Bab 19

1.3K 83 4
                                    

Satu lawatan rumah telah diadakan oleh Dr. Farah ke rumah kami berdua. Orangnya muda lagi. Usianya dalam lingkungan awal 30an dan orangnya agak cantik dan bergaya bagi kerjayanya. Wajahnya serius tapi masih mesra orangnya.

"Rizal dah makan? Akak masak apa hari ni?" Dr. Farah bertanya lembut kepada Rizal. Sebenarnya aku takut juga apabila mendengar soalan itu diajukan kepadanya.

"Oh, kitorang order McD je pagi tadi. Kan?" Dia memandang aku mengharapkan aku mengiyakan pembohongannya. Sebenarnya pagi tadi dia hanya pergi beli nasi lemak sahaja di kedai. Aku pun tak tahu apa motif dia berbohong.

"Oh, baguslah tu."

Aku meminta diri untuk ke dapur menyediakan air untuk doktor wanita tersebut dan adik iparku itu. Rizal juga tidak membantah apa-apa ketika aku memutuskan untuk bertindak sedemikian. Mungkin dia tidak mahu nampak ada sesuatu yang tidak kena sekiranya dia membantah.

Ketika aku mengambil bekas berisi gula di dalam kabinet, aku perasan ada sebuah bekas tupperware berisi plastik ubat di dalamnya. Aku bawanya keluar dari dalam kabinet tersebut dan mengeluarkan setiap bekas plastik tersebut.

Institusi Mental Sentosa

Nama Pesakit: Ahmad Fadzrul Rizal bin Fauzi

No. Pesakit: A257

No. Kad Pengenalan: 850214 – xx – xxxx

Nama Ubat: Benzoclozapine

Isi dalam bekas ubat itu masih penuh. Aku mula rasa curiga di dalam hati. Memang pastilah yang itu adalah ubatnya kerana nama dan nombor kad pengenalannya adalah betul. Tapi kenapa isinya masih penuh?

"Kau buat air ke bancuh simen lambat sangat ni?" Sergahnya di pintu masuk dapur. Segera aku menyorokkan ubat tadi di dalam laci meja bar. "Dah siap ke belum?"

"Dah. Err, aku nak pergi hidanglah ni."

"Tak payahlah. Kau pergi naik bilik. Menyemak je depan doktor tu nanti."

Aku hanya mengangguk. Kemudian aku membawa diri naik ke tingkat atas dan duduk sahaja mereput di dalam bilik aku. Tapi seperti biasa, setiap kali aku melintas biliknya, aku rasa tergerak hati untuk masuk ke dalamnya.

Pintu bilik itu terbuka luas. Aku memandang sekali lagi ke arah tangga bimbang dia mengekoriku dari belakang. Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu dan suasana sudah mula terasa asing.

Bilik sederhana besar itu seakan sebuah dunia yang lain dan asing bagi aku. Cat seluruh rumah ini semuanya berwarna terang tapi bilik ini memilih warna merah dan hitam. Itu sahaja sudah cukup untuk membawa aku ke alam yang lain.

Di atas katil, seperti biasa, terdapat t-shirt yang dipakainya malam tadi. Sudah berminggu kami tidur bersama, hanya sekali dua sahaja dia tidur tanpa memakai baju. Lainnya, dia lengkap berpakaian. Mungkin untuk memastikan keselesaan aku juga agaknya.

Aku jarang dapat tidur lena sekiranya tidur malam sejak dua-menjak ini. Jadi, apabila aku berjaga itu, biasanya aku akan dapat mendengar apa sahaja yang dimimpikannya. Rizal memang tidur bercakap jadi memang selalulah untuk aku dapat mendengar apa sahaja yang diperkatakannya.

"Abang cakap janganlah marah adik..."

"Boleh tak dengar dulu apa adik nak cakap?"

"Adik tahulah apa adik buat..."

Aku tahu ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan apa yang dia mimpikan itu. Setiap kali dia mengatakan begitu, pasti urat dahinya akan menjadi sangat tegang dan wajahnya akan menjadi sangat berkerut.

BabyRizalWhere stories live. Discover now