Blaze sempat mengelak serangan lelaki itu. Dia memandang lelaki berbadan sasa itu dengan pandangan tidak puas hati. Baru sahaja dia hendak menyerang, tiba-tiba sahaja lelaki itu menjawab panggilan seseorang.
"Hah? Okey..." jawab lelaki berbadan sasa melalui benda di telinganya seakan-akan seperti alat penghubung. "Heh, kau terlepas kali ni.."
Lelaki itu terus beredar dari situ.
"Fuhh... Selamat..." Thorn lega sebaik sahaja lelaki itu beredar dari situ.
"Atok... Atok? Atok okey tak?" tanya Taufan sambil menggoyangkan sedikit badan Tok Aba.
Tok Aba membuka matanya lalu memegang kepalanya. "Aduhh.. Ape jadi ni?"
"Atok pengsan tadi..." jawab Ais.
"Hah? Atok pengsan?" Tok Aba seolah-olah tidak percaya.
"Haah.. Lebih baik atok berehat.." cadang Blaze. Risau juga kalau-kalau Tok Aba terkena serangan jantung. 😂
√√√√√√√
Sementara itu, di tempat yang tersembunyi, kelihatan empat orang sedang berdiri di belakang seorang lelaki yang tinggi yakni tiga orang lelaki dan satu wanita.
"Cis!! Kenapa gagal?!" marah seorang lelaki berbaju hitam berambut putih sambil menumbuk meja.
Terhinjut bahu mereka berempat.
"Ma.... Maaf Tuan Uno..." jawab lelaki yang berpakaian hitam hijau dengan gagap.
Lelaki yang bernama Uno itu menarik nafas untuk mengawal kemarahannya. Bila dia marah, dia memang susah nak kawal.
"Tuan Uno, sebenarnya, Elemental Brothers tu hanya enam orang sahaja... Dan diorang dibantu oleh cucu kepada seorang atok..." balas wanita yang berpakaian ungu hitam atau dikenali sebagai Dos.
"Tapi, kami dapat menculik salah satu cucu daripada atok tu..." kata lelaki yang berbadan sasa itu.
"Hmm... Bagus.. Kita boleh gunakan dia sebagai tebusan... Hantar dia kat penjara bawah tanah!" arah Uno.
"Baik!!" balas mereka berempat serentak lalu beredar dari situ.
"Aku pasti akan dapatkan korang... Harta yang aku perlukan akan dimiliki oleh aku...." gumam Uno sendiri lalu tersenyum sinis.
√√√√√√√
Kelihatan seseorang di tempat yang gelap dan sunyi...
"Arghh!! Lepaskan aku!!!" jerit seorang budak lelaki.
"Woi! Diamlah!" arah seorang lelaki yang memakai helmet seakan-akan penjaga di situ.
Budak lelaki itu mengeluh. "Korang.... Tolong aku...." gumam budak lelaki itu sambil memeluk lututnya.
Berbalik di tempat Elemental Brothers, kelihatan semua orang berada di ruang tamu untuk membincangkan tentang orang-orang yang menyerang mereka tadi.
"Macam mana dengan atok?" tanya Moon sebaik sahaja Iman keluar daripada bilik Tok Aba yang ditempatkan berhampiran dengan ruang tamu dan tangga.
"Atok tengah tidur... Kita biarkan dia berehat.." jawab Iman dengan muka yang tenang.
"Hm, siapa yang cuba serang kita tadi?" tanya Jet, dengan perasaan ingin tahu.
"Entahlah.. Tiba-tiba je, diorang serang kita semua..." Ochobot turut tertanya-tanya gerangan yang menyerang mereka tadi.
"Eh, kejap... Tadi aku tak nampak pun kau... Kau pergi mane tadi?" soal Moon bingung.
"Oh, er... Aku... Aku pergi tolong kucing tadi..." jawab Ochobot dengan gagap.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS
Fanfiction✨ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] ✨ ⇛ ғɪʀsᴛ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Highest Rank: #63 - Fanfiction #28 - yaya #1 - boboiboy #1 - fang #30 - ejenali SINOPSIS: Cerita ini bermul...