio / Suspenso"Ada sesuatu yang sangat pelik dengan Rizal dan aku tahu hal ini dari awal Razif membawanya pulang dari Hospital Mental Sentosa itu lagi. Suamiku mati di tangannya, ibu bapanya juga dan mungkin juga arwah isterinya dahulu. Dan aku tahu, giliranku ak...