Bab 29

1.3K 92 3
                                    

"Hasil diagnosis kami mendapati bahawa Rizal sebenarnya masih mempunyai gangguan yang berpunca daripada pengambilan ubat yang sangat sedikit. Keadaan kognitifnya menunjukkan banyak perubahan negatif jadi saya rasa saya akan memasukkan dia ke dalam wad dahulu untuk dipantau dengan lebih kerap. Keputusan akan diberitahu dalam masa seminggu dua lagi. Untuk hari ini, kami akan memberikannya ubat dan dia akan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dahulu..."

Aku tak tahu apa lagi hendak dibalas dengan keterangan Dr. Farah itu. Aku bagaikan mati kata. Aku hanya mampu menganggukkan sahaja apa yang dikatakannya.

Aku melawat Rizal yang masih dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik wadnya yang dikunci rapat dan berbentuk tak ubah seperti sangkar. Aku sendiri hairan mengapa dia diperlakukan seperti haiwan sebegitu rupa.

Aku memandang wajahnya. Wajahnya tenang. Dia seperti sedang tidur lena. Dia tidur mengiring ke kanan dengan tangan kanannya memegang bawah telinga kanan dan tangan kirinya berdepan dengan wajahnya. Aku alihkan tangan kanannya agar dia tidak lenguh apabila terjaga nanti.

Aku dapat melihat kain hitam yang sentiasa berada di ikatan tangannya itu telah dibuka. Aku pegang pergelangan tangannya itu dan memang betul, kesan ikatan memang jelas ketara di situ. Sampai hati Dato' Fauzi memperlakukan anaknya sebegitu rupa, bisik hatiku.

Soal Razif, aku tak tahu hendak mengatakan apa-apa mengenainya. Kasihan pun tidak, rindu pun tidak. Cinta, entah. Sejak mengenali Rizal dengan lebih mendalam, perasaan itu bagaikan sudah mati untuknya. Apatah lagi setelah mendengar cerita daripada Kak Puji itu tadi. Mungkin aku dituduh tidak setia tapi aku sendiri sudah menduga hal seperti itu daripada awalnya.

Aku mengusap ubun-ubun Rizal dan pelipis rambutnya. Mengingatkan semula cerita Kak Puji tadi, memang lemah runtun seluruh emosiku. Dia sudah melalui terlalu banyak perkara untuk sampai ke tahap ini. Mungkin dia sudah mangli dan malas hendak melayan semua kerenah itu.

