"Taufan! Ais! Thorn! Belikan aku kotak!" arah Gempa yang sedang melepaskan penatnya pada sofa selepas membersihkan biliknya.
"Baik!"
"Korang, Gempa nak buat ape dengan kotak-kotak ni?" soal Thorn sambil mengangkat sebuah kotak, begitu juga dengan Taufan dan Ais.
"Entah.. Mungkin untuk jualan Tok Aba kot.." ujar Taufan.
"Eh, aiskrim!" Mata Ais bersinar-sinar ketika melihat sebuah lori aiskrim yang berada berdekatan di situ.
Taufan dan Thorn turut memandang ke arah lori aiskrim itu. "Wah! Jom beli!"
Mereka bertiga segera menuju ke arah lori aiskrim itu. Penjual aiskrim yang melihat mereka bertiga memberikan senyuman manis. "Hah, adik-adik nak aiskrim ape? Yang murah pun ade.."
"Bang, bagi saya-" Kata-kata Thorn terhenti ketika Taufan menutup mulutnya. "Er, kejap ye bang.." ujar Taufan sambil tersengih.
Mereka bertiga berundur ke belakang sikit. "Ish, kenapa kau ni.." rungut Thorn sebaik sahaja Taufan melepaskannya.
"Jap, kita beli aiskrim ni, ade duit ke tak?" soal Taufan sambil bercekak pinggang. Aik, ikut gaya macam Gempa yang sedang marah je. 🤔😂
Thorn dan Ais memandang antara satu sama lain. "Ye tak ye.. Duit yang Gempa bagi tadi cukup-cukup untuk beli kotak-kotak ni je.." kata Ais sambil memandang ke arah kotak yang dipegangnya.
"Adik! Tak nak beli aiskrim ke?" Penjual itu tiba-tiba sahaja muncul di belakang mereka.
Kus semangat. Taufan, Ais dan Thorn memegang dada mereka akibat terkejut. "Erm, takpelah bang.. Lain kali ye..." kata Taufan.
Muka penjual itu menjadi suram. "Haish, lain kali, tak payah datang kalau tak nak beli.. Buang masa je!" Penjual itu melepaskan tekanannya dengan menendang sebuah tin kosong yang penyek.
Namun, tendangannya itu tepat mengenai mata Taufan. "Aduh!!! Sakit!" Taufan memegang mata kanannya yang sakit itu.
Ais dan Thorn tersentak. "Kau okey tak?!" soal mereka berdua dengan perasaan risau.
"Tch.. Tulah balasannya.." Penjual itu kemudian beredar ke lori miliknya.
"Aduh... Mata aku.." Taufan mengusap-usap matanya yang sakit itu.
"Cuba kau buka mata kau tu.." arah Ais. Tangannya mula memegang mata kanan Taufan.
"Jangan pegang! Aku...aku takut aku tak boleh nampak..😭" Taufan mula menangis.
"Sabar Taufan.. Aku pasti mata kau okey.." Thorn cuba menenangkan Taufan.
"Hmm, buka mata kau tu.. Biar aku cube rawat.." arah Ais sambil mengalihkan tangan Taufan yang sedang memegang matanya.
Ais kemudian meniup mata kanan Taufan yang sakit itu menggunakan kuasanya. Taufan hanya menahan sakit. "Okey dah.. Cumenye, kau perlu letak ais.. Dah, jom balik.. Biar aku tolong angkat kotak kau.. Thorn, kau pegang tangan Taufan.."
Thorn mengangguk faham.
Setibanya di istana....
"Taufan! Kenape dengan mata kau tu?!" Gempa membelek-belek mata Taufan yang kelihatan bengkak. Taufan hanya mampu tersenyum lemah.
"Sini, biar aku rawat.." Gempa membawa Taufan ke dapur untuk merawatnya memandangkan alatan kecemasan berada di dapur.
Ais dan Thorn yang penat menonton televisyen. Siaran TV33.
"LAPORAN HARI INI: SEORANG PENJUAL AISKRIM DITANGKAP KERANA MENCEDERAKAN SEORANG BUDAK"
Itulah tajuk pada siaran berita itu. Ais dan Thorn memandang antara satu sama lain lalu mengangkat bahu. Padan muka kena tangkap.
Haha, tulah. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS
Fiksi Penggemar✨ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] ✨ ⇛ ғɪʀsᴛ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Highest Rank: #63 - Fanfiction #28 - yaya #1 - boboiboy #1 - fang #30 - ejenali SINOPSIS: Cerita ini bermul...