Bab 37 (L'histoire de Rizal 5)

1.2K 80 0
                                    

2003

Hmm, ada sesuatu tentang tahun ini. Kalau boleh, aku tak nak ingat apa-apa mengenai tahun ini. Tak ada benda yang menarik pun berlaku. Benda yang tragik adalah. Tapi, memang hidup aku begitu pun kan?

Untuk harijadi aku yang ke-18 tahun, mama menghadiahkan aku sebuah kereta Hyundai yang mewah sebagai hadiah. Tapi, papa nampaknya tidak begitu menyenangi dengan aku dihadiahkan kereta. Dia bagaikan menentang keputusan mama itu.

"Budak tu kecik lagi awak dah bagi kereta. Razif tu umur dah 21 pun pakai kereta kita lagi. Mana tak merak budak tu!?"

"Boleh tak awak jangan pertikaikan keputusan saya nak bagi anak kita apa yang saya nak bagi? Bukan pakai duit awak pun."

"Masalahnya anak awak yang seorang tu terkejal lebih. Kang nanti habis dironggeng kereta tu, awak jugak yang susah nanti. Aku tak nak terlibat apa-apa nanti."

"Dia dah besarlah, bang. Rita tahulah dia tahu jaga diri dia!"

"Menanglah sangat dia tu! Suruh diikut jadi macam si Razif, tak nak! Degil! Sama macam awak!"

"Habis sekarang ni anak abang lagi seorang tu baik sangat ke?! Abang pasti Razif tu takde buat hal belakang abang!? Lepastu semua Rizal yang kena tanggung?! Abang rasa abang adil ke kat anak abang lagi seorang ni?!"

"Betul ke itu anak aku!? Bukan masa awak mengandungkan Rizal tu, awak rapat dengan Fadzuan Hadi tu ke?! Silap-silap..."

"Fauzi, please jangan mengarut! Kejadahnya you nak kata tu anak orang lain! Tu memang anak kita!"

Aku yang sedang berada di dalam bilik mendengar dengan sangat jelas semua yang digaduhkan oleh mama dan papa itu. Dah bilik sebelah-menyebelah memanglah jelas sangat dengarnya.

Tapi, itu bukanlah kali pertama aku mendengar semua itu. Daripada sekolah rendah, aku sudah mendengar khabar angin yang mati-matian dinafikan oleh mama. Beberapa bulan sebelum aku dilahirkan, mama pernah ditangkap gambarnya oleh wartawan bersama seorang pelakon remaja bernama Fadzuan Hadi di sebuah restoran mewah. Di situlah bermulanya 'Controversy of 1984' antara Rita Maria dan Fadzuan Hadi. Tapi aku sendiri tak tahu mengapa sampai ke hari ini, papa masih belum menceraikan mama dan mama tak pernah minta cerai daripada papa. Harta dan kekayaan kut? Elok juga kalau aku bukan anak papa. Lagi tak perlu aku rasa perasaan sayang tu ada.

Aku pernah bertanyakan hal ini kepada Kak Puji. Reaksi Kak Puji hanyalah memarahku dengan nada yang lembut dan tegas sahaja. Dia juga meminta agar jangan pernah ditanyakan soalan itu lagi. Mungkin yalah kut.

Malam itu, mama melepak di dalam bilik aku memandangkan papa tengah ralit buat kerja di dalam bilik bacaannya. Mama juga merupakan antara pembaca setia dan juga pengomen tegar cerita-cerita yang aku tulis.

"Mama, may I ask something?"

"Yes, darling. What is it?"

"Rizal ni bukan anak papa eh? Jujur jelah, Rizal tak marah."

Riak wajah mama berubah. Sumpah, masa itu kalau mama katakan aku ini anak kutip pun aku tak kisah. Akalku ketika itu sudah cukup matang untuk mengambil rasional setiap kemungkinan.

"Kenapa tiba-tiba je ni?"

"Yalah, papa macam tak pernah sayangkan Rizal pun. Balik-balik, asyik Rizal je yang kena. Macam Rizal ni bukan anak dia je. Ya ke mama semua gosip tu?"

"Rizal, mama tahu susah nak counter apa yang orang nak cakap. Tapi demi Allah, Rizal memang anak mama dengan papa. Ahmad Fadzrul Rizal adalah anak kepada Fauzi dan Rita Maria. Bukan anak orang lain."

BabyRizalWhere stories live. Discover now