Aku bangun dan mendapati suamiku tiada di sisi. Aku perasan yang dia juga tiada di dalam bilik air yang berada di dalam bilik kami. Mustahil dia sudah turun ke bawah memandangkan biasanya aku akan dikejut terlebih dahulu. Jadi kebarangkalian untuk dia meninggalkan aku itu sangat rendah.
Aku bangun dari katil dan terus menuju ke tingkat bawah. Sekali lagi, suasana yang sangat asing berlaku. Aku tidak melihat sesiapa langsung yang berada di situ. Hanya aku sahaja. Mana semua orang pergi?
Aku menuju ke dapur kut-kut Kak Puji berada di sana. Tapi sekali lagi, di dapur juga tiada siapa. Setahu aku, dalam rumah ini ada tiga orang gaji tapi di mana mereka ketika aku sedang mencari? Takkan semua pergi pasar kut?!
Aku menuju ke meja makan. Sepinggan nasi lemak sambal ayam sedia terhidang di atas meja. Turut terhidang secawan milo panas di sebelah pinggan berisi nasi lemak tersebut. Aku duduk dan melihat sahaja makanan tersebut.
"Bukan dirintih pada siapa... menunggu sinar kan kembali..." Bait daripada lagu Cindai tersebut berulang lagi. Aku kenal suara penyanyi tersebut. Suara Rizal. Aku memandang sekeliling jika dia ada tapi hanya suara sahaja yang kudengari.
"Abang..."
Tiada jawapan didengari. Suara Rizal juga hilang.
"Abang...?"
Bahuku dipegang dari belakang. Aku pantas menoleh ke belakang. Aku melihat suamiku tersenyum memandangku.
"Sayang dah makan?"
"Oh, baru nak makan ni haa..."
Kemudian dia mengucup pipiku lembut. Lembutnya lain macam yang memang meninggalkan suatu perasaan yang misteri dalam hati aku. Tangannya juga memegang tanganku dan menggosoknya lembut.
"Abang, kenapa macam pelik je ni?"
"Apa yang peliknya?"
"Yalah, tiba-tiba je ni."
Dia terus merangkul dan mendukung aku lalu dibawa ke sofa di ruang tamu. Dihempasnya aku dengan lembut ke atas sofa dan terus mencium leher dan batang tubuhku. Sumpah aku merasakan atmosfera yang berbeza ketika itu. Atmosfera menjadi sangat sensual dan hangat tubuhnya berpindah ke tubuhku.
Dalam aku hanyut dalam buaian nafsu, aku merasakan yang fizikal suamiku berubah sedikit. Lengannya menjadi sedikit besar dan tegap. Bahunya juga begitu. Atau mungkin aku yang selama ini kurang melihat tubuh suami sendiri.
Kucupannya terlalu lembut dan sensual sehinggakan aku merasakan desahan nafasku sudah tidak konsisten lagi. Tangannya sudah masuk ke dalam skirt pendekku membuatkan aku makin menjadi tidak keruan.
Entah kenapa, gerak hatiku memaksa aku untuk melihat ke bawah sofa. Pandanganku mula melihat seperti ada tompokan darah di bajuku dan kemudiannya terpandang ada sekujur tubuh tertiarap di bawah. Terdapat pisau di belakang tengkuk tubuh tersebut dan tubuh tersebut sudah tidak bergerak lagi.
Sekujur tubuh itu adalah tubuh suamiku, Razif!
Aku memandang siapa dia lelaki yang sedang rakus meratah aku ini. 10 kali aku terkejut apabila wajah lelaki tersebut adalah Rizal. Mungkin dia sudah menyedari yang aku sudah tahu siapa dia, dia mengeluarkan pisau dari belakangnya dan mengangkatnya tinggi.
"AAARRRGGGHHH!!!"
Aku membuka mataku dan bangun dari pembaringan. Aku berada di atas katil. Katil di mana menjadi tempat beradu aku dan Razif. Aku memandang sekeliling. Tubuh Razif tiada di situ. Aku sudah mulai diserang sesak nafas yang teruk.
Aku menyarung jubah mandi aku dan terus berlari keluar dari bilik. Aku mengambil nafas dalam-dalam dan merasakan seperti ada kesan sakit di dada aku. Seperti mimpiku tadi seolah realiti. Aku berjalan pantas sehinggakan terlanggar dengan Rizal yang baru sahaja hendak keluar dari biliknya.
YOU ARE READING
BabyRizal
Mystery / Thriller"Ada sesuatu yang sangat pelik dengan Rizal dan aku tahu hal ini dari awal Razif membawanya pulang dari Hospital Mental Sentosa itu lagi. Suamiku mati di tangannya, ibu bapanya juga dan mungkin juga arwah isterinya dahulu. Dan aku tahu, giliranku ak...