Sementara itu, di suatu tempat yang agak sunyi dan gelap...
"Erm, adik tak apa-apa?" soal seorang wanita yang kelihatan sudah berusia tetapi masih mempunyai muka yang cantik.
"Ughh.." Budak itu mengerang kesakitan. "Tak... Saya tak apa-apa..."
"Betul?" tanya lelaki yang berada di sebelah wanita tersebut yang inginkan kepastian.
"Betul..." jawab budak itu.
Budak itu cuba berdiri tetapi tidak dapat. Budak itu mengerang kesakitan sekali lagi. Dia cuba mengurut-urut kakinya yang sakit.
"Hmm, lebih baik kamu ikut kami pergi ke istana.." cadang wanita itu.
"Jangan risau... Kamu takkan diapa-apakan..." ujar lelaki itu lalu menghulurkan tangannya kepada budak itu.
??? POV
Dia menghulurkan tangan kepadaku. Aku tidak tahu sama ada mahu ikut atau tak, tapi, mengikut penampilannya, mereka berdua seperti orang baik.
Lelaki ini memakai baju berwarna perang dan ada keris di poket seluarnya.
Wanita itu pula memakai baju jubah berwarna putih hitam serta bertudung berwarna putih.
Aku mencapai tangan lelaki itu, menunjukkan aku terima undangan mereka. Lagipun, mereka dah selamatkan aku dan aku tak tahu aku ada kat mana sekarang.
"Siapa nama kamu?" tanya wanita itu kepada aku sebaik sahaja aku berdiri yang dibantu oleh lelaki itu tadi.
"BoBoiBoy Gempa.. Panggil Gempa.." jawab aku yang menyebabkan mereka membulatkan mata mereka.
Mereka memandang antara satu sama lain. Aku mula berasa hairan.
"Berapa umur kamu?" tanya lelaki itu.
"12 tahun.." jawabku.
Sama seperti tadi, mereka membulatkan mata kerana terkejut dengan jawapanku.
"Tak.... Tak mungkin..." kata wanita itu.
"Takkan kamu..." ujar lelaki itu pula yang tidak menghabiskan kata-katanya.
Aku menunggu jawapan mereka berdua. Secara tiba-tiba, wanita itu memelukku. Aku sangat terkejut dan pada masa yang sama, wanita itu menangis.
Tak lama selepas itu, wanita itu melepaskan pelukan.
"Tak sangka yang kami dapat jumpa dengan kamu Gempa..." kata wanita itu sambil memandangku.
Aku, sekali lagi hairan dengan jawapannya. Adakah aku pernah berjumpa dengannya sebelum ini?
"Betul tu... Kamu.... Putera Gempa kan?" kata lelaki itu.
Soalan yang dikemukakan olehnya membuatkan aku tersentak. Aku hanya memandang mereka berdua dengan penuh persoalan.
Kenapa dia panggil aku Putera Gempa? Kenapa diorang tak sangka yang mereka akan berjumpa dengan aku? Siapa diorang sebenarnya?
??? a.k.a Gempa POV End
Berbalik di tempat Elemental Brothers yang lain...
Halilintar yang baru sahaja sedar daripada tidurnya, terus menggosok mata. Halilintar memandang ke arah kawan-kawan dan adik-adiknya. Dia tersenyum kecil. Jarang dia tersenyum.
Hm, nampaknya diorang semua belum bangun lagi... Halilintar melihat jam tangannya, menunjukkan pukul 7.30 pagi. Tanpa berlengah, dia mengejutkan kawan-kawanku terlebih dahulu. Dia mengejutkan Gopal.
"Gopal.... Bangun... Dah pagi.." kata Halilintar sambil menggoncangkan sedikit badannya.
"Huarghh!!!" Gopal mengosok matanya. "Dah pukul berapa ni?" tanya Gopal yang masih mamai. Yelah, baru bangun tidur.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS
Fanfic✨ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] ✨ ⇛ ғɪʀsᴛ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Highest Rank: #63 - Fanfiction #28 - yaya #1 - boboiboy #1 - fang #30 - ejenali SINOPSIS: Cerita ini bermul...