Aku duduk di birai katil dengan jurnal tersebut tersemat elok di tanganku. Aku rasa meremang bulu roma sebaik habis ianya dibaca. Aku menggigil kaki dan tangan. Aku letakkan seketika jurnal tersebut ke tepi dan cuba menghadam sebaiknya apa yang sedang dan sudah berlaku.
Aku tahu yang Rizal tak bersalah. Mungkin sebelum ini aku tahu yang Rizal tak sekejam itu tapi ya, dia memang pendendam orangnya. Tapi aku tahu dia tak bertanggungjawab langsung atas pembunuhan Marleena. Aku pasti akan hal itu.
Di muka surat selepas bab itu ada mengatakan bahawa pada petang hari kejadian, Rizal telefon mat rempit yang diupahnya itu untuk membatalkan operasi mereka. Dia turut menyatakan ketidaksampaian hatinya untuk membunuh seorang wanita yang sedang mengandung.
Yang salah itu dia. Yang berdosa itu dia. Yang sundal itu dia. Bukan anak dia.
Membacakan ayat itu sahaja, aku dapat merasakan baiknya hati seorang Ahmad Fadzrul Rizal. Amarahnya disebabkan dendam, kemuliaannya disebabkan kebaikan hatinya sendiri. Melampaukah untuk aku katakan itu sekiranya dia memang baik?
Tapi ada sesuatu yang berlegar di kepalaku. Kalau begitu, siapa sebenarnya yang membunuh Marleena? Dan kenapa Rizal boleh berada di hospital gila tersebut kalau rancangannya itu dibatalkan? Semua persoalan itu datang menyerbu secara serentak.
Ya, pandai kan kau, doktor. Tak dapat abang aku, macam ni kau buat...
Aku ulang baca semula ayat itu berkali-kali. Aku tahu bunyinya agak ketara tapi mengapa nama itu yang dipetik.
"So, kenapa Razif yang dapat jaga Rizal once dia keluar?"
"C'monlah! Doktor Farah tu one of his scandal dululah. Tapi dululah. Entah apa yang dia slow talk kat doktor tu. Tu yang dia dapat custody si Rizal tu. Kalau tak, memang kitorang dah plan nak duduk sekali. Wife aku pun tak kisah sebab Rizal memang kenal pun dengan Shakira tu. Shakira, wife aku siap galakkan lagi Rizal duduk dengan kitorang."
Doktor Farah! Tanganku menggigil semula. Aku terus bangun dan mengambil jurnal tadi lalu turun ke tingkat bawah. Baru aku hendak mengambil kunci kereta, loceng rumah aku dibunyikan berulang kali.
"Hai, Lyssabelle. Nak keluar ke?" Ianya Fikri. Okey, aku lega sedikit.
"Ha'ah. Kenapa Fikri?"
"Oh, sebenarnya aku dah sediakan lawyer dan duit RM 50k untuk bail Rizal keluar daripada lokap. Aku tak sampai hati nak tengok dia lama-lama kena tahan dalam tu. Dan aku percaya dia tak terlibat langsung dengan pembunuhan Marleena tu." Kemudian aku perasan dia memandang aku yang sedang memegang jurnal itu. "Kau nak pergi mana?"
"Fikri, kau kena tolong aku."
"Tolong apa?"
"Aku explain kat kau dalam kereta. Jom!"
Kami terus masuk ke dalam kereta milik Fikri itu. Di dalamnya turut terdapat isterinya, Shakira. Shakira boleh aku katakan sebagai seorang yang agak cantik pada usianya. Orangnya manis bertudung dan nampak sangat sesuai dengan Fikri.
Aku cuba menerangkan segalanya kepada mereka berdua dengan sangat terperinci dan jelas. Bermula daripada bagaimana aku menjumpai jurnal tersebut sehinggalah ke pertemuan aku bersama Rizal di lokap beberapa hari yang lepas. Semuanya aku ceritakan kepada mereka berdua.
"So sekarang apa plan kau?"
"Okey, korang berdua pergi balai polis. Ceritakan semua kecuali tentang Dr. Farah tu."
"Kenapa tak boleh cerita pasal Dr. Farah?" Shakira bertanya dengan nada kebingungan.
"Tak boleh. Kalau kita cerita pasal dia pada polis, polis akan tanya apa bukti yang kita ada untuk dakwa Dr. Farah tu, jadi sah, kita tak boleh libatkan dia lagi."
YOU ARE READING
BabyRizal
Mystery / Thriller"Ada sesuatu yang sangat pelik dengan Rizal dan aku tahu hal ini dari awal Razif membawanya pulang dari Hospital Mental Sentosa itu lagi. Suamiku mati di tangannya, ibu bapanya juga dan mungkin juga arwah isterinya dahulu. Dan aku tahu, giliranku ak...