Bab 39

1.2K 92 7
                                    

Aku memakai kebaya lama milik arwah Datin Rita berwarna merah. Sudah berapa lama aku di situ, itulah kali pertama aku menyelongkar almari milik arwah ibu mertuaku yang tak pernah bersua muka. Hanya melihat di dalam layar perak dan kaca TV sahaja. Cantiknya arwah itu memang tak terperi.

Aku pandang gambar-gambar Rizal yang berada di dalam rumah tersebut. Gambar yang paling menarik minatku adalah gambarnya bergambar di atas sebuah bukit berlatarbelakangkan kawasan pergunungan berais. Di situ terdapat caption bertarikh 14 Februari 2010. Lama jugalah kalau nak diikutkan.

Malah terdapat juga poskad yang dihantar kepada Fikri dan ianya penuh dalam Bahasa Perancis. Ianya berbunyi begini:

Salut, mon ami. J'espère que tu vas bien en Malaisie. Chamonix est super mais la Malaisie me manque. Je serai de retour par cet Aidilfitri. s'il te plaît achetez-moi mon 'baju raya' ou je serai nu le jour. tu me manques et la malaisie. c'est tout pour le moment. Au revoir!

Sumpah satu apa pun aku tak faham! Aku ambil poskad tersebut dan masukkan ke dalam sebuah bingkai kemudian meletakkannya di atas sebuah meja di dalam biliknya.

Malah, aku perasan terdapat salah satu buku tulisan Blackrose yang di dalamnya penuh dengan tulisan Bahasa Perancis. Buku itu bertajuk 'La dame avec un coeur ouvert'. Jangan tanya kepada aku apa maksudnya. Aku pun tak tahu.

Selesai mengemas rumah apa yang patut, aku menuju ke rumah Kak Puji. Aku terasa seperti ingin mengadu kepadanya perihal Rizal. Kerinduanku terhadap Rizal tak boleh dibendung lagi.

"Cantik Lyssabelle pakai baju Datin. Suka akak tengok."

Aku hanya tersenyum. Kemudian aku mengelamun seketika. Ingatanku terbang kepada Rizal. Baru dua hari dia ditahan, terasa lama sangat ianya berlaku.

"Lyssabelle rindu Rizal ke?"

Aku mengangguk. Dia memeluk aku seolah-olah si ibu memeluk anak perempuannya. Aku rasa, kalau nak diikutkan, umurnya memang hampir sebaya dengan arwah ibuku sendiri. Tapi tak apalah, aku tetap selesa memanggilnya dengan panggilan 'Kak Puji'.

"Saya tahu yang Rizal tak bunuh Razif atau Marleena tu, kak. Mungkin Rizal berdendam tapi saya tahu dia tak sekejam tu."

"Akak tahu tu, Lyssabelle. Tapi polis nak bukti. Setakat ini, Rizal pun tak nak mengaku apa-apa. Dia hanya menafikan tapi tak keluar dengan apa-apa kenyataan pun."

"Kenapa macam tu sekali Rizal kena dugaannya, kak? Dia dah penat kena seksa daripada kecik. Tak boleh ke for one time in his lifetime, semua tu stop. Saya kesian kat dia, kak. Dia dah penat kena macam tu. Tak ada ke keadilan untuk dia?"

"Akak dah lama fikir macam tu, Lyssabelle. Dia membesar depan mata akak. Daripada dia kecik sampai dia besar macam tu. Akak faham apa yang Lyssabelle rasa tu. Tapi akak percaya Rizal tahu apa yang dia buat."

"Patutlah selalu dia pertikaikan betulkah wujud keadilan dalam dunia ni. Dia tak pernah rasakan benda tu. Saya tahu yang dia memang baik. Keadaan sekeliling yang memaksa dia jadi macam tu."

Kak Puji mendiamkan diri sahaja. Aku tahu yang dia turut kasihankan aku tapi tiada apa yang mampu dilakukan olehnya. Dia hanyalah seorang pembantu rumah yang hanya mengenali Rizal. Hanya keajaiban yang boleh menyelamatkan Rizal.

"Saya nak pergi jumpa Rizal. Teman saya, kak."

Dan sejam kemudian, kami sudah tiba di balai polis yang menempatkan Rizal di lokap tahanan. Tapi, ada masalah ketika kami berurusan dengan pegawai polis di situ.

"Puan Lyssabelle, kenapa puan nak jumpa dengan dia?"

"Sebab dia adik ipar saya dan saya rasa bertanggungjawab nak berjumpa dengan dia. Tolonglah, tuan. Saya nak sangat jumpa dengan dia." Pada tahap seperti ini, aku tak kisah lagi tentang tanggapan orang lain. Aku hanya ingin berjumpa dengan kekasih hatiku itu sahaja.

BabyRizalWhere stories live. Discover now