Ada tiga hari jugalah aku biarkan borang permohonan jawatan sebagai pembantu doktor itu kosong tidak bertulis apa-apa. Setiap kali aku memegang pen untuk mengisi borang tersebut, pastinya ada sahaja perkara yang menerpa mindaku untuk tidak menulisnya. Aku tidak tahu sama ada itu sejenis perasaan ataupun tidak.
"Isi jelah, Lyssabelle. Untung sabut timbul, untung nasib kau dapat." Erma, salah seorang rakan sejawatku memberiku semangat untuk mengisi borang tersebut. Dia merupakan rakan sejawat yang aku paling rapat di sini. "Lagipun Doktor Razif tu memang sukalah kalau staff nurse perempuan lawa macam kau ni mintak."
"Kau ni. Aku ni biasa jelah. Lawa mendanya."
"Tak lawa menda kalau berapa ramai patient lelaki aim kau je?!"
"Cik Erma, boleh diam dah kut tu?" Aku cuba memberhentikannya daripada terus mengarut. Cik puan seorang ni bukan boleh dilayan sangat. "Aku first year. Mana lepas kalau nak mintak."
"Mintak jelah alahai perempuan seorang ni. Lagipun dia sendiri yang offer kat kau, kan? So, mesti ada potential kau dapatlah."
Aku sekadar memusingkan bola mata ke atas dan duduk menyambung menulis laporan harian. Erma juga nampaknya pasrah sahaja dengan aku yang malas hendak melayan kerenahnya. Dia juga menyambung kerjanya seperti aku.
"Doktor tu dah kahwin ke weyh?"
"Berminat nampak?" Erma masih lagi ingin mengusik aku.
"Tanya je. Random thoughts."
"Banyaklah kau punya random thoughts. Hmm, let me recall. If tak salahlah, dia belum kahwin lagi. Tapi standardlah kalau lelaki yang in the professional field macam dia tu tak kahwin at age yang macam tu, kan? Tapi, aku dengarlah kan, dia ada adik lelaki tau. Gila punya handsome! Cuma itulah, duda."
"Duda? Handsome pun cerai jugak?"
"Eh, nolah. Wife dia meninggal."
"Banyak benda kau tahu pasal Doktor Razif tu. Memang ada sign up join kelab peminat dia ke apa?"
"Cakap siang pandang-pandang ya, sis. Bukan apa, cerita pasal adik dia tu memang satu hospital ni tahu kut. Kononnya adik dia tu..."
Erma terbantut penceritaannya tatkala seorang jururawat lelaki datang ke arah kami berdua. Wajahnya kelihatan lega sebaik melihat aku di sini. Aku tak tahu apa niatnya tapi aku dapat mengesan bahawa ianya mesti ada kena-mengena dengan aku.
"Lyssabelle, free tak sekarang?" Okey, dia tahu nama aku jadi mesti dia memerlukan aku sekarang. Seperti biasa, namaku disebut Li-sa-be-li dan bukannya Li-ze-bel.
"Free je. Kenapa ya?"
"Oh, ada patient lelaki kat wad kanak-kanak tu. Family dia involved dalam accident and dia seorang je yang selamat. Sister Zaliah wad kanak-kanak tu kata kau mungkin kau boleh tolong handlekan."
Sister Zaliah ini pun memandai je jual nama aku sesuka hati. Dibuatnya macam aku ni pakar sangat dalam bidang kekeluargaan ni semua. Tapi okey jugalah sekurangnya mereka sedar bahawa aku masih berada di sini.
"Patient ni umur berapa?"
"Tak salah darjah enam. Kesian doh. Umur darjah enam dah jadi sebatang kara macam tu."
"Dugaan Allah tu datang dalam pelbagai bentuk. Kita kena belajar untuk hadap semua."
"Betul tu. Setuju sangat."
Aku tiba di wad kanak-kanak yang menempatkan budak lelaki berusia 12 tahun itu. Ianya adalah wad kelas satu yang bermakna budak itu seorang diri sahaja di dalam wad tersebut. Ada sedikit perasaan gementar yang bertamu dalam diri aku. Situasi yang dialami oleh budak itu kalau nak diikutkan memang agak sama dengan apa yang aku pernah alami.
YOU ARE READING
BabyRizal
Mystery / Thriller"Ada sesuatu yang sangat pelik dengan Rizal dan aku tahu hal ini dari awal Razif membawanya pulang dari Hospital Mental Sentosa itu lagi. Suamiku mati di tangannya, ibu bapanya juga dan mungkin juga arwah isterinya dahulu. Dan aku tahu, giliranku ak...