Mereka semua sudah berada di hadapan pintu pagar istana dengan semangat yang berkobar-kobar.
"Tok Aba, jaga mereka semua..." nasihat Permaisuri Hawa.
"Iye... Atok akan jaga diorang ni.." jawab Tok Aba.
Mereka yang lain menyalam tangan Permaisuri Hawa.
"Jaga diri kamu semua..." nasihat Permaisuri Hawa sambil tersenyum. Dia berharap mereka semua balik dalam keadaan selamat.
"Baik bonda..." jawab Gempa sebagai wakil mereka semua sambil tersenyum.
"Zass, kau tak nak ikut?" tanya Bulat sambil memandang ke arah Zass.
Zass hanya menggeleng.
"Takpelah... Zass boleh temankan bonda kat istana.." Permaisuri Hawa memegang bahu Zass.
Zass mengangguk tanda setuju.
Terdapat empat buah kereta yang mempunyai lapan kerusi. Elemental Brothers berada dalam satu kereta. Ying, Yaya, Gopal, Fang, Moon dan Ali berada dalam satu kereta. Tok Aba, Ochobot, Khai, Alicia dan Iman berada dalam satu kereta. Roza, Bulat, Jet, Chris dan Mika berada dalam satu kereta.
Memandangkan Penjara Kegelapan itu tidak jauh daripada Istana Sevenlings Elements Trothers, perjalanan mereka hanya memakan masa selama 1 jam sahaja.
Setibanya di hutan yang berdekatan dengan Penjara Kegelapan, mereka perlu berjalan kaki untuk meneruskan perjalanan mereka. Ini dapat mengelakkan musuh daripada mengesan mereka semua. Yelah, kalau tak, sia-sia je diorang pergi situ, akhir-akhir kena tangkap.
Terdapat dua buah pondok kecil di atas pokok serta terdapat laluan yang menghubungkan antara kedua-dua pondok itu. Tok Aba, Halilintar, Taufan, Thorn, Ochobot, Ali, Moon dan Iman berada dalam sebuah pondok. Mereka sedang membincangkan sesuatu.
"Okey, atok dah arahkan Khai untuk mengodam sistem di Penjara Kegelapan supaya dapat melepaskan banduan di penjara tu.." terang Tok Aba.
"Tapi, macam mana dengan cara ni dapat bantu kita?" tanya Ochobot, tidak faham.
"Dengan melepaskan banduan, kita dapat menarik perhatian musuh untuk memastikan musuh keluar daripada kawasan penjara tu... Kan kalau ada banduan yang terlepas, pengawal-pengawal tu akan tangkap semula banduan yang terlepas tu.." terang Tok Aba lagi.
"Jadi, ape yang kami perlu buat?" tanya Halilintar.
"Moon, Iman, nanti kau orang berdua bersama Jet dan Mika akan berlawan dengan musuh di hadapan penjara... Ini juga dapat membantu kita untuk menyelamatkan Rudy dengan mudah.." ucap Tok Aba.
Moon dan Iman mengangguk faham.
"Ochobot, kau ikut atok dan Chris untuk gali lubang bawah tanah..." kata Tok Aba.
"Tapi, tak boleh ke kalau Gempa yang buat lubang tanah tu?" cadang Taufan.
"Haah.. Lagipun, Gempa ada kuasa tanah.." kata Thorn, setuju dengan Taufan.
"Hm, betul jugak... Takpe, atok perlukan Ochobot dan Chris untuk masuk ke dalam lubang tu dan tembus ke dalam penjara tu...." terang Tok Aba.
Ochobot mengangguk faham.
"Halilintar, Taufan dan Thorn kamu bertiga juga akan ikut atok masuk dalam penjara tu..." arah Tok Aba.
"Baik tok.." balas mereka bertiga sambil mengangguk.
Tok Aba mengeluarkan walkie talkie daripada poket seluarnya. "Khai, kau dah buat ape yang atok suruh?"
"Dah atok... Perlukan masa dalam 30 saat lagi..." jawab Khai melalui walkie talkie.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS
Fanfiction✨ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] ✨ ⇛ ғɪʀsᴛ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Highest Rank: #63 - Fanfiction #28 - yaya #1 - boboiboy #1 - fang #30 - ejenali SINOPSIS: Cerita ini bermul...