Bab 41 (L'histoire de Rizal 8)

1.1K 74 7
                                    

2012

Hampir tiga tahun aku berkahwin dengan Marleena. Dan terus-terang aku katakan, aku bencikan dia lebih daripada ketika dia masih menjadi teman wanita kepada abang aku itu. Aku sangkakan, dah mengandung anak luar nikah, berubahlah sedikit perangai tu. Tapi ternyata ya, aku tak sepatutnya merasa begitu daripada awal. Kebabian dia daripada mula konsisten sahaja. Makin bertambah ada.

Selepas beberapa hari berkahwin, dia sudah mula menyetan dengan sangat setan! Aku disuruhnya tidur atas lantai, tapi kalau Razif tak adalah. Kalau dia ada, aku tidur bilik aku jugak.

Dan di sinilah penyesalan aku kerana menyetujui idea gila itu. Aku ingatkan, dengan berkahwin, baiklah perangai masing-masing. Sekali, sama je. Dan aku pun bukanlah baik sangat.

Percaya tak kalau aku kata yang dia punya bimbo tu sampaikan dia percaya yang orang mengandung boleh makan almost everything dalam dunia ni? Ya! Dia sangat bodoh dia tak percaya pantang itu benda yang legit.

Jadi, selepas sebulan cuba redha dengan dia, aku pun mula terfikirkan sesuatu. Aku kan reti masak. Maka aku buatkanlah dia kuih tart nenas yang sangat sedap. Sedaplah sampai Fikri pun terliur tengok apa yang aku bakarkan di dalam ketuhar.

Orang mengandung boleh makan nanas ke tak? Siapa yang kata boleh tu mohon janganlah kahwin atau mengandung. Sebab si Marleena ni makan je.

Aku ni taklah baik sangat. Aku buat tart tu lebih dan sengaja letakkan dalam balang. Masa tu pula, Razif tak ada. Jadi, memang tak adalah manusia yang hendak menegur dia sekiranya dia memakan benda tu.

Dan ya, dia makan. Ada dalam sebalang jugalah dia makan benda alah tu. Dua hari kemudian, dia keguguran. Bagus! Tak payah aku nak membinkan nama aku pada anak haram tu. Lega gila kut rasa masa tu.

Tapi aku mengharapkan Razif akan menyuruh aku menceraikan Marleena. Hampeh! Aku lagi disuruhnya menanggung dosa betina sundal itu! Depan orang ramai, dia isteri aku. Kat rumah, berkepit jelah dua ekor tu.

Bukanlah nak kata yang aku ni pun baik sangat tapi melampau sangat apa yang dilakukan oleh Razif dan Marleena kali ini. Kan lagi senang kalau dorang kahwin je!? Tapi logik seorang Razif bukan begitu.

"Alaa, kan senang kerja kau. Bukannya kau yang kena sara makan minum dia. Semua tu aku buatkan. Kau jadi laki dia on paper je. Pasal tanggungjawab semua tu biar aku yang bagi."

Babi! Habis tu kau lepas tangan macam tu je!? Tapi aku pun bodoh nauzubillah jugak masa tu. Memang diam je masa dia macam sial suruh aku layankan juga keinginan dia tu. Alasannya sebab aku takde girlfriend jadi senanglah nak cerita dengan orang lain.

Aku berdendam dengan Marleena semasa kucing kesayangan aku mati ketika berada di dalam jagaan mereka. Kucing itu memang aku bela semasa aku kutip dia dari pasar malam beberapa bulan lepas. Aku namakan kucing itu Rizi sebab dekat kan dengan nama Rizal tu sendiri. Comel kan?

Jadi ada suatu masa tu, aku perlu ke Paris untuk menyelesaikan beberapa hal berkaitan kerja. Ingatkan setahun duduk sana dulu dah settle rupanya ada lagi masalah. Maka aku pun tinggalkanlah Malaysia untuk beberapa minggu. Aku rindu nak pulang bukan kerana Razif dan Marleena tapi sebaliknya kerana Rizi.

Aku balik ke rumah tersebut dan mencari seisi rumah ke mana hilangnya Rizi. Razif kata dia tak tahu dan memberi alasan mungkin kucing berbulu oren tersebut merayau-rayau. Kak Puji pula kata dia sudah lama tidak melihat kucing itu di dalam rumah. Marleena? Entah. Aku tak terfikir nak tanya pada dia.

Sehinggalah aku menjumpai bangkai kucing itu sudah membusuk di dalam stor belakang rumah. Bangkainya ditemui di belakang pintu dengan tangannya terlepek di celah pintu. Memang aku positif dia dikurung di dalamnya sejak sekian lama.

BabyRizalWhere stories live. Discover now