✨ [8] PERPISAHAN

2.3K 202 27
                                    

"APE?!" Ketujuh-tujuh Elemental terkejut ketika lelaki itu memanggil mereka sebagai 'Putera'. Mereka terkedu.

Halilintar yang tidak mengendahkan perkataan 'Putera' terus bertanya, "Kenape kau serang Pulau Rintis?! Ape matlamat kau?!"

"Kau nak tahu?! Sebab aku nak balas dendam kat mak dan ayah korang tu!!!" jawab lelaki itu. Heh, puas hati aku! Dapat jugak aku balas dendam walaupun melalui anak dia.

"HAH?!!!!!!!" Ketujuh-tujuh Elemental membulatkan mata mereka.

"Siape mak dan ayah kitorang?!" soal Thorn berani. "Lagipun, mak dan ayah kitorang dah meninggal dunia!"

"Haah! Sejak kecil lagi kitorang dijaga oleh Pak Cik Kumar iaitu penjaga kami sebelum ini!" balas Blaze, yang setuju dengan kata-kata Thorn.

"Siape lagi kalau bukan Raja Adam dan Permaisuri Hawa!" jawab lelaki itu sambil mengenggamkan tangan kirinya, geram. Benci dia mahu sebut nama lelaki itu. Makin meluap dendamnya apabila melihat anak-anaknya yang sudah membesar dengan kuasa istimewa.

"APE??!!"

"Kau ingat kitorang percaya dengan cerita karut kau ni?!" marah Halilintar.

"Ooh, korang tak percaya?" perli lelaki itu. "Probe! Bawa gambar tu!"

"Baik bos!" Lelaki yang berpakaian ungu dan berjaket hitam yang bernama Probe itu mengambil sebuah bingkai gambar yang sebesar meja makan lalu ditunjukkan kepada ketujuh-tujuh Elemental Brothers. Walaupun dari jarak jauh, namun dapat dilihat melalui mata kasar disebabkan saiznya yang besar.

Kelihatan tujuh orang bayi bersama seorang wanita dan seorang lelaki.

Ketujuh-tujuh Elemental membulatkan mata mereka, tidak percaya dengan apa yang dilihat. Mereka tersentak.

"Jadi, kau nak cakap yang tujuh bayi tu ialah kitorang?!" tanya Solar, tidak percaya.

"Betul! Bayi-bayi itu sebenarnya ialah korang bertujuh!" jawab lelaki itu.

Ketujuh-tujuh Elemental ini tergamam kerana terkejut.

"Tak mungkin!!" Gempa masih tidak percaya dengan apa yang dilihat.

"Tapi, kenapa kau nak serang Pulau Rintis?! Ape salah kitorang?!" soal Ais yang sudah lama mendiamkan diri kerana lemah untuk bercakap.

"Aku yang sepatutnya layak  untuk dapatkan saham keluarga tu! Tapi, abang aku nak korang pegang saham tu!" jerit lelaki itu.

"Hah?! Ape yang kau merepek ni!? Abang?!" kata Blaze sambil mengerutkan dahi.

"Maksud kau, kau ialah..."
Kata-kata Gempa dipotong oleh lelaki itu.

"Betul... Aku ialah adik kepada Raja Adam!" jawab lelaki itu.

"Ape?!!" Ketujuh-tujuh Elemental terkejut mendengar jawapan lelaki itu. Nafas sudah tidak teratur. Entah ke berapa kali mereka terkejut sebegini. Author pun tak terkira.

"Psst, Boss... Lebih baik kita tangkap mereka cepat.." cadang Probe, yang ingin cepat menyelesaikan misi mereka.

"Hm, betul jugak! Baik korang menyerah diri kalau tak, aku gunakan kekerasan!!" ugut lelaki itu.

Solar dengan perasaan tidak puas hati, melakukan serangan. "Kilauan Solar!!!"

Penglihatan semua orang menjadi silau disebabkan kuasa Solar.

"Korang! Mari sini!" panggil Taufan kepada Ying, Yaya, Gopal dan Fang yang berada tidak jauh daripada mereka yang kelihatan boleh bergerak.

Mereka berempat mengangguk lalu pergi ke arah ketujuh-tujuh Elemental. Mereka semua bersembunyi di belakang sebuah rumah.

"Hish! Probe! Arahkan askar-askar kita untuk menyerang!" arah lelaki itu kepada Probe.

"Baik!" Probe akur dengan arahan tuannya.

Tanpa membuang masa, Probe menyuruh askar-askar melakukan serangan kepada mereka semua.

