✨ [26] LOHONG HITAM GARGANTUAR

1.2K 121 14
                                    

Mereka semua memandang ke arah langit dengan perasaan yang gentar, marah dan risau.

"Aduhh... Ape yang jadi ni?" tanya Tok Aba sebaik sahaja sedar daripada pengsan. Dia memegang kepalanya yang sakit.

"Eh, atok dah sedar!!" kata Ochobot lalu mendekati Tok Aba.

"Atok! Kite dalam masalah besar!" jerit Moon, risau.

"Masalah besar? Masalah ape?" tanya Tok Aba sebaik sahaja memposisikan badannya kepada duduk.

"Tengok kat langit!!" kata Ali, sambil menunjuk ke arah langit.

Tok Aba memandang langit lalu membulatkan matanya. "Ape tu?! Bende tu macam......telur!!"

Mereka semua memandang Tok Aba dengan sedikit marah. "Atok!! Ni bukan main-main lah!!" marah Ali.

"Hehehe..." Tok Aba hanya tersipu malu. Apelah. 😒😂

"Alamak! Bende tu semakin besar!!" jerit Yaya sambil tangan menunjuk ke arah benda itu.

"Haah lah!!" kata Gopal, setuju dengan kata-kata Yaya.

"Eh, eh?! Kenape ni?! Kenape aku boleh terapung ni?!" tanya Jet panik sebaik sahaja terapung 5 cm daripada tanah.

"Aku pun rasa terapung!" balas Ochobot sambil tangannya cuba mencapai tiang tangga itu.

"Hm, aku rasa itulah kelebihan bende tu!" kata Khai yang sejak tadi menaip sesuatu di komputer riba yang kecil.

"Jadi, ape name bende tu?" tanya Alicia yang sedang berpeluk tubuh.

"Itu ialah lohong hitam!!" jawab Khai.

"Lohong hitam?! Yang boleh sedut ape-ape bende?!" tanya Bulat dengan perasaan tidak percaya.

"Betul! Kita perlu hentikan bende tu!" ujar Khai cemas.

"Macam mane?!" soal Mika.

"Tapi, ni bukan lohong hitam sembarangan... Ni.... Lohong Hitam Gargantuar!!" jawab Khai menyebabkan mereka semua tergamam.

"APE?!"

"Kite perlu fikirkan cara nak hilangkan lohong hitam tu!" kata Ochobot.

Masing-masing memikirkan cara untuk menghilangkan lohong hitam itu. Fikiran mereka sekarang sudah serabut.

"Mereka ade kat sini!!" jerit seseorang.

"Alamak! Tu pengawal Penjara Kegelapan!" kata Moon panik.

"Macam mana ni?! Mereka datang ke sini!!" balas Ali yang juga panik.

Kelihatan masing-masing berasa cemas, panik dan takut. Kelihatan wajah Gempa menunjukkan yang dia mendapat penyelesaian yang baik.

"Macam ni.... Korang yang lain, pergi uruskan pengawal-pengawal tu..." Gempa menunjuk kesemua cucu Tok Aba. "Biar aku dan yang lain pergi uruskan lohong hitam tu...." arah Gempa.

Mereka yang lain mengangguk tanda setuju.

Elemental Brothers dan kawan-kawan pergi ke arah punca lohong hitam itu terjadi manakala Kumpulan Skills menghalang pengawal-pengawal tersebut daripada menghampiri Gempa dan yang lain.

"Cepat! Mereka ada kat sini!!" arah seorang pengawal.

Kumpulan Skills bersiap sedia untuk hadapi cabaran yang mereka akan hadapi.

"Khai, kau boleh godam sistem robot tu?" tanya Alicia sambil menunjuk ke arah robot yang berkhidmat untuk Uno dan Cinco.

"Boleh..." Khai kemudian menaip sesuatu di komputer riba yang kecil.

"Bersedia semua!" kata Roza yang sudah bersiap sedia menghadapi musuh.

Di suatu tempat yang berdekatan dengan Penjara Kegelapan, kelihatan seorang lelaki berbadan sasa berpakaian ungu gelap sedang memandang ke arah langit.

"Hahaha....... Akhirnya, kuasa yang selama ini aku berlatih, berjaya jugak...." kata lelaki itu. "Habislah korang semua...."

