"Tak mungkin!!!" jerit Borara yang terkejut melihat Elemental Brothers.
"GOLEM NAGA ELEMENTAL!!!!!!!" jerit kesemua Elemental Brothers.
Seekor naga yang sangat besar, muncul di hadapan mata mereka semua. Kelihatan Elemental Brothers berada dalam badan naga tersebut. Mata Elemental Brothers juga tidak kelihatan seakan-akan ada cahaya pada mata mereka.
Borara masih terlopong kerana terkejut. "Korang semua rupanya yang ambil kuasa terkuat tu!!!" marah Borara.
"Boss!! Tolong!!" rayu Probe dan Trez.
"Hah?!" Borara terkejut kerana Probe dan Trez sudah diikat oleh Kumpulan Skills dan Kumpulan Power. "Macam mana kau boleh?!"
Kelihatan Ali berdiri tegak seperti robot bersama robot-robot yang berkhidmat dengan Uno dan Cinco. Mata Ali tidak kelihatan disebabkan IRIS membuat mata Ali mempunyai cahaya sama seperti Elemental Brothers.
Ali menunjuk ke arah Borara. Robot-robot tersebut memandang Borara lalu mendekatinya.
Borara mengambil langkah untuk berlawan. Borara mengeluarkan pedang yang dibina oleh Cinco dari dalam poket seluarnya.
Borara cuba memotong tangan salah satu robot tersebut tetapi Ali pantas melontarkan yoyo kepada Borara menyebabkan Borara terpelanting ke arah sebatang pokok.
"Elemental Brothers!!! Jangan menyerah!! Hapuskan lohong hitam tu!!" jerit Rizwan memberi semangat.
Rudy, Khai dan Chris memapah Tok Aba yang masih sakit akibat tumbukan daripada Borara.
"Betul tu!! Elemental Brothers boleh!!" Tok Aba juga turut memberi semangat sambil memegang perutnya yang sakit.
Fang pula memapah Gopal disebabkan kaki Gopal cedera.
"Korang jangan menyerah!!" kata Gopal memberi semangat.
"Betul!!" balas Fang, setuju dengan kata-kata Gopal.
"Haah! Kitorang yakin dengan korang!!" kata Ying dan Yaya.
Semua orang berdebar-debar menunggu serangan daripada Elemental Brothers untuk musnahkan lohong hitam tersebut.
Jikalau tidak, mereka semua termasuk orang awam akan disedut ke dalam lohong hitam itu.
Ali menghabiskan Borara dengan menyuruh robot-robot tersebut membelasahnya dan menahan Borara daripada terlepas.
Tak lama selepas itu, Ali pengsan. Ochobot yang perasan terus membaringkan Ali. Beberapa saat kemudian, Ali tersedar.
"Korang pasti berjaya!!" kata Ali, memberi semangat.
"Betul tu!! Jangan putus asa!!" kata Ochobot, turut memberi semangat.
Semua kawan-kawan Elemental Brothers menjerit memberi semangat kepada mereka.
Elemental Brothers memandang antara satu sama lain lalu mengangguk.
Kesemua Elemental Brothers menumpukan semua tenaga dan kuasa dalam diri mereka. Kemudian, mereka semua memegang tangan masing-masing untuk menguatkan lagi kuasa mereka.
"SERANGAN KOMBO ELEMENTAL BROTHERS!!!!!!!" jerit Elemental Brothers.
Kesemua Elemental Brothers memejamkan mata sebaik sahaja melakukan serangan. Kelihatan semua kuasa mereka dikeluarkan dalam badan naga tersebut.
Naga tersebut menumpukan pada kuasa tersebut lalu melepaskannya ke arah lohong hitam itu menggunakan mulutnya.
"Hiyaa!!!!!!!" jerit kesemua Elemental Brothers.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS
Fanfiction✨ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] ✨ ⇛ ғɪʀsᴛ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Highest Rank: #63 - Fanfiction #28 - yaya #1 - boboiboy #1 - fang #30 - ejenali SINOPSIS: Cerita ini bermul...