Bab 27

1.3K 90 3
                                    

Aku menyuruh Rizal membuka ikatanku selepas azan Subuh berkumandang. Selesai solat, aku menyambung bacaanku yang tertangguh pada malam tadi dan kemudian memandang Rizal yang masih terlena.

Jujurnya, dia seperti bayi kecil yang sedang tidur. Wajahnya akan menjadi sangat tenang ketika dia tidur. Ya, ketika dia tidur sahajalah, aku dapat melihat wajahnya tanpa dipengaruhi sebarang emosi. Bagus jugalah kerana dengan itu, tiadalah aku menerima sebarang serangan jantung sekiranya dia tiba-tiba bersuara.

Aku usap ubun-ubunnya lembut. Tidurnya memang sangat nyenyak. Aku selalu memikirkan apa yang berada di dalam kepalanya selain daripada membunuh aku. Siapa di fikirannya? Apa yang dimahunya? Semuanya.

Dia memegang tanganku. Aku tahu yang dia tidak sedar akan itu tapi aku sedar. Dan aku sukakannya. Pegangannya lembut. Ianya tidak keras dan tidak memaksa.

Aku cintakan Rizal kerana beberapa perkara. Kekacakkannya turut berada di dalam senarai itu dan hal itu tidak dapat aku nafikan. Atau mungkin, tidak. Kekacakannya hanya menjadi titik tolak. Perkara yang lain itu datang dengan sendirinya.

Aku percaya, Rizal masih seorang manusia. Tak salah rasanya kalau aku bersabar dengannya. Mungkin kalau betul yang dia memang akan bunuh aku, walau dengan apa yang telah aku lakukan, aku rasa akan redha. Sekurangnya aku tidak akan merasa kecewa dan derita kerananya. Aku sudah mati ketika itu.

Mati. Tidak bernyawa.

Dia tidak akan menyesal. Aku tahu akan itu. Dia akan teruskan hidupnya dengan tenang bahagia seperti semasa aku sedang hidup. Aku rasa setelah kematian suamiku, hanya dia, Dr. Farah dan seorang jiran kami itu sahaja yang aku pernah berinteraksi.

Setiap hari, dialogku hanyalah dengan Rizal. Rizal, Rizal dan Rizal. Tiada langsung insan lain yang berkomunikasi secara verbal denganku. Tapi walau begitu sekalipun, aku tidak kisah. Asalkan ada dia, hidupku sudah sempurna.

Aku pernah mendengar, cinta membuatkan manusia lupa dan gila. Untuk hal ini, aku bersetuju dengan hal itu.

Semasa aku sedang memasak sarapan pagi di dapur, Rizal turun ke dapur dengan memakai boxer dan tuala tersangkut di lehernya. Aku cuba untuk tidak memandang terus ke arahnya tapi... itulah, aku ini wanita lemah.

"Siap."

"Siap?"

"Siaplah. Kan Dr. Farah suruh jumpa dia."

"Kau dah call dia ke?"

"Dah. Dia suruh datang hari ni. Pakai baju yang aku dah letak atas katil tu."

"Nak makan dulu tak? Aku ada buat bihun goreng ni."

"D'accord. Dah, kau naik dulu. Nanti aku nak mandi."

Aku mencedokkan dia bihun goreng tersebut dan menghidangkan kepadanya. Dia nampaknya sangat berselera dan wajahnya juga nampak tenang. Aku harap moodnya akan kekal begitu sepanjang hari ini akan berlaku. Wajah seperti itulah yang kekal membuatkan aku berada di dalam cintanya berterusan.

Aku naik dan mandi sekali lagi. Aku melihat pakaian yang dipilihnya untukku itu. Ianya sepasang dress kasual berwarna merah dan skirt berwarna hitam. Dua-duanya adalah warna kegemaran Rizal sendiri. Apa maknanya di sebalik semua ini?

Selepas selesai bersiap, Rizal masuk ke dalam bilikku dan masuk ke bilik mandi. Aku keluar dan turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Rizal nampaknya sudah makan separuh daripada jumlah mee goreng yang kumasak tadi. Untuk seketika, aku berasa gembira dan bangga untuk hal itu.

Dia turun semula memakai t-shirt berwarna merah dan seluar jeans berwarna hitam. Apa maknanya di sebalik semua ini?

"Aku drive boleh?"

BabyRizalWhere stories live. Discover now