Ketika lelaki itu hendak memulakan langkahnya, tiba-tiba, dia terjatuh.

"Argh!!! Akar ape ni?!" Kelihatan akar diikat pada kaki lelaki itu.

"Cukuplah tu Borara!!" marah Halilintar sebaik sahaja keluar daripada tempat persembunyian.

Tak lama selepas itu, Elemental Brothers dan kawan-kawan mereka juga turut keluar daripada persembunyian mereka.

"Hah?! Ish, lepaskan aku!!" jerit Borara sambil meronta-ronta agar dilepaskan.

"Jangan harap!! Kau kene hilangkan lohong hitam tu terlebih dahulu!!" arah Gempa sebaik sahaja tiba di hadapan Borara.

"Cehh...." Borara mendengus.

"Macam mane kita nak hentikan lohong hitam tu?" tanya Yaya.

"Korang tidak akan dapat musnahkan lohong hitam tu..." kata Borara lalu tersenyum sinis.

Fang mengeluh. "Jadi, ape patut kita buat?"

Gempa mendapat idea. "Ape kata kitorang bertujuh pergi serang lohong hitam tu... Korang berempat jaga Borara... Jangan sampai dia terlepas..."

Mereka yang lain mengangguk tanda setuju.

Gempa menumpukan sepenuhnya kepada kuasanya. "Golem Naga Tanah!!"

Secara tiba-tiba, muncul seekor naga yang diperbuat daripada tanah. Naga itu besar yang dapat memuatkan kesemua Elemental Brothers.

Tidak lama selepas itu, kesemua Elemental Brothers naik ke atas badan naga tersebut lalu terbang mendekati lohong hitam tersebut.

"Graviti pemberat!!" Yaya menggunakan kuasanya untuk menyukarkan pergerakan Borara.

Berbalik di tempat Kumpulan Skills, kelihatan Ali melontarkan yoyo kepada salah satu pengawal tersebut.

Secara tiba-tiba, IRIS Ali berbunyi menandakan ada bahaya datang daripada belakangnya.

"Alamak!!" Ali tidak sempat mengelak lalu hanya menundukkan kepalanya. Namun, Iman pantas menghalang serangan pengawal itu.

"Cis! Berani kau!!" Pengawal itu menolak Iman ke belakang menggunakan pedangnya menyebabkan Iman terundur.

"Mika!" panggil Iman.

Pengawal itu memandang sekeliling mencari kelibat budak bernama Mika. Ketika pengawal itu memandang ke belakangnya, kelihatan Mika sedang tersenyum sinis.

"Hah?!" Pengawal itu terkejut dengan kehadiran Mika.

Mika dengan pantas menumbuk belakang pengawal itu menyebabkan pengawal itu terpelanting ke arah pokok.

"Cun!!!" balas Ali, menandakan Mika berjaya menumpaskan pengawal tadi.

Kelihatan Moon dan Ochobot sedang menjaga Tok Aba di sebuah pokok.

"Alamak! Pengawal tu datang!" kata Ochobot cemas.

"Hiyaa!!" Moon memancarkan hologramnya kepada empat lagi Moon.

Sekarang, terdapat lima Moon. Pengawal yang ingin menyerang Moon tersentak. "Ape ni?!"

Pengawal itu bingung hendak menyerang siapa. Tanpa berlengah, pengawal itu menuju ke arah Moon yang tidak jauh daripadanya.

Moon itu hanya melambaikan tangan. Pengawal itu menusuk badan Moon menggunakan pedangnya tetapi, Moon itu hilang sekelip mata.

"Hah?!" Pengawal itu membulatkan matanya dan mengerutkan dahinya.

Pengawal itu berasa tidak puas hati lalu pergi ke arah Moon yang berada di belakangnya. Sama seperti tadi, Moon itu hilang sebaik sahaja pengawal itu menyerangnya.

Pengawal itu kelihatan bingung dengan situasi itu. Moon yang sebenar, mengambil kesempatan untuk menyerang pengawal itu daripada belakang.

Moon menendang kaki pengawal itu sehingga terjatuh. Kemudian, Moon mengambil sebatang kayu yang berada di situ lalu memukul kepala pengawal itu.

Pengawal itu terus terbaring pengsan akibat pukulan daripada Moon.





BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERSWhere stories live. Discover now