"Rizal, aku tahu kau bencikan aku. Kau tak pernah sedikitpun ingat kat aku. Aku dalam hidup kau tak lebih sekadar buat semak je. Aku tahu tu, Rizal. Kau tak cakap pun, aku tahu semua tu. Aku tahu yang hidup mati aku untuk masa akan datang ini nanti, akan bergantung sepenuhnya kepada kau. Semuanya kepada kau. Aku redha. Jangan risau. Aku takkan lari. Kau tak perlu kunci seisi rumah tu pun, aku takkan lari. Aku takkan lari daripada kau. Aku akan ada kat sisi kau. Tunggu kau untuk... mungkin ubah fikiran kau. Daripada benci kepada sayang. Daripada dendam menjadi tenang. Aku tunggu tu semua, Rizal. Aku percaya, pada lumrahnya, semua manusia itu diciptakan berasaskan kebaikan. Dan aku masih percaya, masih ada kebaikan dalam diri kau. Kau jadi begini disebabkan semua yang terjadi kepada kau. Kenapa kau pendamkan? It doesn't make you a coward by telling what you suffer from. It doesn't make you weak. Aku tahu yang kau sebenarnya manusia biasa yang pernah menjadi orang yang baik dan sentiasa menjadi orang yang baik. Kau tak perlu berubah. Kau adalah Ahmad Fadzrul Rizal versi yang asli. Kau tak perlu jadi orang lain. Aku jatuh cinta pada kau pada versi kau yang sangat teruk. Teruk sangat, Rizal. Sedangkan pada versi sebegitu pun aku boleh jatuh cinta, apatah lagi kalau aku kenal kau dalam versi asal kau. Aku cintakan kau lebih dari diri aku, Rizal. Tapi, tiada paksaan. Aku tak paksa dan takkan memaksa kau untuk cintakan aku. Langsung tak. Biarlah kalau sungguh kau jatuh cinta pun, ianya memang lahir dari perasaan kau yang paling dalam. Bukannya kerana aku, kerana orang lain. Dan andai kata ianya memang takkan berlaku, tak apa. Biarlah aku pendam perasaan ni sampai aku mati. Kenapa mati? Sebab kau sendiri yang sering mengatakan bahawa nyawa aku sekarang berada di tangan kau. Tak apa. Aku redha. Biarlah nyawaku habis di tangan kau. Aku sudah mati secara dalaman awal daripada aku mulai perasan yang hati aku sudah menjadi milik kau. Bunyinya dramatik, kan? Kisah cinta aku dan kau ini memang kisah cinta sehala yang tragik. Tragik bagi aku. Aku jatuh cinta dengan orang yang ingin membunuhku. Pelik kan? Yang sepatutnya berada di atas katil ini terbujur adalah aku. Aku lebih gila daripada kau. Gila kerana cintakan orang gila seperti kau. Tapi kan, Rizal, banyak perkara yang aku selalu bayangkan bersama kau. Aku selalu mimpikan kau dan aku hidup bersama. Walaupun ya, cinta kau bukan untuk aku. Pada diri kau, aku ini tidak ada nilainya. Atau mungkin itulah nilai perempuan di mata kau. Sampah, tidak berguna dan naif. Dan tamsilan kau itu jugalah bagaimana kau menafsirkan diriku, bukan? Memang sangat ketara, Rizal. Sangat ketara. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh jadi bodoh sangat ikutkan dengan perangai kau. Aku tak bermakna untuk kau. Aku tidak ada apa di mata kau tapi kau segalanya bagi aku, Rizal. Jadi, untuk kali terakhir, aku nak sangat kau tahu satu perkara. Kalau kau rasa hendak membunuhku, tolonglah tahu yang pandangan kali pertama kau pada aku sudah membunuh dalamanku. Bunuhlah aku cepat agar cepat semua penderitaan ini selesai."

Seusai mengatakan itu, aku terus keluar dari bilik itu. Sempat aku kucup dahinya sebelum beredar. Itu sahajalah momen-momen yang aku boleh merasakan semua itu.

Aku masuk ke dalam kereta dan mula memandu pulang. Masih terbayang di ingatanku cerita Kak Puji tadi. Aku rasa itu antara mimpi ngeri yang memang aku takkan dapat lupakan selama-lamanya. Tak aku sangka manusia yang aku cintakan merana sebegitu rupa. Itu sahaja sudah menjadi bayangan yang sangat tragis. Orang yang kau cintai diseksa sepanjang hidupnya. Tidakkah itu sudah cukup mengganggu?

Ya, sangat mengganggu!

Aku tiba di rumahku dan sejujurnya, rumah itu terasa sangat sunyi. Sebelum ini, memang dia jarang berada di rumah tapi aku tidak pernah merasakan sesunyi ini. Kesunyian yang memekakkan. Aku sendiri tak tahan mendengar kesunyian ini.

Aku masuk ke dalam bilik tidur Rizal. Entah, bilik itu seakan memberi aura seorang Ahmad Fadzrul Rizal kepadaku. Keberadaannya seakan wujud di dalam bilik itu.

Aku perasan di atas sebuah rak terdapat satu ruangan khas menempatkan buku-buku novel tulisan Blackrose. Untuk pengetahuan, Blackrose ini adalah penulis kegemaran aku yang buku-bukunya semuanya berkisarkan percintaan dan falsafah. Aku ambil sebuah yang bertajuk 'Epitomi Cinta Dan Diskriminasi'. Tak sangka Rizal peminat Blackrose juga.

Sehingga aku perasankan sesuatu, semua buku Blackrose di situ. Aku juga terjumpa sebuah buku jurnal di belakang susunan buku-buku tulisan Blackrose itu. Aku menggigil seketika apabila melihat tulisan di dalam jurnal itu sama sebijik dengan tulisan Rizal.

Blackrose. Ros hitam. Ros pada umumnya berwarna merah. Warna kegemaran Rizal adalah hitam dan merah.

Rizal adalah Blackrose. Dan jurnal ini adalah miliknya. Aku duduk di atas katilnya dan mula membuka halaman pertama. Kisah hidup Rizal kini sudah berada di tanganku...

_________________________

As usual, drop your votes and comments!

BabyRizalWhere stories live. Discover now