"Huhu!!! Amma!! Appa!" Gopal berasa takut sambil menggeletar.

"Ape patut kita buat ni?" tanya Yaya, yang berasa cemas.

"Ya lo!" balas Ying, setuju dengan Yaya.

"Kite kena lawan!" cadang Fang.

"Jangan! Nanti kita akan cedera! Lagipun, Blaze dan Ais masih lemah!" jawab Taufan yang risau dengan keselamatan Blaze dan Ais.

"Deyy, kalau nak lawan pun macam mana?! Askar dia ramai!" ujar Gopal yang sememangnya tidak setuju dengan cadangan Fang.

"Em, Halilintar....." Gempa mula bersuara.

"Hmm?" Halilintar mengangkat kening kanannya.

"Kalau aku takde nanti, boleh tak kau ganti tempat aku sementara?" soal Gempa tenang. Dalam diam, jantungnya mula berdegup pantas.

Mereka yang lain terkejut dengan kata-kata Gempa.

"Ape yang kau merepek ni hah?!" tanya Halilintar, sedikit marah. Benda ni bukan boleh dibawa main! Jangan kata dia...

"Aku... Hm... Maaf... Aku terpaksa buat ni.... Lubang Tanah!!" Gempa menggunakan kuasanya untuk membuat lubang tanah seakan-akan lorong bawah tanah.

Kawan-kawannya dan adik-adiknya terjatuh ke dalam lubang yang dibuat olehnya. "Arghh!!"

"Lindungan Tanah!!"

Selepas mereka terperangkap dalam tanah, Gempa membuat pelindung tanah di sekitar adik-adiknya dan kawan-kawannya supaya mereka tidak dapat keluar daripada lubang itu.

"Ape.... Ape kau buat ni Gempa?!!!" soal Taufan. Jangan buat kerja gila Gempa!

Gempa tersenyum ke arah adik-adiknya dengan pandangan sayu. "Terima kasih korang sebab hargai aku sebagai abang...." Tersekat-sekat penjelasan Gempa. "Aku... Aku takkan lupakan korang.." Air mata mula bergenang.

"Hah?! Kau jangan nak buat bende yang bukan-bukan!!!" marah Halilintar. Takkanlah dia nak tinggalkan kitorang! Mustahil!

Gempa akhirnya menitiskan air matanya. Air matanya mengalir pada pipi dengan deras. "Aku... Aku akan rindukan korang... Korang hanya perlu ikut lorong bawah tanah yang aku buat.... Korang akan selamat.."

"Habistu, macam mana dengan kau?!" tanya Thorn dan Ais. Kitorang tak sanggup hidup tanpa kau Gempa! Sampai hati.

"Haah!" kata Taufan, Blaze dan Solar, yang setuju dengan kata-kata Thorn dan Ais. Gempa! Jangan tinggalkan kitorang! Gumam mereka dalam hati.

Gempa tersenyum sekali lagi. "Jangan risaukan pasal aku... Aku... Aku takkan apa-apa.. Aku sendiri yang akan uruskan penjahat-penjahat ni semua..." Aku terpaksa. Maaf semua. Aku janji kita akan berjumpa semula.

Tak sampai seminit, pelindung yang dibuat oleh Gempa hampir menutupi lubang yang diduduki oleh mereka yang lain.

Gempa sekali lagi tersenyum sambil memandang ke arah mereka, terutamanya adik-adiknya. "Bye semua.. Aku harap.. Korang dapat jaga diri sendiri... Selamat tinggal..."

"GEMPA!!!!!!!!!!"

Keenam-enam Elemental menjerit nama Gempa termasuk Ying, Yaya, Gopal dan Fang. Semuanya berlaku dalam Slow-Motion, perpisahan antara abang dan adik-adiknya.

Tak lama selepas itu, lubang tersebut ditutup rapat yang menyebabkan mereka semua tidak dapat melihat muka Gempa lagi. Air mata tidak berhenti dari tadi. Gempa! Sanggup kau tinggalkan kitorang! Kitorang perlukan kau!

Ying, Yaya, Gopal dan Fang hanya memandang mereka dengan muka yang sedih. Mereka berempat tahu, perkara ini amat menyakitkan hati adik-beradik Elemental.

Siapa sahaja tak sedih. Memang menyedihkan bagi seorang abang untuk melepaskan adik-adiknya. Perit. Hati Gempa seperti dihikis.

Begitu juga dengan adik, susah untuk melepaskan abang mereka yang sudah menjaga dan memberi semangat kepada mereka. Mereka perlukan bimbingan untuk teruskan hidup.

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERSWhere stories live. Discover now