"Eh? Ape bunyi tu?" soal Taufan dengan kerutan pada dahi. Dia tertanya-tanya.
"Jom kita tengok.." balas Halilintar yang juga turut tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.
Tanpa berlengah lagi, mereka bertujuh pergi ke luar rumah. Sampai sahaja di luar rumah, kelihatan banyak askar dan kereta kebal sedang memusnahkan kawasan Pulau Rintis. Mereka terkedu, tergamam, terkaku dan terkejut.
Kelihatan Fang, Gopal, Yaya dan Ying sedang mempertahankan kawasan perumahan Pulau Rintis. Mereka sehabis mungkin melawan musuh mereka.
"Hah?! Fang! Gopal! Yaya! Ying!" panggil Gempa sebaik sahaja Fang dan Gopal memandang ke arahnya.
"Gempa!!" jerit Fang dan Gopal lalu menuju ke arah Gempa. Mereka tercungap-cungap.
"Ape yang jadi ni?!" tanya Blaze, sedikit cemas.
"Kitorang pun tak tahu! Tiba-tiba je kawasan perumahan kita kena serang!" jawab Yaya sebaik sahaja mendarat di sebelah Gopal.
"Ya lo! Sekarang, semua orang pergi ke tempat yang selamat!" balas Ying pula sebaik sahaja tiba di sebelah Yaya.
Suatu bunyi yang agak kuat datang dari sebuah rumah.
Ketujuh-tujuh kembar dan kawan-kawan mereka melihat ke arah sebuah rumah yang menjadi punca bunyi tadi. Rumah itu sedang terbakar. Asap tebal mula menyapa penglihatan mereka.
"Eh, bukan ke itu rumah......" kata-kata Halilintar dipotong oleh Yaya.
"Rumah aku!!!!!!!" jerit Yaya lalu dengan pantas terbang ke arah rumahnya.
Di luar rumah, kelihatan ibu Yaya selamat keluar daripada rumah yang terbakar itu.
"Mama!!" panggil Yaya lalu mendarat di hadapan ibunya.
"Yaya!! Uhuk uhuk! Adik...Adik masih kat dalam!!" terang ibu Yaya yang masih dalam tercungap-cungap.
"Hah?!" Yaya yang terkejut segera masuk ke dalam rumahnya.
"Alamak! Kita kena tolong dia!" ujar Gopal dengan panik sebaik sahaja dia dan kawan-kawannya tiba di hadapan rumah Yaya. Risau juga sebab asap tu mula bertukar warna menjadi hitam.
"Baiklah, Ais! Kau tolong Yaya!" arah Gempa sambil memandang ke arah Ais.
"Okey! Aktifkan kuasa Tahap Pertama!" Ais masuk ke dalam rumah Yaya sebaik sahaja mengaktifkan kuasa air.
"Korang berempat pulak, selamatkan orang awam!" arah Gempa sambil menunjuk ke arah Ying, Blaze, Thorn dan Solar.
"Baik!" balas mereka berempat lalu beredar dari situ.
"Halilintar! Taufan! Fang! Gopal! Jom lawan askar-askar tu!" ajak Gempa sambil mata memandang ke arah askar-askar yang banyak itu.
Halilintar, Taufan, Fang dan Gopal hanya mengangguk.
Sementara itu, di tempat Yaya...
Yaya POV
"Adik!! Adik kat mane?!!" jeritku, memanggil adik. Kepulan asap yang semakin membesar menghalang penglihatanku.
Secara tiba-tiba, aku terdengar bunyi tangisan budak. Bunyi itu datang dari bilik mama.
Tanpa membuang masa, aku pun menuju ke bilik mamaku. Dan sebaik sahaja aku tiba di muka pintu, aku terjumpa adik. "Adik!!!!"
"Kakak...." Adik memanggilku dari jauh. Dia mula menangis.
Aku tahu, dia takut. "Jangan risau adik! Akak akan selamatkan adik!"
Aku ingin pergi ke arahnya tetapi, api semakin marak. Aku terbatuk-batuk disebabkan asap yang semakin tebal. Aku perlu menyelamatkan adik, tapi, macam mana? "Uhuk uhuk!"
YOU ARE READING
BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS
أدب الهواة✨ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] ✨ ⇛ ғɪʀsᴛ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Highest Rank: #63 - Fanfiction #28 - yaya #1 - boboiboy #1 - fang #30 - ejenali SINOPSIS: Cerita ini bermul...