Aku bangun awal dengan harapan si Rizal tidak akan membebel akan kelewatan aku bangun pagi. Tapi tidak, dia tetap membebel. Cuma kali ini bukan secara terus kepada aku. Dan sebenarnya, aku bangun pun bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
Dia sudah memasang sekuat-kuatnya album System Of A Down di dalam rumah. Tahu tak lagu Aerials tu kuat dan bingit nak mampus sampaikan aku boleh gila macam dia kalau dengar lagu tu kuat-kuat.
"Rizal!"
Dia tidak menyahut.
"Babyrizal!!!"
Barulah dia mematikan suara tersebut. Dia memandangku sambil tersenyum. Dadaku berombak kencang ketika itu dek kerana kuatnya bunyi speaker.
"Kau dah kenapa?!"
"Kenapa apa?!"
"Bukak lagu kuat pagi-pagi macam tu?!"
"Pagi kan kena cergas! Bukan macam kau tu. Tidur je tahu."
"Tapi ni bukan caranya nak cergas, okey?!"
"Kau apa tahu?! Kau tu nurse je, bukan doktor! Belajar tak tinggi mana ada hati nak nasihatkan aku."
"Okey, fine. Kau menang!"
"Aku pernah kalah ke, bodoh? Kau tu je. Monyet mana boleh menang lawan dengan manusia. Sedar diri tu sikit ya, cik puan?! Oops, monyet."
Aku terus turun ke tingkat bawah dan mencari makanan di dapur. Aku ambil sebuah tin berisi sardin dan aku panaskan di atas periuk. Niatku adalah untuk dicicah bersama dengan roti sebagai sarapan pagi.
Lagu masih bingit dimainkan di tingkat atas. Aku tak tahu bagaimana telinga dia berfungsi. Pekakkah dia sampai perlu dimainkan muzik sekuat mungkin baru dapat mendengar? Dasar gila!
Selepas makan, aku mengemas sedikit ruangan dapur untuk melarikan diri daripada kebisingan lagu-lagu metal di tingkat atas. Makin aku jerit nanti, makin teruk aku dimakinya nanti.
Tak lama selepas itu, muzik pun dimatikan. Aku menjengah ke tingkat atas untuk melihat apa yang berlaku. Tapi tenang sahaja. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Bimbang memikirkan sebarang perkara negatif boleh berlaku, aku pun naik ke tingkat atas.
Rizal tiada di dalam bilik tidur aku dan Razif yang kini aku terpaksa berkongsi dengannya. Aku mulai risau ke mana dia pergi. Mana tahu sedar nanti dah mati kejung dalam rumah. Atau tiba-tiba dah kena sawan ke? Hisy, mintak simpang.
"Mama marah adik ke?" Aku terdengar sayup-sayup suara tersebut dari bilik sebelah. Bilik lama Rizal.
Aku berjalan keluar dengan perlahan dari dalam bilik dan menuju ke bilik itu. Pintunya terbuka sedikit dan aku nampak di situ dia berbaring di atas katil sambil melihat sekeping gambar. Dia seperti sedang mengadu kepada seseorang di situ.
"Mama tahu tak, adik rasa sunyi gila. Yalah, dulu kalau mama ada mama selalu dengar adik cakap. Sekarang ni adik seorang je. Abang pun dah tak nak dengar adik cakap. Dia pun dah tinggalkan adik macam mama."
Aku rasa sedih dengan sendirinya.
"Kenapa korang semua tinggal adik, eh? Apa salah adik? Adik rasa adik takdelah jahat sangat dengan korang tapi kenapa korang tinggalkan adik seorang. Sunyi tahu tak?! Mama, jawablah soalan adik tu."
Air mataku mengalir di pipi. Selama ini, aku selalu bayangkan yang nasibku sudah cukup malang. Namun sebenarnya ada yang lebih malang daripadaku. Rizal, dia memang langsung tidak punyai sesiapa sekarang.
"Takpelah, nanti kita sembang lagi eh? Mama kalau free, datanglah tengok adik. Tapi jangan bagitau papa tau. Nanti papa marah adik. Adik tak nak kena marah."
YOU ARE READING
BabyRizal
Mystère / Thriller"Ada sesuatu yang sangat pelik dengan Rizal dan aku tahu hal ini dari awal Razif membawanya pulang dari Hospital Mental Sentosa itu lagi. Suamiku mati di tangannya, ibu bapanya juga dan mungkin juga arwah isterinya dahulu. Dan aku tahu, giliranku ak...