Tak sampai 15 votes but I satisfied with the overall votes so I guess yalls deserved a next update. But well, up sikitlah. 18 votes kut. (Alah Daniel cakap jelah kau memang hype nak tulis cerita ni...)
___________________________
Rizal sebenarnya taklah teruk mana.
Ianya fakta. Fakta yang salah. Fakta yang digunakan oleh Razif untuk membutakan mata aku mengenai kebaikan Rizal kepada aku. Fakta yang digunakan oleh Razif untuk menunjukkan yang sebenarnya adiknya itu baik tapi sebenarnya iblis.
Mungkin aku yang tak pernah mengambil psikologi tapi aku tak pernah dengar pula ada sindrom seperti si Rizal ni. Sindrom apa? Sindrom yang seorang lelaki dewasa berusia 32 tahun aku mempunyai perangai seperti budak lelaki berusia tujuh tahun. Sumpah aku rasa macam dalam neraka nak menghadap perangai dia ni.
Di hospital, aku memang berhadapan dengan pelbagai jenis pesakit yang menghidapi pelbagai jenis penyakit. Tapi si Rizal ni, aku sendiri tak tahu apa masalah dia. Mungkin aku tak pernah menjaga pesakit mental tapi dalam kes dia, ianya sudah menjadi sangat melampau.
Mengapa aku katakan melampau? Sini adalah beberapa sebab:
1) Ketika itu, aku hendak mengejutnya untuk bersarapan. Dia kata dia tak larat untuk turun ke meja makan. Okey, aku pun percayalah. Jadi dia meminta aku untuk menghantar makanan kepadanya. Aku pun, okey apa salahnya? Tapi bila aku bagi, dia ambik dan mula makan. Baru aku hendak keluar daripada bilik dia, dulang yang penuh berisi makanan tadi dicampak ke sebelah aku. Terkenalah sedikit teh panas tersebut ke bahu aku. "TAK SEDAP!"
2) Ada satu hari itu, Razif sedang berkerja manakala aku sedang mengerjakan pokok bunga di halaman rumah. Aku menjadikan berkebun sebagai hobi kerana ianya memang sangat menenangkan. Tapi pada hari itu, kesabaranku hilang kerananya.
"Monyet...?"
Aku menoleh ke belakang. Dia berdiri di situ memakai t-shirt Doraemon dan seluar pendek sambil memakan coklat Cadbury.
"Ya?"
"Oh, mengaku monyet. Kau tak panas ke?"
"Tak. Masuklah dalam kalau panas."
Dia menggeleng.
Aku pun biarkan sajalah.
"Baja ni buat daripada tahi kan?"
"Yalah kut."
Elok sahaja aku menjawab soalannya itu, aku dapat merasakan yang dia sudah membaling baja tersebut ke arah aku. Tidak pasal baju aku sudah berbau busuk dan dia sudah gelak mengilai seraya masuk ke dalam rumah.
Itu baru sedikit sahaja yang aku ceritakan. Banyak lagi sebenarnya perkara yang membuatkan aku naik hantu dengan dia ni. Itu baru perkara yang biasa sahaja.
"Sayang..." Suamiku memeluk aku dari belakang ketika aku sedang menyikat rambut di meja solek sebelum tidur.
"Ya, saya."
"Rizal okey, kan?"
"Ya, dia okey je. Rasanya."
"Macam tak okey je."
"Saya okey jelah. I mean, mungkin betul cakap abang. Dia perlukan masa kan?"
"Terima kasih sebab faham. Doktor Farah cakap yang dia mungkin akan sembuh sepenuhnya kalau dia dapat kasih sayang yang cukup daripada orang sekeliling. Isn't that what we all wanted, right?"
Mungkin aku yang kurang kesabaran dalam menghadap fiil si Rizal. Aku sepatutnya menambahkan lagi kesabaranku yang tak tara mana ni. Tapi aku terfikir juga, kalau dia masih memerlukan bimbingan, mengapa dia dibenarkan pulang?
YOU ARE READING
BabyRizal
Mystery / Thriller"Ada sesuatu yang sangat pelik dengan Rizal dan aku tahu hal ini dari awal Razif membawanya pulang dari Hospital Mental Sentosa itu lagi. Suamiku mati di tangannya, ibu bapanya juga dan mungkin juga arwah isterinya dahulu. Dan aku tahu, giliranku ak...